Kitab
Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid
Allah Fi Al-Khalq
الله في الخلق
Allah dalam Penciptaan
Apabila Dia SWT menciptakan Penciptaan mereka
menghadap pada Nama-nama dan Sifat-sifat, dan ini adalah Kota Kesempurnaan
Ilahiyah, atau Zat, atau Allah. Dan nama ini disebut ke atas tajalli (kenyataan)
dan kemunculan Hakikat bagi Penciptaan, ia bukan Hakikat, sebaliknya, ia adalah
tabir (hijab) pada Hakikat. Kerana Hakikat adalah: Nama Teragung Lagi Teragung
Lagi Maha Teragung, dan nama ini hampir dengan Nama Yang Maha Agung (Al-Ism
Al-A’dzam) seperti dekatnya mata hitam dan mata putih, sebagaimana yang telah
diriwayatkan dari Imam (as) di dalam hadits.
Dan nama (Allah) ini, adalah nama yang
menghimpunkan semua Sifat-sifat Kesempurnaan, oleh itu bertawajjuh (menghadap)
kepadaNya adalah tawajjuh kepada semua Sifat-sifat dan Nama-nama Yang Sempurna.
Dan tawajjuh ini tidak bebas dari syirik dalam martabat tertentu ; kerana,
Tauhid yang penuh ikhlas menafikan Nama-nama dan Sifat-sifat, seperti apa yang
dikatakan oleh Amirul Mukminin (as):
(..... أول الدين معرفته، وكمال معرفته التصديق به، وكمال التصديق
به توحيده، وكمال توحيده الإخلاص له، وكمال الإخلاص له نفي الصفات عنه لشهادة كل
صفة أنها غير الموصوف)
(“...permulaan agama adalah
mengenal-Nya, dan kesempurnaan mengenal-Nya adalah dengan membuat pengakuan (membenarkan)
kepada-Nya, dan kesempurnaan pengakuan kepada-Nya adalah dengan
mentauhidkanNya, dan kesempurnaan Tauhid kepada-Nya adalah dengan ikhlas
kepada-Nya, dan kesempurnaan ikhlas kepada-Nya adalah menafikan semua
sifat-sifat daripada-Nya kepada syahadah (menyaksikan) semua sifat adalah
berbeza dari yang disifatkan.") [1]
Dan Al-Kazim (as) berkata: (Permulaan
keagamaan adalah dengan mengenal-Nya, kesempurnaan mengenal-Nya adalah dengan
mentauhidkanNya, dan kesempurnaan mentauhidkanNya adalah menafikan semua
sifat-sifat daripada-Nya kepada syahadah (menyaksikan) semua sifat adalah
berbeza dari yang disifatkan, dan syahadah (menyaksikan - pengakuan)
bahawa yang disifatkan bukanlah sifat) [2]
Dan Al-Redha (as) berkata: (Permulaan
keagamaan adalah mengenal-Nya, kesempurnaan mengenal-Nya adalah dengan
mentauhidkanNya, dan kesempurnaan Tauhid adalah menafikan sifat-sifat mengenaiNya,
supaya syahadah (menyaksikan) semua sifat adalah bukanlah yang disifatkan,, dan
syahadah (menyaksikan - pengakuan) yang disifatkan ianya bukanlah sifat) [3]
Jadi, nama (Allah) ini yang menghimpunkan
semua Sifat-sifat Kesempurnaan, dan yang dirujukkan kepada Zat, adalah hijab
yang mesti (wajib) bagi hamba berusaha untuk mengangkatnya, dengan menampilkan
Sifat-sifat Kesempurnaan Ketuhanan (Ilahiyah), dan apabila dibukakan penutup
pada hamba itu agar dia boleh mengenal hakikat (yang sebenar). Dan mengenal sepenuhnya
hakikat adalah makrifah yang tidak mampu dicapai. Menggunakan ganti nama
ghaib (kata ganti ketiga) adalah jalan yang menerangkan hakikat atau Nama
Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Dia - Huwa - هو), dan pada Huruf Haa' - ه untuk mengisbatkan (mengesahkan) Kewujudan, dan huruf Wau – و adalah untuk menerangkan keghaibanNya, dan
ia adalah Saksi Yang Ghaib SWT.
Adapun pada
martabat (peringkat) selain daripada Zat Ilahiyah atau Allah, iaitu pada
martabat Al-Khalq wa Al-Tanzil - Penciptaan dan Penurunan, Ia adalah martabat
Tajalli (penzahiran) atau sepuluh maqam-maqam, ia adalah: Suradiq Arasy
Al-A’dzam (Lembayung Singgasana Teragung), Arasy Al-A’dzam (Singgasana Teragung),
dan Al-Kursiy (Takhta), Kemudian Al-Arasy Al-’Adzim (Singgasana Agung), padanya
ada tujuh martabat atau maqam, ia adalah: Tujuh Lelangit (Langit-langit), turun
dari yang Ketujuh ke Langit Pertama, atau Langit Dunia.
Dan ciptaan Allah yang terbaik adalah Muhamamd
(S), halaman kewujudannya meliputi (dan bermula) dari Suradiq Al-Arasy Al-A’dzam
(Lembayung Singgasana Teragung) hingga ke Langit Dunia.
Oleh itu, Tajalli Marhalah (Kenyataan peringkst)
permulaan adalah: Titik Pertama iaitu (Barzakh - Perantara) atau Suradiq Al-Arasy Al-A’dzam
(Lembayung Singgasana Teragung).
Kemudian Tajalli Marhalah kedua, adalah
bekas-bentuk “Nun” (ن) atau Al-Arasy Al-A’dzam (Singgasana Teragung).
Kemudian Tajalli Marhalah ketiga dan itu
adalah bekas-bentuk "Baa" (ب), atau Al-Kursiy (Takhta).
Maka Tajalli Marhalah keempat, adalah: Titik Kedua dalam Penciptaan.
Dan semua Marhalah (peringkat) ini ada empat
ia adalah Muhammad (S), kerana dia adalah "Titik Nun" dan
"Nun", dan ia adalah "Baa’" dan "Titik Baa'",
atau “Qul Huwa” (قل هو), dia ialah limpahan yang turun dari Al-Haq kepada Al-Khalq (Yang
Sebenar kepada Penciptaan). Dan dia, adalah Muhamamd (S), dalam tiga Marhalah
pertama iaitu (Suradiq, Arasy, Kursiy) sebagai Barzakh (Perantara) di antara
Al-Haq dan Al-Khalq, dia beralun (mengepak). Maka ia adalah waktu tiada yang kekal
melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Allah Yang Esa Lagi Perkasa), dan waktu dia
kembali semula kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian. Adapun pada martabat Al-Arasy
Al-’Adzim (7 lelangit), ia adalah tempat tinggal dalam Penciptaan, dan dia
adalah ‘Abd Allah (hamba Allah).
Perlu diambil perhatian bahawa Titik pertama adalah Al-Quran, dan ia adalah hijab
di antara Muhammad (S) dan Allah [di antara keduanya adalah yang bersinar dan
beralun (mengepak)], dan apabila pembukaan berlaku (Ia kelihatan seperti lubang
jarum) [4]
Dia SWT berfirman:
﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً﴾
{Sesungguhnya Kami
telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata,} [5]
Hijab ini diangkat dengan itu tersingkaplah
Muhammad (S), maka di antara Al-Quran dan Muhammad (S) menjadi satu. dan dia
beralun (mengepak) di antara fana' (melebur) dan kembali kepada Al-Ana (Aku)
dan sebagai keperibadian kemanusiaan, maka tidak kekal melainkan Allah Al-Wahid
Al-Qahhar (Yang Esa Lagi Perkasa)
Maka, jika kita mengetahui apa yang telah
dibentangkan, ia akan menjelaskan kepada kita bahawa martabat Muhammad (S)
adalah martabat Barzakh (perantara) di antara Al-Haq dan Al-Khalq (Yang Sebenar
dan Penciptaan), dan inilah yang menyebabkan Nabi Ibrahim (as) dan para
Malaikat teragak-agak ketika melihat baginda (S) dan mereka menyangka baginda adalah
Allah SWT, dan itu adalah kerana shurah (imej) baginda (S) adalah menyerupai
Zat Ilahiyah dan mendzahirkan Ketuhanan Mutlak bagi Penciptaan untuk mengenalnya
(... dan kedatangan Engkau di Sa'ir, dan penampilan Engkau di Gunung Faran...) [6]. Dan baginda (S) bersabda:
(الله خلق آدم على صورته)
Allah mencipta Adam atas (imej) shurahNya ) [7]
Oleh itu baginda (S) adalah Allah dalam
Penciptaan, dan begitu duga dengan Ahlul Bait baginda (as), pada martabat lebih
rendah daripada martabat Al-Rasul Al-A’dzam (Shalawatu Allah ‘Alalih), kerana
mereka juga adalah wajah Allah dan Asma’ Allah Al-Husna (Nama-nama Terbaik Allah).
Maka mereka mewakili Allah dalam Penciptaan, dan setiap daripada mereka didatangi
untuk berlindung kepadanya supaya mereka menyempurnakan hajat-hajat dan untuk
mengatasi kekurangan dan menyampaikan kesempurnaan, maka mereka adalah pada darjat
yang tinggi dari kesempurnaan Ilahiyah, tetapi masih terikat kepada keperluan
dan yang faqir di sisi Allah SWT. Adapun UluhiyahNya SWT, adalah Uluhiyah
Mutlak, dan ia adalah Sempurna dan Kaya Mutlak, dan mengurniakan dan melimpahkan
sesuatu yang tidak terhad melainkan kehendak-Nya, Maha Suci, Yang Maha Tinggi
(SWT).
Dan telah disebut di dalam Al-Quran yang menunjukkan
makna ini: Dia, Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ﴾
{Maka Terpujilah Allah,
Sebaik-baik Pencipta-pencipta.} [8]
ini bermakna terdapat pencipta-pencipta, dan
Dia SWT adalah yang terbaik dan yang paling unggul daripada mereka. Dan mereka
adalah Muhammad dan Keluarga Muhammad (as). Dan seperti dalam Dua '
(..... يارب الأرباب وإله الآلهة .....)
Wahai Tuhan (Penguasa) segala
penguasa-penguasa, dan Wahai Tuhan segala tuhan-tuhan......) [9]
Dan ia juga telah disebut:
(..... الإله الأكبر .....)
(..... Al-Ilah al-Akbar - Tuhan Yang
Maha Besar......) [10] dan ini adalah dari doa-doa Rahsia, dan ia adalah tiga puluh satu
doa-doa untuk Keperluan Dunia dan Akhirah, ia disampaikan secara terus dan dengan
Sanad yang Shahih dan ia disebut dalam Misbah Al-Mutahajid, dan Misbah
Al-Kaf'ami, dan Al-Bihar, dan Al-Hurr Al-'Amiliy telah menyebutnys dalam Al-Jawahir
Al-Sunniyah.
Dan disebut dalam Hadits Qudsi ini pada
keutamaan (kelebihan)nya:
(يا محمد، قل للذين يريدون التقرب إلي إعلموا علم اليقين أن هذا
الكلام أفضل ما أنتم متقربون به إلي بعد الفرائض)
(Wahai Muhammad, katakan
kepada mereka yang ingin mendapatkan lebih dekat kepada belajar ilmu Yaqin.
Kerana kata-kata ini adalah yang terbaik untuk kamu mendekatkan dengannya
selepas ilmu yang wajib) [11]
Dan tidak diragukan lagi bahawa wirid "Al-Ilaha
Al-Akbar" dalam Du’a Qudsi, adalah dari Allah SWT adalah setaraf dengan Al-Quran
Al-Karim yang ditunjukkan dalam bentuk yang diyakini qath’ei bagi mereka yang
mahukan nash ke atas apa yang disampaikan, untuk membicarakan Allah SWT dengan
"Al-Ilaha al-Akbar" adalah menunjukkan atas penciptaan-Nya SWT yang
disifatkan dengan Sifat-sifat Al-Lahut, dan ia adalah kerana “Al-Akbar” adalah
sifat yang dipilih untuk menunjukkan kewujudan, sekurang-kurangnya semasa menyebutnya.
Sebaliknya, tidak ada maknanya jika ia disampaikan dalam percakapan, Untuk memilih
perbuatan-perbuatan atau sifat-sifat untuk menunjukkan penyertaan dan tambahan seperti
mana yang diterang dan dijelaskan, dan bahawa ia telah disebut oleh ahli-ahli
bahasa Arab malah ia jelas kepada sesiapa yang membaca doa ini dan memikirkan
maknanya
--------------------------------
[1] Nahjul Balagha: jilid 1, halaman 39
[2] Al-Kafi: jilid 1, halaman 140
[3] Tauhid Al-Sudouq: halaman 56
[4] Al-Kafi: jilid 1, halaman 442
[5] Surah Al-Fath 48:1
[6] Dua' Al-Simat
[7] Al-Kafi: jilid 1, halaman 134. Tauhid Al-Shaduq:
halaman 103
[8] Surah Al-Mu'minuun 23:14
[9] Al-Kafi: jilid 2, halaman 566
[10] Al-Baqiyat Al-Salihat: Dua 'Al-Safar:
halaman 815
[11] Al-Jawahir Al-Sunniyah - Al Hurr Al-'Amilil:
halaman 188. Bihar Al-Anwar: jumlah 83, halaman 279
✡ Sebelum
✡✡ Kandungan
Kitab ✡✡ Selepas ✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan