Khamis, 11 Januari 2018

Al-Tauhid


Kitab Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid

Al-Tauhid

التوحـيد



Tauhid yang haqiqi tidak berakhir pada sifat-sifat yang menghimpunkan nama-nama Allah, jadi Kalimah " لا إله إلا الله -  la ilah illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah )" bukan akhir (penamat) bagi Tauhid, sebaliknya, ia adalah permulaan kepada Tauhid. Dan akhir bagi Tauhid dan Hakikat Tauhid adalah (Dia) [atau هو - Huwa]. Dan seperti yang saya telah bentangkan sebelum ini, "ه" (atau huruf  "Haa'" yang merupakan huruf pertama perkataan "Huwa") adalah untuk mengiyakan (mengesahkan), dan "و" (huruf "wau") adalah untuk melambangkan keghaiban yang Ghaib. Sesungguhnya Dia adalah Saksi Yang Ghaib Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan. Dan untuk itu, Surah Al-Tauhid (Al-Ikhlas) adalah { قل هو - Katakanlah Dia}, ​​dan yang selebihnya adalah ulasan (syarah), perincian dan penjelasan. Seperti yang telah saya jelaskan, Allah atau Kota Kesempurnaan Ilahiyah hanyalah satu Tajalli (kenyataan) bagi Hakikat sebenar Dia - Hua, dan "Allah" disifatkan bagi-Nya SWT yang dengannya penciptaan menghadapNya untuk dikenal, dan bukannya Dia SWT.

Dan apa yang dituntut daripada manusia adalah Martabat Tauhid ini, Martabat Hakikat dan Kenyataan (Al-Haqiqah Wa Al-Kunh); kerana ia mewakili bagi menafikan sifat-sifat dari-Nya Yang Maha Suci dan dengan penuh ikhlas kepada Dia SWT dalam hakikat ibadah dan sujud yang hakiki, dan selain daripada ibadah, keikhlasan dan tawajjuh ini tidak pernah bebas daripada syirik dalam martabat tertentu.


Oleh itu, penciptaanNya menghadap Ketuhanan (Uluhiyah) iaitu wajah-Nya SWT mengikut kesesuaian mereka dan apa yang sesuai mengikut keadaan mereka, kerana mereka adalah ciptaan dan keperibadian mereka serba kurang dan lemah. Oleh itu, adalah wajar mereka menghadap Dia SWT dengan Kesempurnaan. supaya mereka boleh bertawajjuh kepadaNya dan datang berlindung kepadaNya dan mengatasi kekurangan mereka dan mengenali-Nya dengan martabat tertentu melalui jalan permulaan dalam makrifat ini, dan ianya adalah makrifat Kesempurnaan mutlak melalui mengatasi kekurangan dalam halaman kewujudan makhluk yang tidak lengkap (kekurangan). Oleh itu, dengan menghadkan makrifat Ketuhanan (Uluhiyah) adalah kejahilan, kelemahan dan pembatasan yang besar. Bahkan, manusia perlu (mesti) menjadikan matlamat makrifatnya adalah makrifat Hakikat dan Kenyataan yang kita boleh namakannya sebagai Hakikat Makrifat, dan mungkin hakikat makrifat terakhir dinisbahkan pada makhluk; kerana ia adalah makrifat yang tidak mampu dicapai.


✡✡✡✡✡
Sebelum ✡✡  Kandungan Kitab ✡✡ Selepas


Tiada ulasan: