Kitab
Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid
Tauhid Pada Tasbih Dan Bukan Pada Sifat
التوحيد في التسبيح لا في الوصف
Tauhid dari apa yang telah dijelaskan sebelum
ini, ia adalah pada Tasbih (Penyucian) dan bukan pada Sifat [1]. Maksudnya
bahawa, Tauhid Hakiki dilakukan dengan menyanjung (Tanzih) KesucianNya dari
makrifah pada Kenyataan dan Hakikat-Nya. Untuk mencapai tujuan makrifah, dalam mengenal
ketidakupayaan memakrifah. Oleh itu, matalamat yang boleh dicapai oleh manusia adalah
dengan sifat-sifat atau Nama-nama Zat Kesempurnaan, itulah yang menyampaikan
kepada makrifat ini - iaitu ketidakupayaan mengenal untuk mencapai
makrifat – yang di-tajalli-kan (dinyatakan) kepada manusia melalui penjelasan bahawa
Tauhid Haqiqi pada Tasbih. Dia SWT berfirman:
﴿سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ * إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ
الْمُخْلَصِينَ﴾
{Maha Suci Allah dari apa
yang mereka sifatkan,* Kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas.} [2]
Dan itu adalah kerana, hamba-hamba yang ikhlas
telah mengenal bahawa sifat-sifat yang dirujuk kepada HakikatNya kepada
menyanjung tinggi, menyucikan (bertasbih) atau menquduskan (bertaqdis) dari sifat-sifat
kekurangan. Maknanya, Dia SWT adalah bebas daripada kekurangan, iaitu sesungguhnya
Dia SWT adalah Cahaya dengan tiada kegelapan padaNya..
Abi Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya Ilmu
Allah tanpa Kejahilan di dalamNya, Hidup yang tanpa Kematian pada-Nya, Cahaya
yang tanpa kegelapan di dalamNya) [3]
Dari Yunus bin Abdul Rahman, dia berkata:
قلت
لأبى الحسن الرضا (ع): (روينا أن الله علم لا جهل فيه، حياة لا موت فيه، نور لا
ظلمة فيه، قال (ع): كذلك هو)
Aku berkata kepada
Abi Al-Hasan Al-Redha (as) : ("Telah diriwayatkan kepada kami bahawa Ilmu
Allah adalah tanpa Kejahilan di dalamNya, Hidup yang tanpa Kematian pada-Nya,
Cahaya yang tanpa kegelapan di dalamNya " Jadi dia (as) berkata: Seperti
itulah Dia) [4]
Dan pada hakikatnya, makrifat yang tidak boleh
kita capai dari makrifat Al-Lahut (Makrifat Ketuhanan), ia hanyalah suatu kemungkinan
kepada kita, dan darinya kita tidak boleh sampai pada makrifat yang hakiki,
kerana kita tidak mungkin tahu ketidakupayaan kita untuk mengetahui (mengenal)
HakikatNya SWT kecuali dengan mengenal ketidakupayaan kita pada makrifat Al-Lahut
(Makrifat Ketuhanan) yang mutlak. Ini kerana, Al-Lahut mutlak ialah yang kita
hadap, dan ia sesuai untuk keadaan kita, dan adalah mungkin bagi kita untuk
menyelam ke dalam bidang (halaman) mengenalNya, melalui kelemahan kita yang diketahuiNya [5],
kerana Al-Lahut mutlak adalah sempurna mutlak, yang kita datang berlindung
(bertuhan) kepadanya dan mengatasi kekurangan kita. Tetapi adakah mungkin,
sebagai contoh, kita ingin mengetahui ketidakupayaan untuk mengenal Al-Rahmah
Mutlak tanpa mengetahui apa itu Rahmah? Sudah pasti jawapannya: Tidak.
Oleh itu untuk, mengetahui ketidakupayaan kita
pada makrifat Al-Rahmah Mutlak, atau (Al-Rahman Al-Rahim SWT), kita mesti tahu apa
itu Rahmah. Dan semakin besar Al-Rahmah yang kita ketahui ini, semakin besarlah
makrifat kita padaNya, Dan hasilnya adalah mengenal ketidakupayaan kita untuk
mengetahui Rahmat Mutlak adalah lebih besar. Dan dengan itu akan, mengetahui
ketidakupayaan kita untuk mengenal Hakikat yang kita hadapkan dengan Al-Rahmah Mutlak,
yang lebih besar. Untuk mengetahui Al-Rahmah Mutlak dicapai dengan mengetahui
tajalli (kenyataan) Al-Rahmah dalam Penciptaan, dan makrifat Al-Lahut mutlak
dicapai dengan mengetahui tajallinya dalam Penciptaan, sebagaimana Hakikat
makrifat dicapai dengan makrifat Al-Lahut (Tuhan) mutlak.
Oleh itu, adalah wajib kita mengenal siapa
khalifah Allah di Bumi-Nya, mereka adalah tajalli (kenyataan) Allah dalam
penciptaan, dan dengan mengenali mereka kita akan mengenal Allah, iaitu
mengenal ketidakupayaan untuk mengenaliNya. Oleh itu, mengenal ketidakupayaan
untuk mencapai Hakikat makrifat, dan ini adalah Tauhid yang
dituntut dari anak Adam. Dan ini adalah rahsia sebenar dan sebab
diutus para Nabi dan Aushiak (as), iaitu betapa perlunya mereka diutus; Oleh
kerana makrifat adalah disempurnakan melalui mereka..
Di sini terletaknya hakikat Tauhid dan
bahawa: Sesunguhnya Dia SWT hanya tajalli (kenyataan) untuk ciptaan-Nya pada Al-Lahut
Mutlak, supaya mereka mengenaliNya, yang mana sesuai untuk keadaan mereka,
kerana mereka ini fuqara’ (serba kurang), dan mereka datang berlindung (bertuhankan)
Yang Kaya Mutlak supaya memenuhi kekurangan mereka. Yang bermaksud bahawa, Al-Lahut
bukanlah Hakikat, sebaliknya, adalah Wajah Al-Hakikat yang sesuai (wajar) bagi
penciptaan, dia adalah penzahiranNya SWT kepada kita supaya kita boleh
mengenaliNya. Oleh itu, Al-Lahut bukan Hakikat, sebaliknya ia adalah jalan yang
membawa kepadanya (Hakikat). Tetapi itu tidak bermakna bahawa Al-Lahut Mutlak
lain dariNya SWT. Kerana pada hakikatnya, tidak terdapat namaNya (yang
dipanggil) Lahut (Tuhan) jika tidak kerana wujud Penciptaan, kerana Dia SWT
adalah Al-Lahut (Tuhan) bagi kita, sesungguhnya kita adalah fuqara’ (serba
kurang), dan perlu untuk mengatasi kekurangan, dan kerana itulah kita datang
berlindung (bertuhan) kepada-Nya SWT. Maksudnya, dengan tajallinya Dia SWT pada
Al-Lahut Mutlak untuk Penciptaan tidak lain penzahiranNya SWT kepada mereka
dengan apa yang wajar (sesuai) dengan keadaan mereka, tidaklah Al-Lahut adalah Al-Kasyaf
Al-Haqiqi (benar-benar terdedah) sepenuhnya dari Hakikat, sebaliknya, ia ditakrifkan
oleh Hakikat dengan apa yang sesuai dengan keadaan dan kekurangan penciptaan
Dari Abi Sanan, dia berkata, aku bertanya Aba
Al-Hassan Al-Redha (as):
(Adakah Allah Azza wa
Jalla, mengenal diri-Nya sebelum penciptaan dicipta?
Beliau (as) menjawab:
Ya,
Aku berkata: Adakah
Dia melihatNya dan mendengarkanNya?
Beliau (as) berkata:
(Dia tidak memerlukannya, kerana Dia tidak bertanya padaNya dan tidak meminta
dariNya. Dia adalah diriNya, dan diriNya adalah Dia. KekuasaanNya dilaksanakan,
maka dia tidak perlu menamakan diriNya. Tetapi Dia memilih untuk diri-Nya
Nama-nama supaya yang lain dariNya menyeru denganNya, kerana jika Dia tidak
diseru dengan NamaNya, Dia tidak akan dikenal. Nama pertama yang dipilihNya
untuk DiriNya adalah: Yang Tinggi, Yang Agung [العلي
العظيم - Al-‘Aliy Al-‘Adzim], kerana
Dia Maha Tinggi dari segalanya, maknanya ialah "Allah", dan Nama-Nya
ialah "Al-‘Aliy Al-‘Adzim (Yang Tinggi, Yang Agung) ", dan ia adalah
yang pertama daripada nama-nama-Nya, Dia adalah di atas dari segala sesuatu ) [6]
Sebelum ini telah dikemukakan:
(Dari Hisham bin
Al-Hakam, bahawa dia bertanya kepada Aba Abdillah (as) tentang nama-nama Allah
dan nama "Allah" itu apa asalnya, dari mana terbitnya, dia
(as) berkata: Ya Hisham, "Allah" berasal daripada "ilah",
dan ilah diperlukan kepada yang datang berlindung (bertuhan) padanya, dan nama
yang bukan dinamakan. Oleh itu, sesiapa yang menyembah nama tanpa makna,
sesungguhnya dia telah kafir dan tidak menyembah sesuatu, dan sesiapa yang
menyembah nama dan makna, sesungguhnya dia telah syirik dan telah
menyembah kedua-duanya. Dan sesiapa yang menyembah makna tanpa nama, maka
sesungguhnya inilah Tauhid.) [7]
.
Dan kata-kata Imam-imam (as) adalah jelas di
dalam riwayat-riwayat, bahawa manusia hanya perlu memikirkan kata-kata Imam
Al-Redha (as)
(KekuasaanNya
dilaksanakan, maka dia tidak perlu menamakan diriNya. Tetapi Dia memilih untuk
diri-Nya Nama-nama supaya yang lain dariNya menyeru denganNya, kerana jika Dia
tidak diseru dengan NamaNya, Dia idak akan dikenal.),
Dan kata-kata Imam Al-Shadiq (as): (Ya Hisham,
"Allah" berasal daripada "ilah", dan ilah diperlukan kepada
yang datang berlindung (bertuhan) kepadanya)
Dan untuk gambaran yang lebih jelas kita mesti
mengetahui bahawa mengenalNya SWT dengan mengenal Hakikat sifat-sifat-Nya yang
sepenuhnya agak mustahil, kerana dua sebab:
Pertama: bahawa
semua sifat-sifat Ilahiyah, bahkan keseluruhannya adalah Al-Lahut - Allah
– yang tidak lain adalah wajah yang dihadapkan kita kepada Dia SWT, dengan apa
yang sesuai untuk keadaan kita. Jadi Al-Lahut bukan hakikat, tetapi ia adalah
jalan untuk mengenal Hakikat. Oleh itu, ia berhenti padaNya dan menganggap
mengenalNya adalah Makrifat Haqiqi yang lengkap sama seperti berhenti di
tengah-tengah jalan yang membawa kepada matlamat, dan mendakwa telah mencapai
matlamat.
Kedua: Apabila
sifat-sifat itu dinisbahkan kepada-Nya SWT ia menjadi mutlak, dengan itu
bagaimana mungkin yang tidak mutlak akan mengenal makrifat yang mutlak lengkap,
manakala makrifat yang lengkap bermakna yang Arif perkara di sekelilingnya. Dan
tidak ada yang di sekeliling sesuatu kecuali yang lebih atas atau,
sekurang-kurangnya sama dengannya.
Oleh itu, mendakwa kemungkinan mengenal
sifat-sifat Ilahiyah suatu makrifat yang lengkap samalah
seperti mensabitkan dakwaan berbilang-bilangnya Al-Lahut Mutlak, dan yang
sabit itu menjadi yang ‘arif - dan dia adalah makhluk - sebagai ketuhanan
mutlak, dan ini adalah batil. Oleh itu, apa yang kita boleh kenal dari
sifat-sifat itu adalah kenyataannya (tajalli) dalam penciptaan, dan sudah tentu
tajalli yang paling hampir baginya, mereka adalah para Hujjaj Allah atas
ciptaanNya dan khalifah-khalifah di bumiNya [8].
Sekiranya kita mengambil Al-Rahmah, sebagai
contoh, kita hendaklah tahu apa yang boleh diketahui tentang Al-Rahmah, supaya
kita boleh tahu dari hubungan para Nabi dan Aushiak dengan seluruh penciptaan
yang lain. Jadi mari kita anggap bahawa ia (Al-Rahmah) berkisar antara 80-99
peratus, dan semua mereka (as) mengikut taraf mereka, tetapi tidak seorang pun
daripada mereka mencapai100 peratus; kerana sesiapa yang bersifat itu [100 % Al-Rahmah]
dia adalah sempurna yang tidak ada kekurangan, dan yang kaya tiada kemiskinan
padanya, iaitu dia adalah cahaya tanpa kegelapan di dalam dirinya, ini hanyalah
untuk Dia Yang Maha Suci dan bukan ciptaan-Nya. Dan dengan itu, tinggallah
makrifat kita dengan sesuatu Al-Rahmah, tidak kira di mana sahaja ia sampai, ia
tidak lengkap, dan matlamat yang kita boleh mencapainya adalah mengenal
(makrifat) ketidakupayaan untuk mengenal Al-Rahmah yang mutlak .
Dan dalam makna yang ringkas, ia adalah
makrifat yang bergantung kepada menafikan kekurangan [9],
di mana ia adalah makrifat yang bergantung kepada Tanzih atau Tasbih (menyanjung
atau menyuci). Dan untuk itu saya telah katakan dan bentangkan bahawa Tauhid
pada Tasbih bukan pada Sifat.
Dan juga, adalah makrifat untuk penciptaan
umum dikaitkan dengan khalifah Allah di bumi-Nya, kerana pada mereka Allah dikenal
dan pada mereka Tauhid dilaksanakan. Dengan belas kasih (rahmat) dikenal RahmahNya
yang Mutlak, dan dengan rububiyah (pengurusan) mereka pada penciptaan akan dikenal
Al-Rububiyah Mutlak, dan dan dengan Al-Lahutiyah (ketuanan - ketuhanan) mereka
dalam penciptaan, akan dikenal Lahut Mutlak Yang Maha Suci. Dan tanpa mereka,
tidak akan ada makrifat ataupun Tauhid pada penciptaan selebihnya.
Oleh itu, Tauhid terikat kepada
khalifah-khalifah Allah dengan ikatan yang sangat ketat, bahkan, jika kita
memeriksanya dengan teliti perkara ini, kita akan tahu dari apa yang telah
dibentangkan bahawa Makrifat dan Tauhid tidak mungkin dicapai oleh penciptaan
yang lain, kalaulah tidak makhluk pertama yang diciptakan, atau ‘Aqal pertama,
atau Muhammad (S), yang dengannya penciptaan mengenalNya SWT.
Dari Abd Al-Salam bin Saleh Al-Harwi, dari Ali
bin Musa Al-Redha, dari bapanya Musa bin Ja'far, dari bapanya Ja'far bin
Muhammad, daripada bapanya Muhammad bin 'Ali dari bapanya Ali bin Al-Hussein,
daripada bapanya Al-Hussein bin 'Ali dari bapanya Ali bin Abi Talib (as),
bahawa dia berkata: Rasulullah (S) bersabda:
(ما خلق الله خلقاً أفضل مني ولا أكرم عليه مني، قال علي (ع):
فقلت: يارسول الله فأنت أفضل أم جبرئيل ؟ فقال: يا علي، إن الله تبارك وتعالى فضل
أنبياءه المرسلين على ملائكته المقربين، وفضلني على جميع النبيين والمرسلين،
والفضل بعدي لك يا علي وللأئمة من بعدك، وإن الملائكة لخدامنا وخدام محبينا.
يا علي، الذين يحملون العرش ومن حوله يسبحون بحمد ربهم ويستغفرون للذين آمنوا بولايتنا، يا علي لولا نحن ما خلق الله آدم ولا حواء ولا الجنة ولا النار، ولا السماء ولا الأرض، فكيف لا نكون أفضل من الملائكة، وقد سبقناهم إلى معرفة ربنا وتسبيحه وتهليله وتقديسه، لأن أول ما خلق الله عزوجل خلق أرواحنا فأنطقنا بتوحيده وتحميده.
ثم خلق الملائكة فلما شاهدوا أرواحنا نوراً واحداً استعظموا أمرنا، فسبحنا لتعلم الملائكة إنا خلق مخلوقون، وأنه منزه عن صفاتنا، فسبحت الملائكة بتسبيحنا ونزهته عن صفاتنا ، فلما شاهدوا عظم شأننا هللنا، لتعلم الملائكة أن لا إله إلا الله وإنا عبيد ولسنا بآلهة يجب أن نعبد معه أو دونه، فقالوا: لا إله إلا الله، فلما شاهدوا كبر محلنا كبّرنا لتعلم الملائكة أن الله أكبر من أن ينال عظم المحل إلا به، فلما شاهدوا ما جعله الله لنا من العز والقوة قلنا: لا حول ولا قوة إلا بالله لتعلم الملائكة أن لا حول لنا ولا قوة إلا بالله، فلما شاهدوا ما أنعم الله به علينا وأوجبه لنا من فرض الطاعة قلنا: الحمد لله لتعلم الملائكة ما يحق لله تعالى ذكره علينا من الحمد على نعمته، فقالت الملائكة: الحمد لله، فبنا اهتدوا إلى معرفة توحيد الله وتسبيحه وتهليله وتحميده وتمجيده.
ثم إن الله تبارك وتعالى خلق آدم فأودعنا صلبه وأمر الملائكة بالسجود له تعظيما لنا وإكراما، وكان سجودهم لله عزوجل عبودية ولآدم إكراماً وطاعة لكوننا في صلبه، فكيف لا نكون أفضل من الملائكة وقد سجدوا لآدم كلهم أجمعون، وإنه لما عرج بى إلى السماء أذّن جبرئيل مثنى مثنى، وأقام مثنى مثنى، ثم قال لي: تقدم يا محمد، فقلت له: يا جبرئيل أتقدم عليك ؟ فقال: نعم؛ لأن الله تبارك وتعالى فضّل أنبياءه على ملائكته أجمعين، وفضّلك خاصة، فتقدمت فصليت بهم ولا فخر، فلما انتهيت إلى حجب النور قال لي جبرئيل: تقدم يا محمد، وتخلف عني، فقلت: يا جبرئيل في مثل هذا الموضع تفارقني ؟ فقال: يا محمد، إن انتهاء حدي الذي وضعني الله عز وجل فيه إلى هذا المكان، فإن تجاوزته احترقت أجنحتي بتعدي حدود ربي جل جلاله.
فزج بي في النور زجة حتى انتهيت إلى حيث ما شاء الله من علو ملكه، فنوديت: يا محمد، فقلت: لبيك ربي وسعديك تباركت وتعاليت، فنوديت: يا محمد أنت عبدي وأنا ربك فإياي فاعبد وعلي فتوكل، فإنك نوري في عبادي ورسولي إلى خلقي وحجتي على بريتي، لك ولمن اتبعك خلقت جنتي، ولمن خالفك خلقت ناري، ولأوصيائك أوجبت كرامتي، ولشيعتهم أوجبت ثوابي.
فقلت: يا رب، ومن أوصيائي ؟ فنوديت: يا محمد، أوصياؤك المكتوبون على ساق عرشي، فنظرت وأنا بين يدي ربي جل جلاله إلى ساق العرش فرأيت اثنى عشر نوراً، في كل نور سطر أخضر عليه إسم وصي من أوصيائي، أولهم: علي بن أبي طالب، وآخرهم مهدي أمتي، فقلت: يا رب هؤلاء أوصيائي من بعدي ؟ فنوديت: يا محمد، هؤلاء أوليائي وأوصيائي وحججي بعدك على بريتي ، وهم أوصياؤك وخلفاؤك وخير خلقي بعدك، وعزتي وجلالي، لأظهرن بهم ديني ولأعلين بهم كلمتي ولأطهرن الأرض بآخرهم من أعدائي، ولأمكننه مشارق الأرض ومغاربها، ولأسخرن له الرياح، ولأذللن له السحاب الصعاب، ولأرقينه في الأسباب، ولأنصرنه بجندي، ولأمدنه بملائكتي حتى تعلو دعوتي ويجتمع الخلق على توحيدي، ثم لأديمن ملكه، ولأداولن الأيام بين أوليائي إلى يوم القيامة)
يا علي، الذين يحملون العرش ومن حوله يسبحون بحمد ربهم ويستغفرون للذين آمنوا بولايتنا، يا علي لولا نحن ما خلق الله آدم ولا حواء ولا الجنة ولا النار، ولا السماء ولا الأرض، فكيف لا نكون أفضل من الملائكة، وقد سبقناهم إلى معرفة ربنا وتسبيحه وتهليله وتقديسه، لأن أول ما خلق الله عزوجل خلق أرواحنا فأنطقنا بتوحيده وتحميده.
ثم خلق الملائكة فلما شاهدوا أرواحنا نوراً واحداً استعظموا أمرنا، فسبحنا لتعلم الملائكة إنا خلق مخلوقون، وأنه منزه عن صفاتنا، فسبحت الملائكة بتسبيحنا ونزهته عن صفاتنا ، فلما شاهدوا عظم شأننا هللنا، لتعلم الملائكة أن لا إله إلا الله وإنا عبيد ولسنا بآلهة يجب أن نعبد معه أو دونه، فقالوا: لا إله إلا الله، فلما شاهدوا كبر محلنا كبّرنا لتعلم الملائكة أن الله أكبر من أن ينال عظم المحل إلا به، فلما شاهدوا ما جعله الله لنا من العز والقوة قلنا: لا حول ولا قوة إلا بالله لتعلم الملائكة أن لا حول لنا ولا قوة إلا بالله، فلما شاهدوا ما أنعم الله به علينا وأوجبه لنا من فرض الطاعة قلنا: الحمد لله لتعلم الملائكة ما يحق لله تعالى ذكره علينا من الحمد على نعمته، فقالت الملائكة: الحمد لله، فبنا اهتدوا إلى معرفة توحيد الله وتسبيحه وتهليله وتحميده وتمجيده.
ثم إن الله تبارك وتعالى خلق آدم فأودعنا صلبه وأمر الملائكة بالسجود له تعظيما لنا وإكراما، وكان سجودهم لله عزوجل عبودية ولآدم إكراماً وطاعة لكوننا في صلبه، فكيف لا نكون أفضل من الملائكة وقد سجدوا لآدم كلهم أجمعون، وإنه لما عرج بى إلى السماء أذّن جبرئيل مثنى مثنى، وأقام مثنى مثنى، ثم قال لي: تقدم يا محمد، فقلت له: يا جبرئيل أتقدم عليك ؟ فقال: نعم؛ لأن الله تبارك وتعالى فضّل أنبياءه على ملائكته أجمعين، وفضّلك خاصة، فتقدمت فصليت بهم ولا فخر، فلما انتهيت إلى حجب النور قال لي جبرئيل: تقدم يا محمد، وتخلف عني، فقلت: يا جبرئيل في مثل هذا الموضع تفارقني ؟ فقال: يا محمد، إن انتهاء حدي الذي وضعني الله عز وجل فيه إلى هذا المكان، فإن تجاوزته احترقت أجنحتي بتعدي حدود ربي جل جلاله.
فزج بي في النور زجة حتى انتهيت إلى حيث ما شاء الله من علو ملكه، فنوديت: يا محمد، فقلت: لبيك ربي وسعديك تباركت وتعاليت، فنوديت: يا محمد أنت عبدي وأنا ربك فإياي فاعبد وعلي فتوكل، فإنك نوري في عبادي ورسولي إلى خلقي وحجتي على بريتي، لك ولمن اتبعك خلقت جنتي، ولمن خالفك خلقت ناري، ولأوصيائك أوجبت كرامتي، ولشيعتهم أوجبت ثوابي.
فقلت: يا رب، ومن أوصيائي ؟ فنوديت: يا محمد، أوصياؤك المكتوبون على ساق عرشي، فنظرت وأنا بين يدي ربي جل جلاله إلى ساق العرش فرأيت اثنى عشر نوراً، في كل نور سطر أخضر عليه إسم وصي من أوصيائي، أولهم: علي بن أبي طالب، وآخرهم مهدي أمتي، فقلت: يا رب هؤلاء أوصيائي من بعدي ؟ فنوديت: يا محمد، هؤلاء أوليائي وأوصيائي وحججي بعدك على بريتي ، وهم أوصياؤك وخلفاؤك وخير خلقي بعدك، وعزتي وجلالي، لأظهرن بهم ديني ولأعلين بهم كلمتي ولأطهرن الأرض بآخرهم من أعدائي، ولأمكننه مشارق الأرض ومغاربها، ولأسخرن له الرياح، ولأذللن له السحاب الصعاب، ولأرقينه في الأسباب، ولأنصرنه بجندي، ولأمدنه بملائكتي حتى تعلو دعوتي ويجتمع الخلق على توحيدي، ثم لأديمن ملكه، ولأداولن الأيام بين أوليائي إلى يوم القيامة)
("Allah tidak
menciptakan ciptaan yang lebih baik daripada ku dan yang tidak lebih mulia padaNya
daripada ku."
Ali (as) berkata:
"Wahai Rasulullah, adakah engkau lebih baik atau Jibrail?"
Lalu
baginda (S) bersabda: "Wahai Ali, sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta’ala,
telah melebihkan semua Anbiak yang diutusNya ke atas MalaikatNya Al-Muqarabin,
dan Dia telah melebihkan aku atas semua Nabi-nabi dan rasul-rasul, dan yang
utama selepasku adalah engkau wahai Ali, dan bagi Imam-imam selepas-mu, dan
sesungguhnya para malaikat adalah khadam kita dan khadam-khadam yang kasihkan
kita . Wahai Ali, orang-orang yang membawa Arasy dan mereka yang
mengelilinginya bertasbih dengan memuji Tuhan mereka, mereka meminta ampun untuk
orang-orang beriman dengan Wilayah (kekuasaan) kita.
Wahai Ali, jika tidak
kerana kita, Allah tidak akan menciptakan Adam atau Hawa atau Syurga atau
Neraka, tidak juga Langit atau Bumi, jadi bagaimanalah kita tidak lebih utama
daripada para malaikat dan kita telah mendahului mereka dalam makrifat pada
Tuhan kita dan bertasbih padaNya, bertahlil padaNya dan bertaqdis padaNya,
kerana apabila Allah Azza wa Jalla mula mencipta, Dia menciptakan Ruh-ruh kita,
kita disebut dengan men-Tauhid-kanNya dan memuji-Nya.
Kemudian Dia mencipta
malaikat, lalu apabila mereka melihat Ruh-ruh kita sesuatu yang bercahaya
mereka rasa kita sebagai perkara yang terlalu besar, jadi kita bertasbih untuk
memberi tahu malaikat bahawa kita adalah makhluk ciptaan, dan bahawa Dia terlalu
jauh (Tinggi) dari sifat-sifat kita.
Maka
bertasbih malaikat-malaikat dengan tasbih kita dan menyanjung-tinggikanNya atas
sifat-sifat kita.
Oleh
itu, apabila mereka melihat kebesaran urusan kita, kita dialu-alukan, agar para
malaikat mengetahui bahawa -لا إله
إلا الله (tiada
Tuhan melainkan Allah) dan bahawa kita adalah hamba-hamba dan bukan tuhan-tuhan
untuk disembah bersama-Nya atau tanpa-Nya.
Lalu mereka berkata: لا إله إلا الله
(Tiada Tuhan melainkan Allah).
Oleh itu, apabila
mereka melihat bahawa hal kita menjadi lebih besar, kita berkata الله أكبر - Allahu Akbar (Allah
Maha Besar), supaya malaikat mengetahui bahawa Allah terlalu Agung yang tidak
lain daripada Dia boleh mempunyai hal kebesaran ini.
Oleh itu, apabila
mereka melihat apa yang diberikan Allah kepada kita daripada Kebesaran dan
Kekuatan, kita berkata: لا
حول ولا قوة إلا بالله - La hawla wala quwwata illa Billah (tiada daya dan kekuatan
melainkan dengan Allah) supaya malaikat mengetahui bahawa kita tidak mempunyai
apa-apa daya atau kekuatan melainkan dengan Allah.
Oleh itu, apabila
mereka melihat nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita dan
mewajibkan kepada kita dengan mengenakan ketaatan kepada kita, kita
berkata: الحمد لله - Alhamdu Lillah (Segala puji bagi Allah),
supaya malaikat mengetahui apa hak Allah kepada kita dari mengingatiNya dengan
memuji-Nya atas nikmat-Nya, maka malaikat berkata: Al-Hamdu lillah
(Segala puji bagi Allah), oleh itu dengan kita mereka telah dibimbing kepada
makrifah Tauhid Allah dan bertasbih (mensucikan)-Nya, bertahlil
(memperTuhankan)-Nya, bertahmid (memuji)-Nya dan bertamajid (memuliakan)-Nya.
Kemudian Allah
Tabaraka Wa Ta’ala, menciptakan Adam dan meletakkan kita di sulbinya, dan Dia
memerintahkan para malaikat sujud kepadanya, mengagungkan dan memuliakan kita.
Sujud mereka itu adalah sujud ’Ubudiyah kepada Allah Azza wa Jalla, dan sujud
mereka kepada Adam memuliakan dan taat kepada kita kerana kita berada di
sulbinya. Jadi bagaimana kita tidak melebihi para malaikat kerana mereka semua
telah sujud kepada Adam?
Dan apabila Dia telah
naikkan aku ke Langit (mikraj), Jibrail membaca azan dua kali, dua kali dan
membaca Iqama dua kali, dua kali.
Kemudian dia berkata
kepadaku: Teruskanlah (ke hadapan) Ya Muhamamd .
Maka aku berkata:
Wahai Jibrail , Bolehkah aku mendahului kamu?
Jibrail berkata: Ya,
kerana Allah Tabaraka Wa Ta’ala, melebihkan Anbiak-Nya atas segala malaikat-Nya,
dan Dia telah melebihkan engkau secara khusus.
Jadi aku terus pergi,
dan aku mengimamkan solat mereka tanpa kebanggaan.
Oleh itu, apabila aku
sampai ke Hijab cahaya, Jibrail berkata kepadaku: "Dahuluilah Ya
Muhammad", dan dia berhenti di belakang ku.
Jadi aku berkata:
Wahai Jibrail, mengapa engkau meninggalkan aku kini berada dalam kedudukan ini?
Jadi dia berkata:
Wahai Muhammad, ini adalah penghujung sempadan yang Allah Azza wa Jalla telah
tentukan bagiku di tempat ini, jika aku melampauinya sayapku akan terbakar
kerana menjangkau had Tuhanku Jalla Jalaalah.
Kemudian dia menolak aku
naik ke dalam Cahaya ditolak sehingga aku sampai di mana yang Allah kehendaki
dari Ketinggian Kerajaan-Nya.
Kemudian aku telah
dipanggil: Wahai Muhammad!
Jadi aku berkata:
لبيك ربي وسعديك تباركت وتعاليت
Ya Wahai Tuhanku! dan
Atas KesenanganMu! BarkahMu dan KetinggianMu!
Kemudian aku telah
dipanggil: Wahai Muhammad, engkau adalah hambaKu, dan Akulah Tuhan kamu, maka
beribadatlah kamu, dan bergantunglah pada Ku (tawakkal), kerana engkau adalah
CahayaKu pada hamba-hambaKu, dan utusan-Ku pada penciptaan aku, dan HujjahKu
pada makhlukKu. Bagi kamu dan untuk orang-orang yang mengikuti kamu, Aku telah
cipta Syurga-Ku, dan bagi yang menentang engkau aku telah cipta api nerakaKu,
dan bagi Aushiak engkau Aku telah wajibkan HormatKu, dan bagi Syiah mereka Aku
wajibkan GanjaranKu.
Jadi aku berkata:
Wahai Tuhan, siapakah Aushiak-ku?
Jadi aku dipanggil:
Wahai Muhammad, Aushiak engkau adalah orang-orang yang ditulis pada kaki
ArasyKu.
Jadi aku melihat, aku
di hadapan Tuhanku Jalla Jalaalah pada kaki Arasy. Jadi aku melihat Dua belas
Cahaya, dalam setiap cahaya terdapat garis hijau di mana padanya ada nama
Washiy dari Aushiak-ku. Pertama dari mereka: Ali bin Abi Talib, dan yang
terakhir dari mereka: Mahdi umatku.
Jadi aku berkata:
Wahai Tuhanku, mereka ini Aushiak-ku selepasku?
Jadi aku dipanggil:
Wahai Muhammad, mereka ini adalah AuliakKu, Aushiak-Ku dan HujjajKu selepas
kamu atas makhlukKu. Dan mereka adalah Aushiak dan Khalifah-khalifah engkau dan
penciptaan terbaik-Ku selepas engkau. Demi ‘IzzahKu dan JalalKu! Sesungguhnya
Aku akan zahirkan (menangkan) melalui mereka AgamaKu, dan aku akan tinggikan
melalui mereka Kalimah-Ku, dan Aku akan menyucikan bumi dari musuh-musuhKu oleh
yang terakhir daripada mereka, dan Aku akan menempatkannya ke atas Timur dan
Barat Bumi ini, dan Aku akan taklukkan angin kepadanya, dan akan Aku limpahkan
Ketinggian, memperteguh Kesukaran, dan Aku akan himpunkan dia dalam hal segala
perkara dan sebab, dan Aku akan beri kepadanya sokongan tenteraKu, dan Aku akan
bantu dia dengan malaikatKu, sampai Tinggi SeruanKu dan berkumpul penciptaan
atas TauhidKu, maka aku akan mengekalkan kerajaannya, dan aku akan daulahkan
hari-hari-Ku antara AuliakKu hingga hari kiamat ) [10]
---------------------------------
[1] Seperti yang telah dibentangkan dalam
ucapan saya mengenai "Al-Shamad ", bahawa Tanzih dan Tasbih pada Zat
dan penjelasan untuk Kesempurnaan Mutlak, melalui menafikan sebarang kekurangan
daripadanya.
[2] Surah Al-Shaffat 37:159 -160
[3] Al-Tauhid - Al-Syeikh Al-Shaduq: halaman
137
[4] Al-Tauhid - Al-Syeikh Al-Shaduq: halaman
138
[5] Al-Shadiq (as) berkata: (Al-‘Ubudiyah
adalah teras (intipati -jauhar) hakikat Al-Uluhiyah) - Misbah Al-Syari'ah:
halaman 7. Al-Tafsir Al-Safi : Jilid 6, halaman 348, dan di dalamnya (jauhar)
bukan sedemikian, dari sumber-sumber lain .
[6] Al-Kafi: jilid 1, halaman 113
[7] Al-Kafi, jilid 1, halaman 87, hadis 2
[8] Seperti yang telah dibentangkan sebelum
ini ("bermakna diutus mereka adalah perlu kerana Makrifat lengkap pada
mereka dan melalui mereka ")
[9] Jika kita menganggap bahawa yang adil
adalah bertentangan dengan yang zalim. Dan jika kita menganggap bahawa 99
peratus daripada Keadilan telah ditajallikan (dinyatakan) pada salah seorang
khalifah Allah di bumi-Nya, dan baki satu peratus adalah nisbah zalim pada
sifat kewujudan beliau, dan bahawa kita dapat mengenal Khalifah ini dari
khalifah-khalifah Allah di bumi-Nya, ber-Makrifat Lengkap. Maka kita akan
mengetahui yang sebanyak 99 peratus Keadilan dan kita tahu kezaliman yang
termasuk dalam halaman kewujudan beliau. Sekarang, jika kita mahu untuk
menggambarkan keadilan mutlak, bergantung kepada makrifat ini yang kita ada,
kita tidak akan dapat untuk mengatakan mengenai keadilan mutlak, kecuali bahawa
ia adalah keadilan yang tidak mempunyai ketidakadilan di dalamnya. Yang
bermaksud bahawa, kita bergantung kepada menafikan ketidakadilan dari halaman
keadilan mutlak untuk mengetahui keadilan mutlak. Dan ini menidakkan kezaliman
menunjukkan kepada kita dalam penjelasan yang lengkap ketidakupayaan kita untuk
mengetahui Keadilan mutlak.
[10] 'Iilal Al-Syarai3 - Al-Syeikh Al-Shaduq:
jilid 1, halaman 5. Kamal Al-Deen wa Tamam Al-Ne'mah: halaman 255
✡✡✡✡✡
✡ Sebelum
✡✡ Kandungan
Kitab ✡✡ Selepas ✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan