Perintah Sujud Pertama dan Tauhid
أمر السجود الأول والتوحيد
Dalam solat harian kita, kita sujud kepada
Allah, ini adalah apa yang kita semua tahu dan tiada perselisihan (khilaf)
padanya. Tetapi juga, kita percaya bahawa para malaikat sujud kepada Adam. Dan
kita juga percaya bahawa Ya'qub, dan dia adalah seorang Nabi, dia dan isterinya
bersama anak-anaknya, sujud kepada Nabi Allah Yusuf (as).
Masalah ini tidak boleh dilalaikan oleh mereka
yang mencari kebenaran, atau jika tidak, dia akan kehilangan agamanya dengan
sengaja; kerana masalah ini sangat penting dan berat (serius), kerana sujud
berdasarkan fikiran dan tanggapan hari ini tidak dibenarkan untuk selain dari
Allah dan sesiapa yang melakukannya mungkin akan terjerumus ke dalam syirik dan
kufur (kafir) (bermaksud dia akan dituduh syirik dan kufur) oleh kebanyakan
orang-orang yang seolah-olah tidak berfikir atau menggunakan akal mereka. Kita
dapati sujud ini telah diterangkan dengan lengkap,di mana telah berlaku pada
malaikat dan Ya’kub (as), dan mereka semua adalah maksum dan tidak melakukan
kesilapan, bahkan sujud ini adalah dengan perintah Allah. Jadi perkara ini
tidak boleh kita biarkan begitu sahaja tanpa memberi perhatian kepadanya, dan
ia tidak boleh kita abaikannya disebabkan kita tidak mampu untuk memahami dan
menyedarinya, seperti mana tidak dipedulikan oleh kebanyakan manusia. Tetapi,
orang yang mencari kebenaran mestilah memahami segala-galanya dalam Agama
Allah; kerana Dia Yang Maha Suci tidak pernah melakukan sesuatu atau menyebutkan
sesuatu untuk kita membiarkannya begitu sahaja tanpa memahaminya atau memahami
hikmah di dalamnya.
Malah, sujud ini pada hakikatnya menempatkan
kita di depan sebuah Kebenaran yang jelas, dan ia adalah: Sesungguhnya Allah
Yang Maha Suci yang telah berfirman kepada ciptaannya:
اسجدوا لي لأني إلهكم وربكم
Sujudlah kepada-Ku kerana Aku Tuhan (Ilah)
kamu dan Tuhan (Rab) kamu,
Dia Yang Maha Suci juga berfirman kepada
mereka:
اسجدوا لآدم، واسجدوا ليوسف (ع)،
Sujudlah kepada Adam, dan sujudlah kepada
Yusuf (as).
Ini adalah perkara yang sangat berat (serius)
dan perlu difahami dengan tepat; kerana Sujud adalah sikap merendahkan
diri, dari seorang yang bersujud, dan ia menjelaskan kefakiran (serba kurang)
yang bersujud, dan kekayaan pada yang disujud. Dan dengan demikian
jelas menunjukkan bersujud kepada yang disujud melambangkan pengiktirafan
Rububiyah – pengurusan ketuhanan..
Dan jika kita meletakkan perkara ini dalam
bentuk soalan dengan mengatakan: Bahawa sujud kita kepada Allah mewakili
kesungguhan yang dapat kita lakukan untuk merendahkan diri; supaya kita boleh
menunjukkan keperluan dan kekurangan kita, yang bermaksud bahawa kita datang
bergantung (bertuhan) kepadaNya supaya Dia menyempurnakan kita dan kita mengiktiraf
RububiyahNya dan Dia akan melengkapkan kita. Oleh itu soalannya di sini ialah:
Apakah makna sujud malaikat kepada Adam? Dan apakah makna sujud Ya’kub kepada
Yusuf (as)? Adakah ia perkara yang sama, atau berlainan?
Pada hakikatnya, ia adalah perkara yang sama,
dan tiada yang berubah yang ditunjukkan pada sujud, yang bersujud kepada
yang disujud, maka sujud adalah sama dan yang disujud adalah sama. Ya,
yang berubah orang yang disujud (hala sujud), kerana Ya’kub contohnya
bersujud kepada Allah dan bersujud kepada Yusuf, jadi yang tidak
berubah hanyalah orang yang bersujud. Dan tidak ada perbezaan di antara sujud
yang pertama yang ditunjukkan dengan sujud yang kedua tunjukkan, Untuk sujud
yang pertama menunjukkan Ya’kub menyembah tuhan dan mengiktiraf (mengaku)
RububiyahNya, kemudian seperti itu jugalah sujud kedua. Oleh itu, sujud ini
menunjukkan dan menjelaskan dengan lengkap bahawa Allah SWT ingin mengatakan
bahawa Aku mengetahuinya, sesiapa yang inginkan makrifat Lahut-Ku
hendaklah mengetahu perkara ini, dan sesiapa yang inginkan makrifat Rububiyah
hendaklah mengetahui perkara ini..
Dan sebenarnya ini adalah satu nikmat yang
besar, dan saya telah menjelaskan kehebatannya sebelum ini apabila saya
berkata: Sesungguhnya Makrifat (mengenal) Al-Rahmah Mutlak tidak mungkin bagi
kita, tetapi kita mengenalnya dengan Makrifat Rahmat yang dekat (hampir) dengan
Al-Rahmah Mutlak. Dan setiap kali Al-Rahmah ini akan lebih dekat kepada Al-Rahmah
Mutlak, makrifat kita akan menjadi lebih besar. Itulah sebabnya, nikmat yang
lebih besar atas penciptaan adalah Khalifah-khalifah Allah di bumi-Nya; Karena melalui
mereka Allah dikenal dan ditauhidkan..
Dari Imam Al-Redha (as), dalam Kaifiat Ziarah
Al-Anbiak wal Aushiak (as), beliau (as) berkata:
اَلسَّلامُ عَلى اَوْلِياءَ اللهِ
وَاَصْفِيائِهِ،
Salam ke atas Auliak Allah dan yang
dipilih-Nya,
اَلسَّلامُ عَلى اُمَناءِ اللهِ
وَاَحِبّائِهِ،
Salam ke atas yang datang kepada Allah dan
kekasihNya
اَلسَّلامُ عَلى اَنْصارِ اللهِ
وَخُلَفائِهِ،
Salam ke atas ansar Allah dan para
khalifah-Nya,
اَلسَّلامُ عَلى مَحالِّ
مَعْرِفَةِ اللهِ
Salam ke atas pusat hentian makrifah Allah,
اَلسَّلامُ عَلى مَساكِنِ ذِكْرِ
اللهِ،
Salam ke atas rumah-rumah yang mengingati
Allah,
اَلسَّلامُ عَلى مُظْهِرى اَمْرِ
اللهِ وَنَهْيِهِ،
Salam ke atas yang menzahirkan perintah Allah
dan apa yang mencegahnya,
اَلسَّلامُ عَلَى الدُّعاةِ اِلَى اللهِ،
Salam ke atas yang menyeru kepada Allah,
اَلسَّلامُ عَلَى الْمُسْتَقِرّينَ
فى مَرْضاتِ اللهِ،
Salam ke atas yang menetapkan keredhaan Allah,
اَلسَّلامُ
عَلَى الُْمخْلِصينَ في طاعَةِ اللهِ،
Salam ke atas keluarga yang ikhlas yang taat
pada Allah,
اَلسَّلامُ عَلَى الاَْدِلاّءِ
عَلَى اللهِ، اَلسَّلامُ عَلَى الَّذينَ مَنْ والاهُمْ فَقَدْ والَى اللهَ، وَمَنْ
عاداهُمْ فَقَدْ عادَى اللهِ، وَمَنْ عَرَفَهُمْ فَقَدْ عَرَفَ اللهَ، وَمَنْ
جَهِلَهُمْ فَقَدْ جَهِلَ اللهَ، وَمَنِ اعْتَصَمَ بِهِمْ فَقَدِ اعْتَصَمَ بِاللهِ،
وَمَنْ تَخَلّى مِنْهُمْ فَقَدْ تَخَلّى مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَاُشْهِدُ
اللهَ اَنّى سِلْمٌ لِمَنْ سالَمْتُمْ، وَحَرْبٌ لِمَنْ حارَبْتُمْ، مُؤْمِنٌ
بِسِرِّكُمْ وَعَلانِيَتِكُمْ، مُفَوِّضٌ فى ذلِكَ كُلِّهِ اِلَيْكُمْ، لَعَنَ
اللهُ عَدُوَّ آلِ مُحَمَّدٍ مِنَ الْجِنِّ وَالاِْنْسِ وَاَبْرَأُ اِلَى اللهِ
مِنْهُمْ، وَصَلَّى اللهُ عَلى مُحَمَّدٍ وَآلِهِ)
Salam ke atas yang menunjukkan Allah, Salam ke atas yang setia kepada mereka, telah setia kepada Allah, Sesiapa yang memusuhi mereka telah memusuhi Allah, dan Sesiapa yang mengenal mereka telah mengenal Allah, dan Sesiapa yang jahil tentang mereka akan jahil tentang Allah, dan Sesiapa yang berpegang kepada mereka akan berpegang kepada Allah, Sesiapa yang meninggalkan mereka telah meninggalkan Allah Azza wa Jalla. Dan aku bersaksi Allah akan berdamai kepada sesiapa yang berdamai dengan kamu, dan akan memerangi sesiapa yang memerangi kamu, dan percaya dengan rahsiamu dan ketetapan-ketetapanmu, Mewakilkan kesemuanya kepadamu. Semoga Allah melaknat musuh-musuh Keluarga Muhammad dari jin dan Manusia dan allah membebaskan dari mereka, dan semoga Allah berselawat ke atas Muhammad dan keluarga baginda.) [1]
Dan untuk itu Allah telah memanggilnya
"kenikmatan"
﴿لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ﴾
{kamu pasti akan ditanya pada
hari itu tentang kenikmatan.} [2].
Dan malaikat-malaikat telah mengetahui
kenikmatan ini apabila Adam mengajar mereka apa yang mereka tidak mengetahuinya,
(قال أنبئهم بأسمائهم)
{KataNya, ceritakan kepada mereka nama-nama
semuanya}, maknanya, mereka mengenal Allah dan Nama-nama Allah. Jadi
Adam adalah jalan di mana para malaikat belajar hakikat Nama-nama,
Maka yang telah mengenalkan mereka adalah hakikat bukan lafadz atau makna
perkataan. Setelah mengetahui dari Adam nama-nama itu, mereka mengetahui bahawa
penciptaan Adam adalah adalah satu nikmat yang dinikmatkan Allah kepada mereka.
Adapun Malaikat adalah makhluk daripada Al-Rahmah Mutlak, sebagai contoh,
adalah diketahui Rahmat Mutlak dengan Keupayaan Dia SWT, tetapi apabila Adam
(as) telah dicipta, yang ditajallikan (dinyatakan) padanya Al-Rahmah dalam bentuk
yang lebih besar dan yang lebih hampir dengan Al-Rahmah Mutlak, maka barulah
Malaikat ini mengenal hakikat Al-Rahmah Mutlak dengan mengetahui
ketidakmampuannya pada makrifat Al-Rahmah Mutlak.
-------------------
[1] Man La Yahdaruhu Al-Khatib: jilid 2,
halaman 608. Dan Ziyarah ini dalam Al-Kafi, dan Al-Tahdhib, dan Kamel
Al-Ziyarah
[2] Surah Al-Takatsur 102:8
✡✡✡✡✡
✡ sebelum
✡✡ kandungan
kitab ✡✡ selepas ✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan