Sabtu, 6 Januari 2018

Solat Dan Tauhid


Kitab Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid
                 
Solat Dan Tauhid

الصلاة والتوحيد



Solat adalah mikraj bagi orang mukmin dan ia mewakili bentuk jalan makrifat. Langkah-langkah makrifat, pergerakan-pergerakan dan kata-kata yang menggambarkan jalan makrifat. Oleh itu, gerakan-gerakan solat yang dimulai dengan qiyam (berdiri), ruku' dan seterusnya sujud adalah menggambarkan tentang makrifat yang bersekali dengan penyingkiran daripada Al-Ana (sifat keakuan). Ketika berdiri (qiyam) dia yang menghadapkan wajahnya, pada ruku' yang mewakili kerendahan dan penyingkiran daripada Al-Ana pada darjat tersebut, sehinggalah pada sujud yang mewakili kerendahan serta ketundukan dan penyingkiran daripada Al-Ana pada darjat yang lebih tinggi. Saya tegaskan bahawa kerendahan dan ketundukan bertambah seiringan dengan pertambahan makrifat,.[1] sebagaimana makrifat bertambah dengan pertambahan ketundukan dan kerendahan.

Oleh itu, sebutan zikir di dalam ruku' dan sujud adalah:
سبحان ربي العظيم
Subhana Rabbiyal ‘Adzimi
(Maha Suci Tuhan yang Agung)
dan
سبحان ربي الأعلى
Subhana Rabbiyal A'la
(Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi) mewakili dua martabat ketundukan dan kerendahan, serta makrifat yang mengiringi kedua-dua martabat ini. Di dalam ruku' tanzih (menyanjung-tinggikan), bertasbih (mensucikan) dan mentaqdiskanNya Zat Ketuhanan atau Allah. Manakala di dalam sujud pula mentanzih, mentasbih dan mentaqdiskan Hakikat dan KewujudanNya.

Sujud adalah martabat kerendahan yang lebih tinggi dan lebih agung berbanding martabat kerendahan di dalam ruku', ia bersesuaian dengan tasbih di dalam ruku' iaitu  Subhana Rabbiyal ‘Adzimi (Maha Suci Tuhan yang Agung) atau Subhana Rabbiyal 'Aliy (Maha Suci Tuhan Yang Tinggi).
               

Manakala, tasbih di dalam sujud pula adalah [Subhana Rabbiyal A'la (Maha Suci Tuhan Yang Tertinggi) atau Subhana Rabbiyal A'dzam (Maha Suci Tuhan Yang Teragung). Beza di antara Al-Adzim (Yang Agung) dan Al-A'dzam (Yang Teragung) adalah sangat jelas [2]. Perbezaan ini menerangkan dengan jelas bahawa makrifat yang ditunjukkan di dalam sujud dan tasbihnya adalah lebih agung, berbanding makrifat yang ditunjukkan di dalam ruku' dan tasbihnya.

Di dalam kedua-dua tasbih ini kita menyanjung kesucian Dia yang Maha Suci daripada sebarang kekurangan, seterusnya kita menyanjungNya daripada sebarang makrifat yang melingkungiNya iaitu menyanjungNya daripada kita mengenalnya dengan makrifat yang sempurna di dalam kedua-dua martabat Al-Adzim (Yang Agung) dan Al-A'dzam (Yang Teragung), atau Zat Ketuhanan (Al-Lahut) atau Allah dan Hakikat Huwa (Dia). Di samping kita mengisbatkan (menetapkan) dengan kata-kata kita ini bahawa kita tidak mampu mengenal Zat Ketuhanan Mutlak (Al-Lahut Mutlak) dengan makrifat sepenuhnya, apatah lagi Hakikat yang kita menghadapkan wajah kepadaNya.



----------------------
[1] Lihatlah hadits dalam Lampiran (5)
[2] Bukan hanya di dalam bahasa Arab sahaja, malahan di dalam bahasa-bahasa lainnya seperti bahasa Inggeris: great - greater – greatest – Agung, lebin Agung dan Teragung


✡✡✡✡✡

Sebelum ✡✡  Kandungan Kitab ✡✡ Selepas


Tiada ulasan: