Kitab Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid
Lam Yalid wa Lam yulad
﴿لَمْ يَلِدْ
وَلَمْ يُولَدْ﴾:
Dia tidak melahirkan dan tidak pula dia dilahirkan:
Tidak syak lagi
bahawa apa yang dimaksudkan dengan kelahiran di dalam ayat ini bukan kelahiran jasmani,
dan tidak ada seorang pun yang mengatakan sesuatu yang dimaksudkan di sini
adalah kelahiran Jasmani (fizikal) untuk menafikannya. Walaupun terdapat
sekumpulan orang-orang kebendaan melulu telah disesatkan oleh waham kejahilan
ke lembah penjelmaan jisim yang tiada akal yang sihat boleh menerimanya dan
tidak ada fitrah yang bersih bagi manusia boleh menjisimkan Zat Ilahiyah.
Oleh itu, apa yang dimaksudkan menafikan kelahiran di sini, adalah pengertian pengasingan
diri daripada induk atau asalnya telah dipisahkan daripada Zat Ilahiyah,
atau sebahagian yang telah dipisahkan daripada Zat Ilahiyah. Dan penafian ini,
walaupun ia mempunyai penolakan kepada orang-orang yang mengatakan bahawa Isa
adalah anak Allah atau orang-orang yang berkata ‘Uzair adalah anak Allah atau
orang-orang yang percaya pada Tiga Uknum (Trinity) atau orang-orang yang
beriman kepada Dualisme , tetapi sebenarnya telah mentasirkan ayat-ayat
sebelumnya. Jadi jika Zat Ilahiyah, atau Allah, dikumpulkan dalam semua
Nama-nama dan Sifat-sifat Ilahiyah, maka akan ada dua jawapan pada soalan ini :
Soalan pertama : Adakah Nama-nama dan Sifat-sifat yang
sedia ada (qadim) ini adalah tuhan-tuhan yang berasingan daripada Allah, dengan
menganggap Ketuhanan MutlakNya pada sudut-sudut yang mewakilinya?
Dan jawapannya
adalah jelas seperti yang telah dibentangkan sebelum ini: Sifat-sifat dan
Nama-nama ini, iaitu Yang Mengetahui, Berkuasa, Bijaksana, tidak terpisah
daripada Zat Ketuhanan, sebaliknya, ia adalah ain (sumber) Zat Ketuhanan,
seperti yang telah dibentangkan, Dia Maha Kuasa dan Berkuasa pada Zat-Nya , dan
Dia Maha Mengetahui dan Berpengetahuan pada Zat-Nya , dan .......
Soalan kedua: Adakah Zat Ilahiyah, atau Allah,
berasingan daripada hakikat dan kenyataan "Huwa" (Dia) atau Nama Yang
Teragung, Maha Teragung lagi Maha Teragung?!
Dan jawapannya
ialah: Sesungguhnya Zat Ilahiyah atau Allah, adalah kenyataan (tajalli) dan penzahiran
bagi Hakikat dan Kenyataan wajah Allah SWT dalam penciptaan. Jadi, kerana
keperibadian penciptaan adalah kemiskinan (serba kurang), sudah tentulah
berbeza dengan Yang Kaya, Maka Dia Yang Maha Suci, Yang Maha Tinggi mengadapi yang
gelap, yang tiada dan yang serba kurang dengan Yang Bercahaya, Yang Wujud dan Yang
Maha Sempurna. Kerana Zat Ilahiyah, atau Allah, adalah sumber Kenyataan dan
Hakikat, seperti yang disebut dalam satu riwayat dari Ali bin Musa Al-Redha
(as) bahawa dia berkata:
(إن بسم الله الرحمن الرحيم أقرب إلى اسم الله الأعظم من سواد
العين إلى بياضها)
(Sesungguhnya Bismillah Al-Rahman Al-Rahim adalah lebih dekat dengan Nama
Allah Yang Teragung daripada dekatnya mata hitam dan mata putih.) [1]
Oleh itu, pada hakikatnya
penzahiran pada Zat Ketuhanan atau (Allah) bagi menghadap hajat penciptaan
(makhluk) untuk mengatasi kekurangan. Dan bagi makrifat (Maka Allah SWT adalah perbendaharaan,
lalu Dia mencipta penciptaan (makhluk) supaya Dia dikenal). Dan makrifat tidak
akan terjadi kecuali dengan mengenal (makrifat) Zat Ilahiyah dengan mengenal (Nama-nama
dan Sifat-sifat). Bagi mengenal Kenyataan dan Hakikat, tidak akan terjadi melainkan
tidak mampu untuk mengenal. Dan keputusannya: sama seperti Nama-nama dan
Sifat-sifat yang fana’ (melebur) dalam Zat Ilahiyah (Allah) dan ia adalah sumber
kepada Zat, seperti juga Zat Ilahiyah fana’ (melebur) di dalam Kenyataan dan
Hakikat, yang merupakan tujuan dan erti sebenar dalam ibadah. Dan dari sini,
tidak ada pemisahan dari Zat Ilahiyah, dan seperti mana Zat Ilahiyah atau Allah
tidak terpisah daripada Hakikat, bahkan, ia adalah penjelasan (tajalli) dan Kezuhuran
bagi Kenyataan dan HakikatNya.
------------------------------
[1] 'Uyun Akhbar Al-Redha (as) - Al-Syeikh Al-Shaduq, Jilid , Halaman 8
[1] 'Uyun Akhbar Al-Redha (as) - Al-Syeikh Al-Shaduq, Jilid , Halaman 8
✡✡✡✡✡
✡ Sebelum
✡✡ Kandungan
Kitab ✡✡ Selepas ✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan