Kitab
Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid
Wahabi Juga Cuai Dalam Batas-Batas Tauhid
الوهابيون أيضاً يفرِّطون بحدود التوحيد
Fahaman Wahabi juga seperti Agama Kristian,
kerana mereka juga adalah dari orang-orang yang berada dalam kelalaian
(kecuaian) daripada batas-batas Tauhid, dalam aspek lain daripada kepercayaan
mereka, dan yang paling kurang yang boleh dikatakan tentangnya adalah bahawa
mereka menghadkan Allah dan menjuzukkanNya, dan oleh itu, mereka membuat Dia
seperti Penciptaan-Nya sendiri, Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari semua
itu. Maka, jika orang-orang Kristian telah mengangkat manusia, dan dia adalah
Nabi Isa (as), sehingga mengatakan dia adalah Allah, Maha Suci Allah dan Maha
Tinggi Dia dari yang demikian itu, maka orang-orang yang berfahaman Wahabi telah
mengikuti mereka pada jalan yang sama, tetapi mereka telah menjadikan Allah SWT
dalam gambaran sifat penciptaan (makhluk), dan menggambarkan dengan sifat-sifat
pada jisim-jisim, dan menghadkan dengan batas-batas alam penciptaan, Maha Suci
Allah dan Maha Tinggi Dia dari semua itu.
Dengan itu, pada hakikatnya, orang-orang Kristian
telah berkata bahawa manusia adalah Allah, dan orang-orang yang berfahaman
Wahabi telah berkata bahawa Allah adalah manusia apabila mereka menyifatkan-Nya
dengan sifat-sifat manusia. Sesungguhnya, ini adalah jalan Paganisme Kuno (Pemyemabh
berhala) yang malangnya hampir tidak pernah pupus di mata masyarakat
manusia, [1]
Ajaran Wahabi menjisimkan (menjasadkan), atau
sekurang-kurangnya boleh dikatakan ialah bahawa iktikad mereka tentang
Ketuhanan melazimkan jisim dan jasad, kerana mereka telah mengatakan Allah
bertangan, berjari, berkaki dan Dia duduk di atas Arasy dan... lain-lain [2]
Dan Ibn Taimiyah Imam mereka mengatakan dalam ‘Kitab
Al-'Aqidah Wasithiyah’: “Dan termasuklah juga apa yang telah kita sebut
tentang beriman dengan-Nya, Kitab-kitabNya, Malaikat-malaikat-Nya dan
Rasul-rasul-Nya, dengan Iman bahawa orang yang beriman akan melihatNya pada
Hari kiamat, dengan mata mereka seperti mana mereka melihat matahari bersinar
tanpa dilindungi awan, dan seperti mana mereka melihat bulan pada malam Al-Badr
(bulan penuh), mereka tidak akan ragu-ragu melihat Dia SWT dan mereka
diperlihatkan pada hari kiamat, kemudian mereka akan melihatNya selepas mereka
masuk Syurga.” [3]
Perhatikan ucapan Ibn Taimiyyah “akan
melihatNya dengan mata mereka”, dan memberi perhatian bahawa melihat
dengan mata tidak berlaku melainkan ke arah tertentu, dan juga salah seorang
daripada ulamak besar mereka, dan dia Ibn Jibrin, telah menjelaskan bahawa
Allah sedang melihat ke arah [tertentu].[4]
Perkara itu terjadi disebabkan tafsiran mereka
yang salah kepada sebahagian perkataan Mutasyabihat dalam Kitab Samawiyah
(Kitab Allah), mereka telah jatuh kepada kesesatan akidah-akidah (seperti) ini.
Kerana Ibn Taimiyyah dan orang-orang
sepertinya tidak memahami Al-Quran dan mereka juga tidak memahami ucapan para
Nabi (as) dan di antara mereka adalah Muhammad Rasulullah (S), dan mereka
bercakap dengan kelaziman (perlambangan) dan menurut hakikat (realiti)
Alam Malakut (Al-Malakutiyah) dalam kebanyakan keadaan, seperti mana Allah
berkata kepada hamba-hambaNya melalui Wahi Samawi dalam penglihatan
(mimpi) [5] dan Al-Kasyaf (penglihatan ketika jaga).
Allah SWT tiada suatu pun yang sama denganNya,
dan Kalam-Nya tidak serupa dengan ucapan manusia, untuk mereka ukur Kalam-Nya
dan mentafsirnya sebagaimana mentafsir kata-kata manusia. Itu adalah seperti
kelakuan mereka yang jahil yang mendakwa berilmu. Telah berkata Imam Ali (as):
(... Berhati-hatilah jika
kamu mentafsirkan Al-Quran mengikut pendapat kamu sehingga kamu memahaminya
dari ulamak (yang berilmu).[6],
Sesungguhnya Tuhan menurunkan Kalam yang kelihatan
menyerupai ucapan manusia tetapi ia adalah (ucapan) Kalam Allah dan mentakwil maknanya
tidak sama dengan tafsiran ucapan manusia, sebagaimana tidak ada satu pun
daripada ciptaan-Nya sama denganNya, oleh itu, tidak ada satu perbuatan pun
yang sama dengan perbuatanNya Tabaraka Wa Ta’ala dengan perbuatan manusia, dan
apa-apa dari (ucapan) Kalam-Nya adalah sama dengan ucapan manusia, Maka
untuk (ucapan) Kalam Allah Tabaraka Wa Ta’ala adalah sifatNya, dan ucapan
manusia adalah perbuatan mereka. Jadi tidak sama Kalam Allah dengan ucapan
daripada manusia, yang akan membinasakan kamu dan menyesatkan kamu.) [7]
Jadi Wahabi telah menyimpang kepada menjisimkan
[menjasadkan Allah] disebabkan tidak wujudnya ma'sum (pemeliharaan), kerana
mereka telah merujuk kepada pemahaman mereka sendiri dan kepada ulamak yang
tidak beramal dalam memahami riwayat-riwayat dan Al-Quran, dan mereka telah
menentang Nabuwah Ahlil Bait Keluarga Muhammad (as) yang mereka telah
diperintahkan supaya mengikutinya dan mengambil apa sahaja dari mereka:
﴿قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي
الْقُرْبَى وَمَن يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَّزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْناً إِنَّ اللَّهَ
غَفُورٌ شَكُورٌ﴾
{....Katakanlah [Ya
Muhammad], "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku
kecuali kasih sayang pada kerabatku". Dan siapa yang mengerjakan kebaikan
akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.} [8]
Dan kasih sayang adalah cinta dan ketaatan -
tetapi mereka tidak mengambil dari keluarga Muhammad dan telah mengambil dari
orang-orang yang tidak bersetuju dengan mereka.
Oleh itu, mereka telah sesat, dan
diselewengkan oleh ulamak mereka yang tidak beramal dan telah menyesatkan
mereka dan menjadikan mereka jatuh ke dalam menjisimkan [menjasadkan Allah],
dan mengatakan bahawa Allah mempunyai kaki, muka, dua tangan dan yang memandang
dengan mata ke arah ... dan sebagainya, berdasarkan pemahaman mereka kepada
beberapa ayat-ayat Al-Quran Al-Karim; seperti Firman-Nya, Yang Maha Tinggi:
﴿يَوْمَ يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍ﴾
{Pada hari betis
disingkapkan} [9]
Firman-Nya, Yang Maha Tinggi:
﴿وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ * إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ﴾
{Wajah-wajah pada hari itu
berseri-seri.* Kepada Tuhannyalah mereka melihat.} [10].
Dan ini adalah akidah batil dan begitu jelas
dalam pembohongan mereka dan membuktikan kepalsuan mereka yang tidak memerlukan
usaha yang lebih untuk menerangkannya. [11]
Dan apa yang dimaksudkan daripada ayat-ayat
ini ialah wajah mulia yang baik berseri yang melihat ke arah Murabi-nya, dan
dia adalah Muhammad (S), dan itu mendedahkan (menyatakan) mengenai
hakikat Muhammad (S) dan keluarga Muhammad (as), oleh itu penindas (penzalim)
tidak akan mampu untuk sujud dan merendahkah diri, kerana mereka telah
mengikuti Iblis (laknahu Allah) dalam keengganannya bersujud
﴿يَوْمَ يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلا
يَسْتَطِيعُونَ﴾
{Pada hari betis disingkapkan
dan mereka dipanggil untuk bersujud; maka mereka tidak sanggup,} [12],
Dan Allah SWT berfirman:
﴿يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ﴾
{tangan Allah di atas tangan
mereka} [13],
dan apa yang dimaksudkan di sini ialah hamba
Allah Muhammad (S), kerana dia adalah Allah pada Penciptaan dan pada tangan
bagindalah orang yang taat setia berikrar (berbai’ah) di atas tangan
orang-orang yang berbai’ah kepadanya.
Dan Allah SWT berfirman:
﴿هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ
مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ
الْأُمُورُ﴾
{Tiada yang mereka
nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan, dan
diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan.} [14].
Jadi orang yang datang dalam naungan awan
adalah Muhammad (S) di Alam Raj’ah dan bersamanya adalah Ahlul Bayt dan
sebahagian Nabi-nabi (as). Dan ia diketahui bahawa Muhammad adalah (yang teduh
di bawah) naungan awan, dan ada khabar gembira diberikan dengan huraian ini di
dalam Taurat dan Injil tentang Muhammad Rasulullah dan Al-Qa'im dari keluarga
Muhammad [15]
Seperti apa yang Fuqahak dan ulamak Wahabi
yang tidak beramal (atau orang-orang yang memanggil diri mereka Salafi) katakan
- untuk keluar dari sempadan menjisimkan (menjasadkan) dan apa yang mengiringi
dari kufur dan syirik - bahawa Allah Yang Maha Suci mempunyai tangan dan
jari [16] yang bersesuaian dengan KecantikanNya,
Kesempurnaan dan KeagunganNya, atau seperti yang mereka katakan bahawa Dia
datang sebagaimana Dia kehendaki... dan sebagainya, semuanya palsu dan
nampaknya mereka tidak memahami makna kata-kata mereka, jika tidak, mereka
tidak akan mengatakannya, kerana mereka berkata (dengan tangan dan kaki dan
akan datang dan melihat ke arah-Nya dengan penglihatan [seseorang] dan.... )
adalah palsu, kufur dan syirik, apa sahaja matlamat (niat) mereka dari segi
benda, jisim (jasad) atau rohani [17], atau tanpa
(menanyakan) "bagaimana" seperti yang mereka katakan. Oleh kerana
mereka telah jatuh ke dalam kufur dan syirik bukan hanya untuk sebab tangan
yang mereka telah sahkan dan sifatkan, tetapi mereka keluar dari sempadan kufur
dan syirik dengan (kerana) menafikan Sifat padaNya dengan mengatakan [tanpa
(menanyakan) "bagaimana"], tidak juga kerana alasan bahawa kaki yang
mereka telah sahkan tidak lengkap, jadi mereka keluar dari kufur mereka dan
Syirik dengan mengesahkan pada Sifat-sifat Mutlak Ketuhanan ini dengan
mengatakan [yang sesuai dengan Kesempurnaan dan Kecantikan Nya]. Bahkan, sebab
yang mereka telah jatuh ke dalam syirik dan kufur adalah sama seperti
pengesahan mereka pada tangan dan kaki, tidak kira apa sifat atau pertimbangan
yang mereka tambah padanya. Dan itu adalah kerana apabila mereka menjisim
pada-Nya Yang Maha Suci dengan tangan dan kaki, maka sesungguhnya mereka telah
menjadikan-Nya terdiri daripada bahagian-bahagian, dan tiap-tiap bahagian
terdiri daripada bahagian-bahagian yang boleh dikira, dan Maha Suci Allah dari
dibahagikan yang terdiri dari bahagian-bahagian dan boleh dikira,.Allah Yang
Maha Suci berfirman :
﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾
{Katakanlah Dialah Allah Yang Esa},
yang bererti bahawa Zat-Nya tunggal
(bersendiri) tidak boleh dibahagikan dan tidak terdiri daripada
bahagian-bahagian untuk Dia mempunyai tangan dan kaki, Maha Suci dan Maha
Tinggi Allah daripada apa yang mereka sekutukan. Dengan anggapan boleh dikira
dan terdiri daripada bahagian-bahagian, adalah jelas dan nyata menunjukkan
syirik kepada sesiapa yang mengesahkannya, kerana ia bermakna kemajmukan
Ketuhanan Mutlak. Maha Suci dan Maha Tinggi Allah daripada apa yang orang-orang
zalim katakan.
------------------------
[1] Jika mereka tidak dapat membuat berhala
dari batu-batu dan mengatakan bahawa batu-batu ini adalah imej Tuhan Mutlak,
mereka menjadikan manusia itu sendiri sebagai berhala seperti yang telah
dilakukan oleh orang-orang Kristian, dan jika mereka tidak dapat berbuat
demikian, mereka menjadikan Allah SWT sebagai berhala, seperti apa yang telah
dilakukan oleh orang-orang Wahabi dan juga orang-orang Yahudi. Dan walaupun
sebilangan besar Anbiak dan Aushiak telah diutus dari kalangan mereka, pada
akhirnya para ulamak sesat berjaya menyelewengkan mereka dari jalan Allah,
sehingga menjadikan mereka menjadikan ulamak sesat sendiri sebagai berhala,
bermula dari pengubahan (bid’ah) bertaqlid (meniru ulama), atau bid’ah yang
[mengatakan] bahawa ulamak sesat adalah pewaris para Nabi dan Aushiak (as). Dan
hasilnya, mereka telah bertukar ke arah menjadikan ulamak berhala sebagai
ikutan mereka secara membuta tuli, sehingga ulamak telah meletakkan kepercayaan
mereka yang sesat dan rosak dengan mereka menghalalkan apa yang Haram di sisi
Allah, dan mereka mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, dan dengan itu [pada
hakikatnya] menyembah ulamak sesat selain Allah.
Dan para Imam Syiah, kerana tidak dapat berjuang
menentang kerosakan yang dilakukan oleh sesetengah ulamak yang tidak beramal
tidak dapat mengheret agama kepada paganisme (kuno) dengan mudah, tetapi mereka
berjaya untuk memintasnya selepas para imam (as), sehingga menyembah semula
berhala dengan pengertian yang lain melalui pemujaan ulamak sesat yang tidak
beramal yang malangnya pada hari ini mengabdi selain dari Allah dengan ajaran
bid'ah iaitu aqidah bertaklid (kepada ulamak), Manusia didorong untuk
menjadikan mereka seperti binatang yang tidak berfikir atau mencari kebenaran
dari apa yang mereka dakwa sebagai Fatwa dan membuat undang-undang dengan
memutarbelitkan isi Kitab dan meletakkan ajaran akidah pemujaan kuasa daripada
apa yang telah diturunkan oleh Allah. Pada hal para Imam (as) telah melarang
mengikut yang lain dari yang ma'sum, seperti yang telah dilarang oleh para nabi
dan Aushiak (as) kepada mereka, dan mereka telah menjelaskan bahawa taqlid
selain daripada ma'sum adalah jalan pagan (jahiliah) yang diambil oleh
ulamak-ulamak sesat bangsa Yahudi pada masa lalu selepas para nabi (as), dan
mereka telah melarang Syiah mereka daripada mengikuti orang-orang yang
mengambil jalan Yahudi Kuno yang tercemar.
Al-Shadiq (as) berkata: (Berhati-hatilah
dengan taqlid (ikut membuta tuli), iaitu bagi yang mengambil agamanya maka dia
telah binasa. Allah SWT berfirman:
اتَّخَذُوا أَحْبارَهُمْ
وَرُهْبانَهُمْ أَرْباباً مِنْ دُونِ اللَّهِ
{Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan
rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah}
dan demi Allah, mereka tidak solat dan tidak
puasa kerana mereka, tetapi mereka menghalalkan yang Haram, dan mereka
mengharamkan yang Halal, maka bertaklid kepada mereka seperti itu, adalah
menyembah mereka tanpa disedari. [Tashih Al-iktiqad - oleh Sheikh Al- Mufid,
halaman 73]
[2] Baca Lampiran 3, contoh-contoh, dan semak
semula beberapa Fatwa Al-Albani, dan Fatwa Ibn Baz dan Ibn Jibrin dan Ibn
‘Uthaimain dan lain-lain daripada mereka dari ulama Wahabi. Dan lihat apa yang
Imam-imam Wahabi telah tulis supaya saudara boleh dapatkan keterangan mereka
bahawa Allah mempunyai tangan kanan dan tangan kiri dan jari, Maha Suci Allah
dan Maha Tinggi Dia daripada apa yang mereka katakan, dan saudara akan dapati
kemunculan mudah yang jelas dan bahawa Allah di langit, dan bahawa adalah betul
(sah) untuk bertanya mengenaiNya "Di mana?", dan bahawa adalah Dia
bersemayam di 'Arasy. Dan sesungguhnya mereka telah menghadkan-Nya dengan
sempadan makhluk yang dicipta Allah ini Maha Suci dan Maha Tinggi Dia daripada
apa yang mereka katakan
(لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئاً إِدّاً * تَكَادُ
السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ
هَدّاً)
{Sesungguhnya kamu telah mendatangkan
sesuatu perkara yang sangat mungkar, * hampir-hampir langit pecah karena ucapan
itu, dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh,} [Surah Maryam 19:89-90]
Rujuk Fatwa Al-Albani dan Fatwa Ibn Baz dan
Ibn Jibrin dan Ibn ‘Uthaimain dan lain-lain dari para ulama Wahabi.
[3] Ibn Taimiyyah - Kitab Al-'Aqidah Wasithiyah
- Bab (kewajipan beriman kepada (akan) orang-orang yang beriman melihat kepada
Tuhan mereka pada hari kiamat, dan tempat-tempat untuk melihat.)
[4] Ibn Jibrin berkata dalam satu ulasannya
dalam Kitab Lima’at Al-I’tiqad oleh Ibn Qudamah : “Adapun melihat di
akhirat, Ahli Sunnah telah membuktikan bahawa ia adalah yang melihat secara
terang-terangan, bahawa orang yang beriman di dalam syurga melihat Allah Ta’ala
dan menziarahi-Nya, dan Dia bercakap kepada mereka dan mereka bercakap
dengan-Nya.... itulah yang kita tahu tentang ajaran Ahlul Sunnah, jadi kita
mengatakan bahawa mereka melihat-Nya ke arah [tertentu]? Tidak syak lagi yang
melihatNya dari atas mereka, dan mereka melihat-Nya dengan penglihatan sebenar,
dan melihat bertentangan seperti yang mereka kehendaki, dan bahawa
bukti-buktinya jelas, dan antara yang paling jelas daripada mereka adalah kata-kata
Jari: (seperti mana mereka melihat bulan pada malam Al-Badr (bulan penuh) atau
(seperti kamu melihat bulan ini )..... untuk maklumat lanjut sila baca Lampiran
(3)
[5] Allah SWT berfirman:
(وَقَالَ الْمَلِكُ إِنِّي أَرَى سَبْعَ
بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعَ سُنبُلاَتٍ خُضْرٍ
وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ يَا أَيُّهَا الْمَلأُ أَفْتُونِي فِي رُؤْيَايَ إِن كُنتُمْ
لِلرُّؤْيَا تَعْبُرُونَ)
{Raja berkata: "Sesungguhnya aku
bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor
sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan tujuh
bulir lainnya yang kering". Hai orang-orang yang terkemuka:
"Terangkanlah kepadaku tentang ta'bir mimpiku itu jika kamu dapat
menta'birkan mimpi".} [Surah Yusuf 12:43],
dan Yusuf mentafsirkan lembu bermaksud tahun,
dan kelemahan dan lemak bermakna kebuluran/kemarau dan kesuburan. Jadi ini
adalah kata-kata Allah, dan AuliakNya yang paling tahu mengenainya dan mereka
tahu apa yang dimaksudkan darinya. Kerana Kalam Allah tidak serupa dengan
ucapan makhluk, maka Allah SWT [walaupun] dalam perkara yang paling berbahaya,
dan ia adalah perlantikan washiy Ya’kub (as), Dia menggunakan perlambangan
(simbol) dalam KalimahNya dengan Yusuf dan Ya’kub (as), Dia, SWT berfirman:
(إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ
إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ
لِي سَاجِدِينَ)
{(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada
ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang,
matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku".} [Surah Yusuf 12:4].
Jadi selepas ini, adakah ibn Taimiyyah dan
yang lain-lain daripada dia berani mendakwa bahawa mereka mampu memahami
kata-kata Allah dan apa yang dimaksudkan darinya!
[6] Ulamak (orang-orang yang berilmu) adalah
Muhammad dan Keluarga Muhammad (as) dan para Nabi dan Aushiak (as) seperti yang
telah disebut dalam banyak riwayat (hadits).
[7 ] Al-Tauhid - Al-Syeikh Al-Shaduq : halaman
246. Al-Burhan: jilid 1, halaman 46
[8] Surah Al-Syura 42:23
[9] Surah Al-Qalam 68:42
[10] Surah Al-Qiamah 75:22-23
[11] Oleh kerana pertimbangan mereka untuk
menghadkan Ketinggian Allah Yang Maha Suci dari had (sempadan), seperti yang
bertangan dan berkaki dan yang datang dan pergi yang semua ini bergantung
kepada menunjukkan yang terdiri dari bahagian-bahagian dan menunjukkan adanya
kekurangan dan keperluan, dan bahawa yang di sekeliling adalah lebih sempurna
dan lebih kaya, maka yang bertangan dan berkaki mestilah kepada makhluk yang
dicipta, dan yang sedang memandang ke arah tertentu mestilah makhluk yang
dicipta, dan yang datang dalam naungan awan mestilah makhluk yang dicipta, dan
ia adalah Muhammad (S) dan juga Al-Qa'im (as) seperti yang telah dibentangkan.
Dan orang-orang Wahabi menganggap bahawa setiap perkataan yang mengatakan
"Tuhan - Rabb" ertinya Al-Lahut Al-Mutlaq (Tuhan Mutlak) dan Al-Rabb
Al-Mutlaq (Ketuhanan Mutlak) Yang Maha Suci ini. Jadi di manakah ia dari
Al-Quran dan segala yang yang telah dinyatakan dengan jelas di dalamnya
mengenai perkataan " Tuhan - Rabb", dan saya telah menjelaskan ini
sebelum ini dalam tajuk الألوهية – Uluhiyah: (kita dapati Yusuf (as)
di dalam Quran, dan dia adalah seorang nabi, menerangkan Firaun sebagai Rabbhu – tuannya - seorang
lelaki kaki arak
(وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ
مِّنْهُمَا اذْكُرْنِي عِندَ رَبِّكَ فَأَنسَاهُ الشَّيْطَانُ ذِكْرَ رَبِّهِ
فَلَبِثَ فِي السِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ)
{Dan (Yusuf) berkata kepada orang yang
diketahuinya akan selamat diantara mereka berdua: "Terangkanlah keadaanku
kepada tuanmu". Maka syaitan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan
Yusuf) kepada tuannya. Karena itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa
tahun lamanya.} [Surah Yusuf 12:42].
dan juga, Yusuf menerangkan Pembesar Mesir
('Aziz Mishr), yang mengambil atas dirinya tanggungjawab sara hidup Yusuf dan
yang berbelas ihsan kepadanya, sebagai "Rabbi - tuan saya"
(وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا
عَن نَّفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ قَالَ مَعَاذَ
اللّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لاَ يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ)
{Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal
di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia
menutup pintu-pintu, seraya berkata: "Marilah ke sini". Yusuf
berkata: "Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuan-ku telah
memperlakukan aku dengan baik". Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada
akan beruntung.} [Surah Yusuf 12:23]
dan orang yang telah membuat baik tempat
tinggalnya, dalam hal yang jelas dan dalam dunia nyata ini, adalah Pembesar
Mesir ('Aziz Mishr),
(وَقَالَ الَّذِي اشْتَرَاهُ مِن مِّصْرَ
لاِمْرَأَتِهِ أَكْرِمِي مَثْوَاهُ عَسَى أَن يَنفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَداً
وَكَذَلِكَ مَكَّنِّا لِيُوسُفَ فِي الأَرْضِ وَلِنُعَلِّمَهُ مِن تَأْوِيلِ
الأَحَادِيثِ وَاللّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ
يَعْلَمُونَ)
{Dan orang Mesir yang membelinya berkata
kepada isterinya: "Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik,
boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita pungut dia sebagai anak".
Dan demikian pulalah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka
bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan kepadanya ta'bir mimpi. Dan Allah berkuasa
terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.} [Surah
Yusuf 12:21])
[12] Surah Al-Qalam 68:42
[13] Surah Al-Fath 48:10
[14] Surah Al-Baqarah 2:210
[15] Saudara boleh membaca teks dari Taurat
dan Injil dalam Lampiran 4
[16] Ibn Jibrin berkata: [... Jari-jari adalah
di tangan, walau bagaimanapun, ia tidak perlu seperti jari yang lazim yang ada
pada makhluk seperti hujung dan panjangnya dan sebagainya dan sebagainya,
bahkan ia adalah benar-benar tangan dan ia benar-benar jari pada tangan]
kata-kata Ibn Jibrin berakhir. Dan saudara melihat bahawa mereka tidak berhenti
pada mengesahkan bahawa terdapat tangan kanan dan kiri, sebaliknya, mereka juga
mempercayai bahawa Allah mempunyai jari di tangan. Maha Suci dan Maha Tinggi
Allah daripada apa yang diiktikadkan orang-orang zalim. Saudara boleh semak
semula teks-teks lain dalam Lampiran 3.
[17] Walaupun mereka mengatakan seseorang yang
melihat Dia SWT dengan penglihatan dan mata yang ada pada wajah manusia yang tidak
boleh dibayangkan ia adalah penjelmaan secara terang-terangan. Dan saudara
boleh menyemak semula beberapa perkataan para ulamak Wahabi dalam Lampiran 3
✡✡✡✡✡
✡ Sebelum
✡✡ Kandungan
Kitab ✡✡ Selepas ✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan