Kitab Tauhid: Tafsir Surah
Al-Tauhid
Sebahagian
Kalimat di dalam Taurat dan Injil
Yang
mana sebahagian daripada mereka percaya bahawa Tuhan Yang Mutlak (Al-Lahut Al-Mutlaq) diletakkan di alam-alam
penciptaan pada manusia dan kenyataan hakikatnya
Al-Kalimah
- Firman:
Di dalam
kitab Ketuhanan Kristus oleh Pope Shenouda Ketiga (Pope Ortodoks Koptik),
Shenouda Ketiga berkata:
Bab
Pertama: Ketuhanannya dari segi kedudukannya dalam Triniti Suci adalah Lambang
(Kalimah).
|
(( يو1: 1) في البدء
كان الكلمة والكلمة عند الله. وكان الكلمة الله "، وهنا الحديث عن لاهوته
واضح تماماً. )
"Pada mulanya adalah Kalimah (Firman), dan
Kalimah itu di sisi Allah, dan ia adalah Kalimah Allah" dan di sini
ucapan mengenai ketuhanannya adalah benar-benar jelas).[Yohanes 1:1]:
|
Versi Indonesia Terjemahan Baru
Pada mulanya adalah
Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. [Yohanes
1:1]
Penolakan
Saya
telah jelaskan dalam kitab ini bahawa Isa (as) adalah hamba dan dia bukan Tuhan
Mutlak, dan saya telah bawakan pasal ucapan-ucapan dari ayat yang jelas
(Muhkamat) tepat disahkan dari Injil [1], Oleh itu, teks
ini dan yang lain-lain tidak betul tafsirannya dan pemahamannya tidak wajar untuk
Isa (as) untuuk mengatakan dia adalah Tuhan Mutlak, seperti yang telah
terbukti dari apa yang telah dibentangkan bahawa Isa (as), atau Yasu’ – Yesus
- Kristus (as) tidak mungkin dapat menjadi cahaya yang tidak mempunyai
kegelapan di dalamnya, dan bahkan dia adalah cahaya dan kegelapan, dan ini
sentiasa menjadi keadaannya kerana dia adalah makhluk yang serba kurang dan memerlukan
kepada (Al-Lahut Al-Mutlaq) Tuhan Mutlak Yang Maha Suci.
Tafsiran
Nash (teks) ini:
(Pada
mulanya adalah Kalimah - Firman) : Tuhan Mutlak Yang Maha Suci tidak ada
permulaan bagiNya untuk dikatakan pada mulanya, sebaliknya, sesuatu yang
ada permulaan adalah makhluk, dan oleh kerana itu Yasu’ – Yesus - Kristus (Isa as) adalah
makhluk, dan ayat ini menerangkan dengan jelas ia adalah makhluk . Ya,
mungkin untuk dikatakan bahawa apa yang dimaksudkan di sini adalah makhluk
pertama yang diciptakan atau Akal yang pertama, maka perkara ini boleh
dibincangkan, Adakah Yesus - Kristus (Isa
as) Kalimah pertama? Atau Yesus - Kristus
(Isa as) Kalimah dari kata-kata Allah yang datang kemudian selepas Kalimah pertama?
|
(dan Kalimah itu di sisi Allah):
Hakikat Ketuhanan Mutlak bukanlah suatu gabungan (susunan), dan untuk
mengatakan bahawa ia adalah gabungan (susunan) atau apa yang yang perlu
dikatakan gabungannya itu adalah palsu (batil), kerana mempercayai bahawa apa
yang dimaksudkan dengan kata-kata (dan Kalimah itu di sisi Allah)
ianya adalah Kalimah Tuhan Mutlak itu sendiri yang bermakna gabungan Ketuhanan
Mutlak. Adapun beriktikad [2] bahawa Kalimah itu adalah Allah
- iaitu Dia adalah Kalimah dan Kalimah adalah Dia tanpa ada perbezaan -
walaupun ia bukan gabungan yang menjadikan ucapan ini sesuatu yang bodoh dan tidak
ada kebijaksanaan langsung. Kerana ia tidak bermakna untuk mengatakan bahawa pada
(di sisi) sesuatu itu adalah dirinya sendiri.
(dan
ia adalah Kalimah Allah): Di sinilah tempat kekeliruan, dan di sini
terdapat kesamaran berlaku pada Shenouda seperti yang berlaku sebelumnya. Dan
hakikatnya adalah, selepas menjelaskan bahawa Kalimah itu adalah makhluk, dan
tidak boleh dijadikan dirirnya Tuhan Mutlak, maka tidak timbul kecuali ia
adalah Allah di sini bukanlah Ketuhanan Mutlak, sebaliknya, apa yang
dimaksudkan adalah "Allah pada Penciptaan", yang bermaksud, imej (shursh)
Allah, seperti yang telah dinyatakan di dalam Taurat atau Perjanjian Lama (26
Kemudian Allah berkata, 'Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan
rupa Kita,) [3] (27 Maka Allah menciptakan
manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia) [4]
Immanuel
atau Allah bersama kita :
((7) sebab itu, sesungguhnya, Tuhan akan
membuat air sungai Efrat yang kuat dan besar, meluap-luap atas mereka, yaitu
raja Asyur dengan segala kemuliaannya; air ini akan meluap melampaui segenap
salurannya dan akan mengalir melampaui segenap tebingnya,
(8) serta
menerobos masuk ke Yehuda, ibarat banjir yang meluap-luap hingga sampai ke
leher; dan sayap-sayapnya yang dikembangkan akan menutup seantero negerimu,
ya Imanuel!"
(9) Ketahuilah,
hai bangsa-bangsa, dan terkejutlah, perhatikanlah, ya segala pelosok bumi,
berikat pingganglah, dan terkejutlah; berikat pingganglah dan terkejutlah!
(10) Buatlah rancangan, tetapi akan gagal juga; ambillah keputusan,
tetapi tidak terlaksana juga, sebab Allah menyertai kami!) [5]
Ya, Allah
berserta orang-orang yang beriman yang mengikuti Khalifah Allah di setiap
zaman.
(Semua
ini berlaku untuk memenuhi apa yang Tuhan telah berkata melalui nabi :(23) "Sesungguhnya, anak dara itu akan
mengandung dan melahirkan seorang anak laki-laki, dan mereka akan menamakan
Dia Imanuel" -- yang berarti: Allah menyertai kita." (yang
bermaksud " Tuhan (Allah) adalah dengan kita ") [6]
Khalifah Allah
di Bumi-Nya ialah wakil Allah, dan jika dia adalah tangan Allah dan wajah
Allah maka dia adalah Allah pada Penciptaan, tetapi dia bukan Tuhan Mutlak,
bahkan, dia adalah makhluk serba kurang (fakir) yang memerlukan dan dia
bukanlah cahaya tanpa kegelapan di dalamnya, sebaliknya, dia adalah cahaya
dan kegelapan.
Dan jika
semua apa yang telah dimasukkan ke dalam Perjanjian Baru (Injil) dari risalah
dan amalan-amalan, tidak mungkin para ulama yang tidak beramal akan dapat
membuktikan bahawa seorang manusia adalah Tuhan Mutlak. Mereka hanya mengikut
makna yang samar-samar kepada mereka dan mereka mentafsirkannya menurut apa
yang sesuai dengan keinginan mereka. Maka, ia akan pasti bercanggah dengan
risalah dan amalan-amalan, termasuk yang tidak ada keraguan dan ia adalah jelas diterangkan bahawa Isa
(as) atau Kristus (as) adalah hamba yang dicipta, sebaliknya ia bercanggah
dengan Perjanjian Lama (Taurat) yang mereka beriman dengannya, dan bercanggah
dengan semua ucapan-ucapan para nabi terdahulu yang menyeru supaya mereka
beriman dengan mereka, dan Isa as (Yesus Kristus) tidak pernah mendakwa dia
adalah Tuhan Mutlak, dan orang-orang terdahulu tidak pernah mendakwa bahawa
Isa (as) adalah Tuhan Mutlak. Sebaliknya, perkara ini (dakwaan Isa adalah
Tuhan Mutlak) muncul dan telah datang selepas beratus-ratus tahun dan telah
disahkan dalam Majlis Nicaea pada tahun 325 Masehi [7].
Dan ramai
orang menentangnya pada masa itu, dan juga selepas ia disahkan dalam Majlis
Nicaea, dan sehingga hari ini, masih terdapat orang-orang Kristian yang tidak
menerimanya (bahawa Yesus adalah Tuhan Mutlak) dan tidak mengakui akidah yang
menyeleweng ini.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan