Jumaat, 19 Januari 2018

Kitab Zakat

بسم الله الرحمن الرحيم

Kitab Zakat

Dibahagikan kepada dua bahagian:

Bahagian pertama: Zakat Harta

Dipertimbangkan Pada: Siapa yang diwajibkan, dan apa yang diwajibkan, dan pelepasannya.


Pertimbangan pertama: Siapa yang diwajibkan membayar zakat.

Zakat diwajibkan kepada: orang dewasa (baligh), berakal (waras), merdeka, pemilik, yang mampu memberinya. Seorang kanak-kanak tidak perlu membayar zakat, tetapi pada harta selain emas dab perak diwajibkan membayar zakat. Penjaganya diwajibkan mengeluarkannya apabila dia baligh (cukup umur), dan begitu pula orang yang gila..Milikan adalah syarat pada semua jenis harta, dan ia mesti milikan penuh. Sekiranya cukup nisab (kadar harta) tidak perlu membayarnya sehingga cukup Haul (setahun) milikan, dan begitu pula apabila diwasiatkan kepadanya, ia dikira cukup Haul (setahun) selepas kematian dan selepas penerimaan. Sekiranya dia membeli cukup nisab sehingga cukup Haul (setahun) dari masa akad jual-beli itu tidak dikira sehingga melepasi ketiga-tiganya, serta begitu pula jika sekiranya ada syarat jual-beli atau kedua-dua pilihan sebagai rambahan atas ketiga-tiganya. Sekiranya harta di bawah tuntutan hutang (pinjaman) dan bahagian bakinya adalah pada tahun itu maka cukup haul adalah tahun selepasnya, harta rampasan hanya dikenakan selepas setahun pembahagian. Jika imam membahagikan terus untuk setahun, jika pemiliknya hadir, jika pemiliknya tidak hadir ketika pemiliknya tiba.

Sekiranya dia bernazar bersedekah di sepanjang tahun haul dengan bahagian nisab, maka gugurlah haul itu, agar bahagian itu dapat disedekahkan. Dan boleh memberikan pada semua jenis harta. Dan kemungkinan melaksanakan kewajibannya adalah dianggap sebagai tanggungjawab, dan bukannya kewajiban.

Tidak wajib membayar zakat atas harta yang diambil secara paksa, dan ia tidak tersembunyi jika ia tidak berada di tangan wakilnya atau penjaganya, mahupun digadaikan, atau diwaqafkan, mahupun yang hilang, atau harta yang tak cukup (berkurangan). Jika bertahun-tahun telah berlalu dan zakatnya telah kembali ke tahunnya, ia menjadi mustahab. Dan tidak wajib membayar zakat, sehingga ia kembali kepada pemiliknya. Jika ia dalam hutang sehingga ia selesai dibayar balik. Sekiranya kelewatannya disebabkan oleh pemiliknya, zakat adalah wajib atas yang memilikinya. Orang kafir wajib membayar zakat, tetapi tidak sah untuk dia melaksanakannya. Jika rosak ia tidak wajib atas tanggungannya dab perlu mengabaikannya. Seorang Islam apabila tidak dapat untuk mengeluarkannya dan kerosakan harta tidaklah menjadi tanggungannya, oleh itu dia boleh mengabaikannya. Orang gila dan kanak-kanak tidak bertanggungjawab sekiranya penjaga mengabaikannya.   
                                               
Pertimbangan kedua: Menerangkan apa yang diwajibkan dan apa yang mustahab (disunatkan).
Zakat adalah wajib bagi tiga jenis ternakan: unta, lembu dan kambing. Dan pada emas, perak, dan empat hasil bijirin: gandum, barli, kurma, kismis (anggur) dan biji-bijian. Juga diwajibkan pada harta (barangan) perdagangan, dan tidak diwajibkan pada harta yang sebaliknya..
Adalah mustahab: pada semua yang tumbuh dari bumi, yang disukat atau ditimbang, dan pada kuda betina. Dan digugurkan pada yang selainnya kecuali apa yang akan disebutkan. Tidak wajib zakat pada baghal, keldai, dan hamba. walaupun haiwan yang dilahirkan itu kacukan di antara dua haiwan yang salah satunya adalah haiwan yang dikenakan zakat. Dalam lampirannya kepada kumpulan harta Zakat yang diumumkan namanya.



✡✡✡✡✡

 Sebelum ✡✡  Kandungan Kitab ✡✡ Selepas 



Tiada ulasan: