Kitab
Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid
Allah Zuhur dalam Jasad
الله ظهر في الجسد
Ini adalah salah satu ajaran yang menunjukkan
Ulama yang tidak beramal yang dijadikan sebagai bukti kepada kesesatan mereka,
dan mendakwa bahawa Tuhan Mutlak duduk di dalam Jasad.
(1) Dari Paul, rasul Yasu’ (Isa) Al-Masih menurut perintah Allah,
Juruselamat kita, dan Yasu’ (Isa) Al-Masih, dasar pengharapan kita, (2) kepada Timotius, anakku yang sah di dalam iman: kasih
karunia, rahmat dan damai sejahtera dari Allah Bapa dan Yasu’ (Isa) Al-Masih,
Tuhan kita, menyertai engkau. [1].
(16) .... betapa
besarnya rahasia agama kita: Allah menampakkan diri dalam Jasad, dan dinyatakan
benar oleh Roh Allah, serta dilihat oleh para malaikat. Beritanya
dikumandangkan di antara bangsa-bangsa, dan Ia dipercaya di seluruh dunia dan
diangkat ke syurga.. [2].
Pertama: Bab
pertama Risalah Isa (as) tidak diberikan selain daripada sifat Rububiyah
dan ia adalah sifat yang tidak ada masalah
pada Nabi atau Rasul yang digambarkan olehnya, kerana mereka (as), adalah pengurus
(Murabbu) manusia, dan mereka adalah lebih berhak dengan sifat ini daripada
bapa yang bersifat dan bernama dengannya dalam nisbah mengurus keluarganya.
Bahkan juga, bab ini menjelaskan bahawa pengutusan
tidak akan berlaku melainkan dengan perintah Allah SWT, dan bahawa Isa (as)
diperintahkan "menurut perintah Allah". Oleh itu, Isa (as) telah
diperintahkan dan diarahkan dengan perintah Allah, ini bererti bahawa Allah
adalah lebih Tinggi, dan lebih Berilmu, dan lebih Berkuasa daripadanya. Oleh
itu, ia membuktikan bahawa Isa (as) memerlukan selain daripada dirinya dan
kekurangan terdapat dalam halaman kewujudannya, jika tidak, tidak bermaknalah
yang akan diperintahkan semasa dia bersifat sempurna mutlak, kerana ini
bercanggah dengan kebijaksanaan, kerana bagaimana mungkin Kesempurnaan Mutlak
[boleh] mengambil manfaat daripada yang lain dari dirinya?!
Adapun yang telah dinyatakan dalam Risalah yang
sama dalam Bab Ketiga, ia sepatutnya - selepas ia dibuka oleh apa yang kita
lihat - Difahamkan bahawa kemunculan Allah dalam jasad ini betul-betul seperti
PenampilanNya dalam semua alam-alam ciptaan dan tajalliNya di dalamNya, dan
kemunculan-Nya Yang Maha Suci. Ya, ada yang khusus untuk ini dikatakan, kerana
sesungguhnya, ia bermakna bahawa Isa (as) mewakili (kedatangan Allah di Sa'ir)
yang bermaksud bahawa dia adalah tangan Allah dan Wajah Allah dan Imej Allah,
bagaimanapun, beliau adalah hamba yang dicipta dan bukan Allah SWT. Terdapat
perbezaan besar antara hakikat dan kesempurnaan Imej, tepat sebagai perbezaan
antara adanya sesuatu dan ketiadaan sesuatu.
Oleh itu, Allah, seperti yang sebelum ini saya
telah jelaskan, telah tajalli (kenyataan) di alam-alam Penciptaan dan muncul di
dalamnya dan membuat ia kelihatan, dan ini tidak bermakna bahawa Dia telah
turun (datang) di dalamnya atau telah menjadi Ketuhanan Mutlak, atau bahawa sebahagiannya
adalah mungkin dari Ketuhanan Mutlak tidak kira betapa besar cahayamya, kerana
sesungguhnya mengekalkan makhluk yang dicipta dengan mengekalkan cahaya dengan
kegelapan. Oleh itu, martabat tertinggi yang mungkin untuk manusia adalah dia
menjadi Allah dalam Penciptaan
﴿..... يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ
لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ .....﴾ hampir-hampir minyaknya akan bersinar walaupun tidak disentuh oleh api.
Cahaya berlapis cahaya...} [3], hampir bercahaya sendiri -
dan untuk itu Ibrahim (as) keliru pada mulanya dalam hal ini, sehingga dia
mengenal Hakikat Allah [4], bagaimanapun, ia tidak
pernah bercahaya oleh dirinya sendiri.
Dan Hadis Al Qudsi dari Allah SWT:
(لم تسعني سمائي ولا أرضي ووسعني قلب عبدي المؤمن)
[Tidak muat bagiKu,
langit dan bumi Ku, yang boleh memuat Ku adalah hati hamba Ku yang
mukmin."] [5],
yang bermaksud bahawa dia (hamba Allah) boleh
menjadi Wajah Allah dan Tangan Allah seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran:
﴿إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا
يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ﴾
{Bahwasanya
orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia
kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka,} [6],
﴿وَيَبْقَى
وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالْأِكْرَامِ﴾
{Dan tetap kekal Zhat
Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.} [7].
Dan sebagaimana ia jelas dalam nash-nash yang
dibentangkan dalam Taurat dan Injil.
Anak (الإبن):
Di dalam Taurat dan Injil (Bapa ku, Bapa kamu,
Anak, Bapa, Anak-anak Allah ).
(4) ....... maka beginilah firman Tuhan semesta
alam: "Mereka boleh membangun, tetapi Aku akan merobohkannya; dan orang
akan menyebutkannya daerah kefasikan dan bangsa yang kepadanya Tuhan murka
sampai selama-lamanya." (5) Matamu akan melihat dan kamu sendiri akan
berkata: "Tuhan maha besar sampai di luar daerah Israel." (6) Seorang anak menghormati bapanya dan
seorang hamba menghormati tuannya. Jika Aku ini bapa, di manakah hormat yang
kepada-Ku itu? Jika Aku ini tuan, di manakah takut yang kepada-Ku itu? firman Tuhan
semesta alam kepada kamu, hai para imam yang menghina nama-Ku. Tetapi kamu
berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami menghina nama-Mu?". " [8].
(21) Pada
waktu itu juga bergembiralah Yasu’ (Isa) dalam Roh Kudus dan berkata: "Aku
bersyukur kepada-Mu, Bapa, Tuhan langit dan bumi, karena semuanya itu Engkau
sembunyikan bagi orang bijak dan orang pandai, tetapi Engkau nyatakan kepada
orang kecil. Ya Bapa, itulah yang berkenan kepada-Mu. (22) Semua telah diserahkan kepada-Ku oleh Bapa-Ku
dan tidak ada seorangpun yang tahu siapakah Anak selain Bapa, dan siapakah Bapa
selain Anak dan orang yang kepadanya Anak itu berkenan menyatakan hal
itu." (23) Sesudah itu berpalinglah Yasu’ (Isa) kepada
murid-murid-Nya tersendiri dan berkata: "Berbahagialah mata yang melihat
apa yang kamu lihat. (24) Karena Aku berkata kepada kamu: Banyak
nabi dan raja ingin melihat apa yang kamu lihat, tetapi tidak melihatnya, dan
ingin mendengar apa yang kamu dengar, tetapi tidak mendengarnya." [9].
(1) Mazmuur
Daud. Kepada Tuhan, hai Anak-anak Allah, kepada Tuhan sajalah kemuliaan dan
kekuatan! (2) Berilah kepada Tuhan kemuliaan nama-Nya, sujudlah kepada Tuhan dengan
berhiaskan kekudusan! [10].
(1) Ketika Yasu’
(Isa) melihat orang banyak itu, naiklah Ia ke atas bukit dan setelah Ia duduk,
datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. (2) Maka Yasu’ (Isa) pun mulai
berbicara dan mengajar mereka, kata-Nya: (3) Berbahagialah orang yang miskin di hadapan
Allah, karena merekalah yang empunya Kerajaan Syurga. (4) Berbahagialah
orang yang berdukacita, karena mereka akan dihibur. (5) Berbahagialah
orang yang lemah lembut, karena mereka akan memiliki bumi. (6) Berbahagialah
orang yang lapar dan haus akan kebenaran, karena mereka akan dipuaskan. (7) Berbahagialah orang yang murah hatinya, karena
mereka akan beroleh kemurahan. (8) Berbahagialah orang yang suci hatinya,
karena mereka akan melihat Allah. (9) Berbahagialah orang yang membawa damai, karena
mereka akan disebut anak-anak Allah. (10) Berbahagialah orang yang dianiaya oleh
sebab kebenaran, karena merekalah yang empunya Kerajaan Syurga. (11) Berbahagialah kamu, jika karena Aku kamu
dicela dan dianiaya dan kepadamu difitnahkan segala yang jahat. (12) Bersukacita dan bergembiralah, karena
upahmu besar di Syurga, sebab demikian juga telah dianiaya nabi-nabi yang
sebelum kamu." [11].
Kata-kata yang ada di dalam Taurat atau Injil
dan bahagian-bahagian tertentu adalah samar-samar untuk orang yang tidak
mengetahuinya, dan ditafsirkan oleh ulama yang tidak beramal - supaya mereka
boleh mendakwa yang anak manusia untuk Allah SWT, atau bahawa mereka boleh
mendakwa Ketuhanan Mutlak pada manusia - ia tidak bermakna dengan apa jua cara dari
bentuk-bentuk Ketuhanan manusia adalah Ketuhanan Mutlak, sebaliknya, ia secara
keseluruhsnnya menafikan penggabungan yang hakiki bagi manusia [12].
Dan jika seseorang berpaling ke arah itu dengan hati yang terbuka, meminta
hakikat makrifah sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT, yang diciptaNya, dia
akan dapati bahawa Isa (as) memuji Allah dan memujaNya sebelum mengucapkan
kata-kata, dan apabila melihat dengan mata keadilan mereka akan tahu bahawa
kata-kata ini adalah diguna pakai oleh semua para Nabi, Rasul-rasul dan Aushiak
sebagai Hujjaj Allah atas Penciptaan-Nya dan para KhalifahNya di Bumi-Nya.
Kerana, setiap Hujjah dari Hujjaj Allah, adalah yang paling mengenal Allah di
zamannya, dengan itu, menjadi bukti atasnya yang paling mengenal Allah pada
umat di zamannya, dan juga ia menjadi bukti bahawa tidak ada yang tahu Khalifah
Allah dan Hujjah Allah tiada yang benar-benar mengetahui selain Allah yang
menciptanya (dan tidak ada seorangpun yang tahu siapakah Anak selain Bapa, dan
siapakah Bapa selain Anak dan orang yang kepadanya Anak itu berkenan menyatakan
hal itu).
Dan ini yang terdapat dalam ucapan Rasulullah
Muhammad (S) untuk washiynya Ali Abi Talib (as): "Wahai Ali! Tiada siapa
yang mengenal Allah kecuali aku dan engkau, dan tidak ada yang
mengenal aku kecuali Allah dan engkau, dan tiada siapa yang
mengenal engkau melainkan Allah dan aku."[13].
Dan juga, mesti mengenal manusia yang haqiqi dan
dia adalah penciptaan (makhluk) yang kesemuanya adalah hamba-hamba Allah SWT,
Dia merahmati mereka sebagaimana bapa yang telah merahmati kepada anak-anaknya,
bahkan, Dia Lebih Menyayangi penciptaanNya daripada Ibu dengan anak tunggalnya.
Dan sesungguhnya manusia dari para Nabi dan Aushiak (as) adalah penciptaan yang
paling dikasihi Allah SWT, maka merekalah yang paling utama yang dijadikan
Allah SWT, sebagaimana bapa mereka mengikut pengertian ini, dan kerana mereka
taat kepada-Nya dan tidak menderhaka kepadaNya, Yang Maha Suci, seperti anak
soleh yang taat dan berbakti kepada bapanya, dengan itu, maka betullah mereka
adalah anak-anak Allah mengikut pengertian ini, dan mereka bukan Ketuhanan
Mutlak, sebaliknya, mereka adalah hamba yang dimuliakan, kerana mereka
bersyukur.
﴿وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَداً
سُبْحَانَهُ بَلْ عِبَادٌ مُكْرَمُونَ﴾
{Dan mereka berkata:
"Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak", Maha Suci
Allah. Sebenarnya, mereka adalah hamba-hamba yang dimuliakan, } [14]
﴿لَوْ أَرَادَ اللَّهُ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَداً لاصْطَفَى مِمَّا
يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ سُبْحَانَهُ هُوَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ﴾
{Kalau sekiranya Allah hendak
mengambil anak, tentu Dia akan memilih apa yang dikehendaki-Nya di antara
ciptaan-ciptaan yang telah diciptakan-Nya. Maha Suci Allah. Dialah Allah Yang
Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.} [15].
Dan ia adalah jelas dalam al-Quran bahawa
mereka (as)
﴿يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ
عَلَى نُورٍ﴾
{... hampir-hampir minyaknya
akan bersinar walaupun tidak disentuh oleh api. Cahaya berlapis cahaya...} [16],
yang bermaksud, bahawa mereka adalah Allah
dalam Penciptaan, iaitu [bahawa mereka] kenyataan Allah dan Imej (shurah) Allah
sebagai mana dalam hadith dari mereka (as) menyatakan:
(أن
الله خلق آدم على صورته)
"Sesungguhnya Allah menciptakan
Adam atas (imej) shurah-Nya" [17],
(26) Berfirmanlah
Allah: "Baiklah Kami menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kami.....", [18],
dan mereka bukan Allah SWT. Dan akibatnya, jika
memandang ke arah mereka adalah memandang kepada Allah, melihat mereka adalah
melihat Allah, dan dalam Injil:
(8) Berbahagialah
orang yang suci hatinya, karena mereka akan melihat Allah.
(9) Berbahagialah
orang yang membawa damai, karena mereka akan disebut anak-anak Allah.
Dan dalam Al-Quran akan ditemui ucapan yang
sama
﴿وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ * إِلَى
رَبِّهَا نَاظِرَةٌ﴾
{Wajah-wajah pada hari itu
berseri-seri. * Kepada Tuhannyalah mereka melihat.} [19]
dari Abi Al-Shalt Al-Harawi dari Imam Al-Redha
(as), beliau berkata :
"Sabda
Rasulullah (S): “Sesiapa saja yang telah menziarahi aku semasa hidupku atau
selepas kematianku maka dia telah melawat Allah Ta’ala, dan darjat Nabi (S)
adalah darjat Tertinggi di dalam syurga. Oleh itu, sesiapa
yang menziarahi baginda dalam darjatnya di syurga dari rumahnya maka
dia telah menziarahi Allah Tabaraka Wa Ta’ala,” Maka, aku berkata kepadanya:
”Wahai anak Rasulullah (S)! Apa yang di maksudkan dengan riwayat: Bahawa
ganjaran 'La Ilaha Illa Allah’ adalah melihat wajah Allah
Ta’ala'. Maka dia (as) berkata: 'Ya Aba Shalt! Sesiapa saja yang menyifatkan
Allah Ta’ala, sebagai wajahnya, dia telah kafir, bagaimanapun, Wajah Allah
Ta’ala, adalah Nabi-nabiNya, Rasul-rasul-Nya, dan Hujjaj-Nya, (shalawatu Allah
‘alaihim), merekalah yang bertawajjuh (menghadapkan wajah mereka) ke arah Allah
Azza Wa Jalla, dan ke arah Agama-Nya, dan mengenali-Nya, dan berfirman Allah
Ta’ala:
﴿كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ * َيَبْقَى
وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ﴾
{Semua yang ada di
bumi itu akan binasa * Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan
kemuliaan.} [20]
dan Allah Ta’ala
berfirman:
﴿كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ﴾
{Semuanya akan musnah
kecuali Wajah-Nya } ' " [21]
Allah Ta’ala berfirman:
﴿قُلْ إِنْ كَانَ لِلرَّحْمَنِ وَلَدٌ فَأَنَا أَوَّلُ
الْعَابِدِينَ﴾
{Katakanlah, jika
benar Al-Rahman mempunyai anak, maka akulah (Muhammad) orang yang mula-mula
menyembahnya. "} [22].
{Katakanlah, jika benar Al-Rahman
mempunyai anak, maka akulah (Muhammad) orang yang mula-mula menyembahnya}. Maksudnya
bahawa Muhammad (S) adalah yang paling hampir dengan Allah Yang Maha Suci, dan
Makhluk pertama yang dicipta Allah SWT, dan yang pertama menyembah Allah SWT.
Oleh itu, jika Allah SWT, mempunyai anak (Maha Tinggi Allah dari yang demikian
itu) maka ia adalah Muhammad (S), kerana sesungguhnya, mereka mengatakan bahawa
yang pertama yang dihasilkan daripada-Nya SWT adalah anak atau Kalimah.
Oleh itu, Muhammadlah yang berkata 'Aku penciptaan yang paling hampir
dengan Allah SWT', baginda tidak pernah mengatakan 'aku anak sebahagian
daripada Allah SWT', dia juga tidak berkata 'Aku Tuhan mutlak', tetapi
sebaliknya, dia berkata, 'Aku Abdullah (hamba Allah) dan anak kepada Abdullah
(hamba Allah)'.
﴿وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَداً
سُبْحَانَهُ بَلْ عِبَادٌ مُكْرَمُونَ﴾
{Dan mereka berkata:
"Tuhan Al-Rahman telah mengambil (mempunyai) anak", Maha Suci Allah.
Sebenarnya mereka, adalah hamba-hamba yang dimuliakan, } [23].
Oleh itu, sesiapa yang mencari kebenaran dia
harus berhati-hati dan ikhlas dalam pencariannya supaya dia boleh mencapai
kebenaran (Al-Haqiqah) dan menyelamatkan dirinya daripada kemurkaan Allah SWT,
﴿وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَداً * لَقَدْ جِئْتُمْ
شَيْئاً إِدّاً * تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ
الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدّاً * أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَداً *
وَمَا يَنْبَغِي لِلرَّحْمَنِ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَداً﴾
{Dan mereka berkata:
"Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak". * Sesungguhnya
kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, * hampir-hampir langit
pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh, * karena
mereka mendakwakan Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. * Dan tidak layak
bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak. } [24]
----------------------
[1] Injil Paulus, Injil 1 Timothy, Bab pertama
- Lama dan Perjanjian Baru - Jemaah Gereja Timur.
[2] Injil Paulus, Injil 1 Timothy, Bab ketiga
- Lama dan Perjanjian Baru - Jemaah Gereja Timur.
[3] Surah Al-Nur: 35
[4] Baca maklumat di dalam Kitab
Mutasyabihat'.
[5] Bihar Al Anwar : Jilid. 55, Halaman. 39.
[6] Surah Al-Fath 48:10
[7] Surah Al-Rahman 55: 27
[8] Taurat, Maleakhi, Bab Pertama - Lama dan
Perjanjian Baru. - Jemaah Gereja Timur.
[9] Injil Lukas, Bab Kesepuluh - Lama dan
Perjanjian Baru - Jemaah Gereja Timur.
[10] Taurat, Zabur (Mazmur), Kedua Puluh
Sembilan Bab 1 - Lama dan Perjanjian Baru. Jemaah Gereja Timur.
[11] Injil Matius Bab Kelima - Lama dan
Perjanjian Baru - Jemaah Gereja Timur.
[12] Oleh kerana sebahagiannya memanggil
sekumpulan orang bagawa mereka "anak-anak Allah", jadi mereka anak-anak
lelaki sebenar bagi Allah dan Tuhan-tuhan anak berdasarkan ucapan Isa yang di
dalam Injil bahawa dia "anak Allah" menunjukkan kepada Ketuhanan dan anak
yang sebenar kepada Allah? Maha Tinggi Allah dari itu semua.
[13] Mukhtashar Bashair Al Darajat : P. 125.
[14] Surah Al-Anbiyāk 21: 26
[15] Surah Az-Zumar 39: 4
[16] Surah An- Nur 24:35
[17] Al Kafi : J1, hal. 134. Al-Tauhid Al Shaduq
: hal 103.
[18] Di dalam Taurat, Kitab Kejadian, Bab
Pertama.
[19] Surah Al-Qiyāmah 75: 22 & 23
[20] Surah Al-Rahman 55:26-27
[21] 'Uyun Akhbar Al-Redha (as): J 2, hal 106.
[22] Surah Al-Zukhruf
43:81
[23] Surah Al-Anbyā' 21:26
[24] Surah Maryam 19: 88-92.
✡✡✡✡✡
✡ Sebelum ✡✡ Kandungan
Kitab ✡✡ Selepas ✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan