Isnin, 8 Januari 2018

Tauhid Di Sisi Wahabi:




 Kitab Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid
                 
Tauhid Di Sisi Wahabi:
Pembatalan Pengantara Dan Syafaat Para Nabi Dan Aushiak.



توحيد الوهابيين
وإلغاء وساطة وشفاعة الأنبياء والأوصياء


Firman Allah SWT:





﴿إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلاً * أُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقّاً وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَاباً مُهِيناً﴾

{Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya dan (orang-orang yang) berkata: Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu. (( Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghina.} [1] 

Sesungguhnya, isu membatalkan peranan dan kedudukan para nabi dan Aushiak bukanlah perkara baru, sebaliknya, ia bermula pada Nabi pertama yang dicipta oleh Allah SWT, iaitu Adam (as). Iblis (la) telah ingkar, menafi dan tidak beriman dalam peranan Adam (as), malah enggan sujud kepada Adam dan tidak menerima Adam (as) menjadi kiblatnya kepada Allah. 

Iblis tidak kafir kepada Allah dan tidak pula membantah untuk menyembah Allah, tetapi dia enggan sujud kepada Adam, dia enggan untuk mengakui keutamaan Adam dan bahawa dia (Adam) adalah kiblat, pemberi syafaat dan pengantara kepada Allah. Barangkali tepat untuk kita mengatakan bahawa Iblis telah mencapai Tauhid sebelum pengikut Wahabi, dan mungkin lebih tepat untuk mengatakan bahawa mereka telah dijangkiti dengan penyakit Iblis dan telah terpengaruh kepada seruan Iblis. Jadi Iblis mendapati mereka adalah pengikut terbaik dan paling utama dalam mengikuti jejak langkahnya mengingkari para Aulia Allah (as). 

Allah SWT telah menjelaskan keadaan Iblis dengan sangat jelas di dalam Al-Quran. Orang-orang yang berakal waras pasti tidak akan menjumpai apa-apa perbezaan di antara Iblis dan pengikut Wahabi. Tidak cukup bagi  orang-orang Wahabi untuk menafikan kedudukan para nabi dan Aushiak (as) sebagai syafaat dan kiblat mereka kepada Allah;



﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً﴾

{Dan (ingatkanlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripada-Ku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu} [2]

Bahkan mereka mengatasi iblis dalam mengkufur dan menafikan para Hujjaj (Bukti) Allah, kerana mereka telah membinasakan Perkuburan Baqi’ yang Suci bagi para Hujjaj (Bukti) Allah, Keluarga Muhammad (as), yang mana ianya adalah tempat letaknya Rahmat dan Keberkatan Allah SWT. Maka jelaslah perasaan dengki dan kebencian mereka terhadap Keluarga Muhammad (as), dan betapa jelasnya persamaan antara pengikut Wahabi dan Iblis. Allah SWT berfirman:

﴿قُلْ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْراً إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى﴾

{Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang pada kerabatku"} [3]

Jelas bagaimana kedengkian mereka terhadap Keluarga Muhammad (as) dengan pemusnahan tempat persemadian mereka! Dan mereka tersangat jauh dari kecintaan terhadap Keluarga Muhammad (as) sebagaimana yang diperintahkan Allah ke atas umat Islam, dan jika bukan kerana itu, maka sudah mencukupi untuk menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak langkah Iblis dalam mengingkari para Aulia Allah SWT, dan Allah Ta’ala berfirman:

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ قَالَ أَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِيناً﴾

{Dan [ingatlah], tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?"} [4]

Cukuplah untuk menerangkan ikutan  mereka kepada Iblis dengan keingkaran mereka Aulia Allah SWT.

Iblis (la) tidak meredhai Nabi Allah Adam (as) sebagai pemberi syafaatnya kepada Allah, pengantara antara dia dan Allah, dan kiblatnya ke arah Allah. Mereka yang sesat lagi menyesatkan adalah pengikut Iblis dalam mengingkari para Wali Allah, tidak menerima untuk menjadikan Nabi Muhammad (S) sebagai pemberi syafaat mereka kepada Allah, pengantara di antara mereka dan Allah, dan kiblat mereka ke arah Allah. Bahkan mereka juga tidak menerima bahawa Rahmat dan Berkat Allah turun ke atas orang yang melawat kuburan atau makam Keluarga Muhammad (as), yang Allah telah meminta umat Islam untuk mencintai mereka dalam Al Quran yang Mulia, 

﴿وَلَقَدْ صَدَّقَ عَلَيْهِمْ إِبْلِيسُ ظَنَّهُ فَاتَّبَعُوهُ إِلَّا فَرِيقاً مِنَ الْمُؤْمِنِينَ﴾

{Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman.} [5].

Setiap orang yang berakal haruslah merenung: Adakah terdapat contoh ikutan yang lebih jelas dan lebih tepat buat pengikut Wahabi selain daripada iblis dalam mengkufur dan menafikan peranan Hujah (Bukti) Allah dan KhalifahNya Yang Maha Suci yang terdiri daripada para Nabi dan Aushiak (as)? Mereka menggunakan alasan palsu bagi menutup kebencian mereka terhadap para Hujjaj (Pemegang Bukti-bukti) Allah dan KhalifahNya di Bumi-Nya dengan alasan-alasan yang sangat lemah:  

- Bahawa kepercayaan syafaat oleh makhluk di sisi Allah, adalah syirik 
- Kepercayaan bahawa makhluk boleh mengabulkan permintaan (hajat), dengan izin Allah, adalah syirik. 

Secara ringkasnya: Mereka mempercayai bahawa kepercayaan tentang kehadiran seorang pengantara antara hamba dan yang disembah adalah syirik (menyekutukan sesuatu dengan Allah), dan mereka menafikan kepercayaan ini dan mereka enggan untuk beramal dengannya. Saya boleh gambatkan, sekiranya mereka telah mengkaji pendirian iblis mengenai Adam, maka mereka pasti mendapati tiada perbezaan, walau sedikit pun, pendirian mereka dalam hal menafikan pengantara dan kiblat kepada Allah SWT:

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ قَالَ أَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِيناً﴾، ﴿وَلَقَدْ صَدَّقَ عَلَيْهِمْ إِبْلِيسُ ظَنَّهُ فَاتَّبَعُوهُ إِلَّا فَرِيقاً مِنَ الْمُؤْمِنِينَ﴾.

{Dan [ingatlah], tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?"} [6],  {Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman} [7] 

Di sini dinyatakan beberapa isi penting bagi penjelasan lanjut dan buat menghilangkan kekeliruan orang-orang yang masih keliru untuk melihat kebenaran. Moga-moga mereka memberi perhatian kepada kenyataan bahawa apabila Allah mengarahkan makhluk untuk beribadat kepadaNya, Dia menjadikan ibadat pertama adalah sujud kepada KhalifahNya sebagai pengantara di antara mereka dan Allah. Supaya mereka tidak membantah untuk sujud dan mengiktiraf peranan Khalifah Allah di BumiNya sebagai Pengantara hamba kepada Allah dan Pemberi syafaat bagi pihak Allah, yang pada hakikatnya tidak mati atau binasa oleh kematian atau kebinasaan jasad jasmani. Oleh itu, selagimana hakikat ini kekal, maka syafaat mereka dan pengantaraan mereka juga kekal. Mudah-mudahan mereka meninggalkan daripada mengikuti jejak langkah iblis dalam menafikan perantaraan dan sekaligus menafikan Pengantara (Khalifah Allah). 


Dengan penuh penyerahan kepada Allah, saya katakan: 

1 - Perbuatan berjumpa doktor dan menggunakan ubat-ubatan bukanlah perbuatan syirik kepada Allah. Ini kerana kedua-duanya tidak dapat memberi manfaat kepada manusia, melainkan Allah berkehendakkan demikian dan memberikan keupayaan kepada doktor dan ubat untuk memberi manfaat kepada manusia. Begitulah juga halnya berkaitan ruh (jiwa), tetapi kali ini doktornya adalah ruh-ruh para nabi dan ubat kesempurnaan yang dilimpahkan kepada orang-orang yang mengambil mereka sebagai pemimpin. Jadi bertawajjuh kepada mereka bukanlah syirik kepada Allah, kerana mereka tidak dapat memberi manfaat kepada manusia melainkan dengan izin Allah. Begitu juga penafian terhadap mereka adalah kejahilan melampau dan kufur, kerana mereka adalah ‘sebab-sebab’ bagi penyembuhan ruh-ruh dan Allah telah menjadikan kedudukan ini khusus buat mereka ketikamana Dia menjadikan mereka Khalifah-KhalifahNya, di mana seluruh makhlukNya di BumiNya ini menghadapkan wajah mereka. Tidak dibenarkan sesiapapun merampas (kedudukan mereka) dan barangsiapa yang membantah akan menjadi seperti Iblis yang enggan sujud kepada Adam (as). 

2 – Mereka juga tidak dapat memberi apa-apa manfaat jika Allah tidak mengkehendaki sebegitu, sepertimana halnya doktor dan ubat-ubatan. Oleh itu, amat perlu untuk bertawajjuh dengan berdoa kepada Allah agar doktor dan ubat-ubatan dapat memberi manfaat dan si pesakit mendapat manfaat daripada mereka, kerana mereka tidak memberi manfaat dan syafaat melainkan dengan izin dan kehendak Allah. 

3 - Sesiapa jua yang bertawajjuh (menghadapkan wajah) kepada doktor ruh, iaitu para Nabi dan Aushiak, dan dalam masa yang sama meninggalkan tawajjuh kepada Allah dengan doa, serta mempercayai bahawa mereka (para Nabi dan Aushiak) dapat memberi manfaat tanpa perlu bertawajjuh kepada Allah dan tanpa Allah mengizinkan mereka, maka sesungguhnya dia telah menjadi musyrik. Mereka tidak akan dapat memberi manfaat apa-apa kepada dia, dan dia juga tidak akan dapat manfaat apa-apa pun dari mereka
﴿يَوْمَئِذٍ لا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَنُ وَرَضِيَ لَهُ قَوْلاً﴾
{Pada hari itu tidak berguna syafa’at, kecuali [syafa’at], orang yang Al-Rahman telah memberi izin kepadanya, dan Dia telah meredhai perkataannya} [8]  

﴿وَلا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ عِنْدَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ حَتَّى إِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ﴾
{Dan tiadalah berguna syafa’at di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafa’at itu, sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata: "Apakah yang telah difirmankan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "[Perkataan] yang benar", dan Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar} [9]
4 - Barangsiapa menafikan mereka (Aulia Allah) dan mendakwa bahawa dia menghadapkan wajahnya secara langsung kepada Allah supaya tidak menjadi musyrik, maka pada hakikatnya, pendirian tersebut adalah seratus peratus sama dengan pendirian iblis, dan tidak ada perbezaan satu inci pun di antara mereka. Kerana dia kafir (ingkar) akan kedudukan mereka (para Nabi dan Aushiak) yang Allah telah jadikan khusus buat mereka (para Nabi dan Aushiak). Dia juga kafir (ingkar) dalam Perintah Allah, dan orang ini tersingkir dari Rahmat Allah, dan ibadahnya adalah seperti ibadah Iblis (laknau Allah). 
Telah berkata Imam Al Sadiq (as): "... Iblis adalah yang pertama menggunakan Qiyas (perbandingan) dan menjadi takabbur (angkuh). Dan keangkuhan adalah bentuk maksiat pertama yang diderhakakan Allah dengannya. Imam (as) berkata: 'Maka Iblis telah berkata: "Wahai Tuhanku! Lepaskan aku daripada bersujud kepada Adam, kerana aku beribadat kepada Engkau dengan ibadat yang tidak pernah disembah oleh Malaikat terdekat mahupun Nabi yang diutuskan. Maka Allah berfirman: "Aku tidak mempunyai keperluan dalam ibadah kamu, sesungguhnya, Aku ingin disembah mengikut keinginanKu, bukan mengikut keinginan kamu."Dia (iblis) enggan bersujud, maka Allah Ta’ala berkata: "Keluar daripadanya (syurga) kerana sesungguhnya kamu adalah terkutuk, dan laknatKu ke atas kamu sehingga ke hari kiamat ..." [10] 

5 – Oleh itu, bagi sesiapa yang memahami apa yang telah saya jelaskan di dalam kebanyakan buku dan sekitar Al-Quran yang mulia berkenaan Alam Malakut, maka dia pasti tahu akan kedudukan sebenar Aulia, nabi-nabi dan  wasi-wasi (as) adalah sebagai Pengantara antara yang disembah dengan yang menyembah. Ianya adalah perkara yang dipaksakan dan tidak dapat dielakkan, dan tiada pilihan untuk hamba kerana kedudukan dan martabat kesemua Aulia ini adalah mengatasi kedudukan hamba-hamba. Dengan itu, diwajibkan setiap hamba melepasi mereka (as) terlebih dahulu untuk sampai kepada yang disembah (Allah). 


______________________________ 
[1] Surah Al-Nisa': 150 & 151
[2] Surah Al-Kahf 18:50
[3] Surah Al-Syūraá 42: 23
[4] Surah Al-'Isra': 61
[5] Surah Saba': 20
[6] Surah Al-'Isra' 17:61
[7] Surah Saba'34:20
[8] Surah Thaha 20:109.
[9] Surah Saba' 34:23
[10] Bihar Al-Anwar, jilid 11, halaman 141 dan juga  jilid 6, halaman 247.






✡✡✡✡✡
                                   
Sebelum ✡✡  Kandungan Kitab ✡✡ Selepas


Tiada ulasan: