Kitab
Tauhid: Tafsir Surah Al-Tauhid
Perjalanan Kemanusiaan di bumi ini, antara Syirik,
Kufur, dan Tauhid
مسيرة الإنسانية على هذه الأرض
بين الشرك والكفر والتوحيد
Dalam Tauhid mesti ada Keadilan. iaitu meletakkan
sesuatu pada tempatnya, tidak melampaui batas dan tidak cuai. dan kedua-dua
keadaan itu (melampaui batas dan kecuaian) adalah batil.
Kerana melampaui batas: dalam had-had Tauhid
mendorong manusia menjadi rosak dan terkeluar dari landasan Tauhid, Oleh kerana
menolak mengenalNya SWT sebenarnya telah menafikan Allah Yang Maha Suci. Allah
SWT tidak akan dikenal melainkan dengan WajahNya iaitu wajah penciptaanNya
dan mereka adalah para HujjajNya (as), Anbiak dan Aushiak.
Melampaui batas ini sebenarnya kufur dan
syirik, walaupun dia tidak mengaku mengiktikadkannya maka ia adalah kufur.
Kerana kekufuran melindungi serta menutup hakikat (kebenaran) dan menghijabnya,
dan orang-orang yang melampaui batas ini, menutup hakikat (kebenaran) para Nabi
dan Aushiak, yang juga menghijabnya dan mengingkarinya maka mereka adalah
orang-orang yang mengkufurinya. Dan kerana hakikat (kebenaran) ini [Anbiak dan
Aushiak] adalah wajah Allah yang dengannya Dia dikenali [1]
dengan itu mereka adalah orang-orang yang kafir kepada Allah pada hakikatnya
dan kesemua keadaan mereka dikira seiring dalam martabat kufur.
Dan pada martabat yang lebih rendah dengan
mengingkari (menafikan) Anbiak dan Aushiak ini, manusia kehilangan
martabat mengenal Allah dan martabat kesempurnaan. Dan menjadikan lebih
besar penafian (keingkaran) manusia kepada kebenaran mereka (as), dan membawa
manusia kepada jahil pada Allah SWT; kerana melalui mereka Dia SWT dikenali.
Dan manusia yang keluar dari Wilayah mereka
(as), dia telah keluar dari Wilayah Allah SWT, maka dia menjadi Kafir kepada
Allah SWT, kerana dia telah kufur pada jalan yang membawa kepadaNya dan kepada mengenalNya
Yang Maha Suci dan tidak memberi manfaat kepadanya atas dakwaan (pengakuan)
beriman kepada Allah, kerana dia telah menentang jalan yang membawa kepada -Nya
SWT dan telah mengambil jalan berpenyakit yang membawanya kepada syaitan.
Dan sebagai contoh dalam perkara ini: Jika
terdapat sebuah ladang dan satu lagi tempat pembuangan sampah, jalan pertama
untuk pergi ke ladang tersebut, dan jalan kedua akan pergi ke tempat pembuangan
sampah. Kemudian kamu dapati ada seseorang sedang berjalan di atas jalan kedua,
bagaimanapun, dia mendakwa bahawa dia akan ke ladang tersebut. Bagaimana kamu
ingin sifatkan pada orang itu? Saya fikir aekurang-kurangnya kamu boleh
sifatkan dia adalah seorang pendusta dan menyembunyikan dan menutup kebenaran,
bermakna dia tidak menerima hakikat , sebaliknya, dia juga cuba untuk menipu
orang lain .
Dan juga dengan melampaui batas itu ia adalah
syirik: kerana menyama tarafkan para Hujjaj Allah, mereka adalah para Nabi dan
Aushiak (as), dengan menyamakan seperti orang lain, maka telah menyamakan Wajah
Allah dan Nama-nama-Nya Yang Baik (Asmaa’ Al-Husna) dengan ciptaan umumNya, Di
mana mereka (as) adalah wajah Allah yang denganNya Dia menciptanya, dan mereka adalah
Asmaa’ Al-HusnaNya dalam penciptaan. Maka menyamakan mereka dengan orang lain
yang rendah martabatnya menjadikan manusia hilang martabat kesempurnaan dan
makrifat pada Allah Yang Maha Suci.
Ada pun martabat yang lebih besar (teruk)
dalam menyama tarafkan mereka (Hujjaj Allah) dengan orang lain daripada mereka,
maka ini membawa manusia kepada jahil akan Allah SWT, kerana manusia ini telah
dijahilkan oleh mereka yang jahil dari mengenai Allah, menyama tarafkan mereka
dengan mereka yang syirik dalam semua martabat, sebagaimana mereka ingkar
dan kufur dalam semua martabat.[2]
Bagi kecuaian pula, ia membawa manusia
kepada Syirik; kerana dia menganggap para Nabi dan Aushiak (as), - mereka dan
adalah wajah Allah – martabat Uluhiyah Mutlak dan meremehkan Allah SWT Yang
kaya dan Yang Maha Suci.
Ia juga adalah kufur, kerana ia membawa
manusia untuk menyembunyikan dan menutup hakikat Allah SWT dan menghijabNya.
kerana dia telah menyamakanNya dengan yang lain dari ciptaan-Nya, dan Allah SWT
tidak serupa dengan sesuatu. Dan semua mereka adalah selain-Nya adalah
ciptaan-Nya SWT,
﴿فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ
أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجاً وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجاً يَذْرَأُكُمْ فِيهِ
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ﴾
{(Dia) Pencipta langit dan
bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan
dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu
berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia,
dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat.} [3]
Kemanusiaan di Bumi ini telah goyah antara
empat martabat syirik dan kufur . Oleh itu, keempat-empat darjah syirik dan
kufur meliputi setiap anak Adam, kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas, dan
mereka adalah para Nabi dan Aushiak (as), dan orang-orang yang mengikuti mereka
dan mengamalkan ilmu mereka dari Al-Ilahiyah yang sempurna. Sehinggalah
mencapai sepuluh martabat iman, dan sepuluh martabat makrifat dan yang
mencapainya sangat sedikit dan hampir tidak disebut di sepanjang perjalanan
kehidupan umat manusia.
Dan mereka tidak menyampaikan Makrifat
Ilahiyah Auliak ini dan tidak juga meriwayatkan dari Nabi-nabi dan Aushiak (as)
kerana mereka telah menghalang mereka daripada berbuat demikian [4],
Di mana manusia (Termasuk mereka yang beriman dengan mereka (as)), tidak
mempunyai keupayaan untuk menjalankannya, dan dengan itu hanya dua huruf telah
disebarkan di kalangan manusia.
Dan hari ini, 27 huruf ini mula disebarkan di
kalangan manusia – untuk yang beriman dengannya dari mereka yang beriman dengan
Al-Qa'im dan yang ingkar dengannya dari mereka yang tidak beriman dengan Al-Qa'im
- kerana kehadiran ahlinya akan membawa ke zaman yang berkat ini, dan mereka
adalah sahabat Al-Qa'im . Dan segala puji bagi Allah dan keesaannya.
Dan ia sesuai untuk kita tunjukkan
penyelewengan yang memimpin manusia ke dalam syirik dan Kufur sepenuhnya, dalam
kedua-dua bentuk sama ada melanggar batas atau kecuaian dalam sempadan (had-had)
Tauhid, melalui contoh-contoh dari agama-agama dan mazhab-mazhab .
---------------------
[1] {Semua yang ada di bumi itu akan
binasa. * Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
} [Surah Al-Rahman 55:26-27]
[2] Walaupun kata-kata yang jelas, tetapi
untuk lebih penjelasan saya berkata: Tidak semua martabat Kufur dan Syirik
manusia terkeluar dari gelung Iman.
[3] Surah Al-Syura 42:11
[4] Semak Lampiran (1)
✡✡✡✡✡
✡ Sebelum
✡✡ Kandungan
Kitab ✡✡ Selepas ✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan