Isnin, 1 Januari 2018

Allah Yang Kaya Mutlak - Tempat Bergantung:



Allahu Al-Shamad
﴿اللَّهُ الصَّمَدُ﴾:

Allah Yang Kaya Mutlak - Tempat Bergantung:


Al-Shamad: maknanya Yang Sempurna Yang pada-Nya tidak ada kekurangan atau rongga atau kejelikan (malu), yang bermaksud bahawa kita berada pada makam tanzih (sanjungan-peninggian) dan tasbih (pensucian) Ketuhanan mutlak-Nya dan menjelaskan Kesempurnaan Nya yang mutlak itu. Oleh itu, Huwa "Dia" Yang Maha Suci, adalah yang dicari makhluk untuk memenuhi kekurangan mereka di dalam halaman kewujudan jasmani mereka dan dalam Alam Malakut (Kerajaan Langit) dan di dalam Cahaya Menyeluruh di Langit Ketujuh atau di Langit Akal, untuk sesiapa yang mempunyai nasib di dalamnya dan adalah dari kalangan orang-orang dekat (Muqarabin).

[Rajah Alam-alam]

Maka keterangan Zat Ketuhanan mengenai Al-Shamad ini menyatakan kesempurnaan ketuhanan Mutlak melalui mentanzihNya (menyanjung - meninggikan) yang Maha Suci dari segala kekurangan. Dan juga, [adalah] satu penjelasan bagi kekurangan yang wujud dalam penciptaan (makhluk), yang membuat mereka pergi, kepada-Nya SWT, agar Dia melimpahkan kepada mereka limpah kurnia-Nya.

Keterangan mengenai Al-Shamad ini datang selepas Al-Ahad (Yang Esa), iaitu ia datang selepas menjelaskan bahawa jalan makrifat bagi Hakikat dan Kenyataan adalah melalui mengesakan Zat dan fana’ pada Nama-nama-Nya, diikuti dengan fana’ padaNya (Zat itu sendiri), dan yang ditunjukkan padanya.

﴿هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾
{Dia Allah Yang Esa} , 

dengan itu, ia menerangkan perincian dan menjelaskan bahawa semua Nama-nama Ilahiyah dan dan Sifat-sifat Kesempurnaan adalah mutlak dan jauh dari segala kekurangan dan ia musnah dalam Zat, dan Dan ia menunjukkan pada Nama Allah. Oleh itu, menggambarkan mengenai Shamad (Kaya Mutlak), yang bermakna tidak ada ruang padaNya, yang bermaksud, tiada apa-apa kekurangan juga tiada rongga di halamanNya, tetapi sebaliknya, Huwa "Dia " ia Sempurna dari semua arah dan keinginan bagi segala sifat-sifat Kesempurnaan. Kemudian melengkapi sifat-sifat ini, iaitu Al-Shamad (Yang Kaya Mutlak) yang bermakna Al-Saiyid Al-Karim yang bermaksud menyempurnakan hajat-hajat (keperluan) untuk menunjukkan bahawa Dia SWT, dan dengan KesempurnaanNya yang mutlak yang disanjung-tinggikan, yang disucikan yang dimaksudkan penciptaanNya (makhluk) supaya memenuhi kekurangan mereka, dan menyempurnakan hajat mereka di dunia dan akhirat.

Dan ayat ini, yang bermaksud, 'Allah Al-Shamad (Yang Kaya Mutlak) membawa martabat memberi kepada penerima. Kerana, Surah Al-Tauhid mula dari atas, kemudian turun kepada penerima dalam penjelasan, sehingga ia berakhir dengan perbandingan kepada penciptaan (makhluk).﴿وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ﴾
{dan tidak ada sesuatupun yang setaraNya}. Oleh itu, dari Hakikat dan Kenyataan dan fana’ Zat Ilahiyah [﴿قُلْ هُوَ﴾   - Katakanlah "Dia"] - kepada mengesakan Zat dan fana’ Nama-nama di dalamnya [﴿اللَّهُ أَحَدٌ﴾  Allah Esa] kepada Zat Ilahiyah menjadi Sempurna Mutlak yang tidak mempunyai kekurangan dalam-Nya, iaitu untuk memenuhi hajat-hajat [﴿اللَّهُ الصَّمَدُ﴾ Allah , Yang Kaya Mutlak] .

﴿اللَّهُ الصَّمَدُ﴾: Allah Yang Kaya Mutlak): Al-Shamad, seperti yang telah dijelaskan, Yang Sempurna bermaksud bagi memenuhi hajat-hajat dan mengisi kekurangan. Maka Al-Shamad adalah kenyataan bagi Kesempurnaan mutlak dengan bertasbih dan menyanjung (tanzih) kepadaNya Yang Maha Suci. Oleh itu, jika ia adalah maksud bagi Nama-nama dan Sifat-sifat Ilahiyah yang melambangkan arah Kesempurnaan Ilahiyah. Dan setiap sifat atau nama melambangkan sudut dari sudut-sudut Kesempurnaan, yang diminta oleh penciptaan (makhluk), dan daripadanya, melimpah ke atas penciptaan, ia menjelaskan bahawa semua nama-nama dan sifat-sifat adalah dimasukkan di bawah sifat atau nama ini, iaitu Al-Shamad, (Yang Kaya Mutlak). Oleh itu, jika kita lanjutkan perbahasan kita mengnenai Al-Shamad, ia akan berpanjangan, kerana kita perlu untuk memindahkan semua nama-nama dan sifat-sifat yang terdapat dalam Doa Al-Jausyan Al-Kabir sekurang-kurangnya.
Dan ini saya akan meninggalkan kepada orang-orang yang memahami dan menyedari apa yang telah diberikan, kerana sesungguhnya Al-Imam Al-Shadiq (as) berkata:

(إنما علينا أن نلقي إليكم الأصول وعليكم أن تفرعوا)،
                                
"Bahawa hanyalah dari kami yang kami turunkan (memberikan) kepada kamu yang asal, sementara pada kamulah yang mencerakinkannya."

Dan Imam Al Rida (as) berkata:

"Dari kami hanya meletakkan asas manakala pada kamu adalah mengembangkannya." [1]

Dan aku mohon dari Allah supaya Dia berikan pertolongan kepada saudara-saudara pelajar Hauzah Ilmiah dari Ansar Imam Al Mahdi  (as) untuk memperluaskan, memperincikan dan menerangkan lebih lanjut dan memberi penjelasan mengenai makna di dalam bentuk yang lebih mudah kepada manusia.

Saya rasa saya telah masukkan Al-Shamad (Yang Kaya Mutlak) dalam Kitab Al-Mutasyabihat, dan mungkin, ia memberikan beberapa manfaat kepada orang-orang yang membacanya. Dan saya mengingatkan diri saya dan saya mengingatkan kamu mengenai hadis dari Imam Al-Baqir (as) di mana dia berkata:

(لو وجدت لعلمي الذي آتاني الله عز وجل حملة لنشرت التوحيد والإسلام والإيمان والدين والشرائع من الصمد، وكيف لي بذلك ولم يجد جدي أمير المؤمنين (ع) حملة لعلمه، حتى كان يتنفس الصعداء ويقـول على المنبر: سلوني قبل أن تفقدوني، فإن بين الجوانح مني علماً جماً، هاه هاه ألا لا أجد من يحمله، ألا وإني عليكم من الله الحجة البالغة)

 "Jika aku dapat ilmu yang diberikan kepadaku oleh Allah, Azza wa Jalla, ada yang mampu membawanya, nescaya aku akan menyebarkan Tauhid dan Islam, Iman dan agama serta Syariat dari Al-Shamad (Yang Kaya Mutlak). Dan bagaimana aku boleh begitu sedangkan datukku Amir Al-Mukminin (as) tidak dapat mencari seseorang untuk membawa ilmunya? Sehingga dia menarik nafas lega dan berkata di atas mimbar: “Tanyalah aku sebelum kamu kehilanganku, sesungguhnya, di antara tulang-tulang rusukku ada pengetahuan yang luas . Ambillah! Ambillah! Tetapi aku tidak terjumpa sesiapa pun yang boleh membawanya, maka sesungguhnya, aku dari Allah atas kamu adalah seorang hujjah yang menyampaiKan (Al-Hujjah Al-Balighah)." [2]

الصَّمَدُ
Al-Shamad         
{Yang Kaya Mutlak}


Manakala, Allah adalah Sempurna, yang datang dan berlindung kepadaNya agar diatasi kekurangan mereka dan mencapai kesempurnaan, menjadi yang disifatkan dengan sifat ketuhanan secara umum, yang tidak tertumpu kepada-Nya, Maha Suci dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka sekutukan. Bahkan Ketuhanan Mutlak adalah tertumpu kepada-Nya SWT. Oleh itu, kalimah (لا اله إلا الله) adalah kalimah Tauhid kerana tujuan kita adalah pada Ketuhanan Mutlak. Maka sifat Ketuhanan yang umum yang dilengkapi kesempurnaan dari ciptaan-Nya yang berikut selainNya adalah untuk menlimpahkan kesempurnaan dan memenuhi kekurangannya, jadilah Muhammad (S) adalah imej (shurah) Allah SWT, dan wajah Allah SWT, dengan itu, dia adalah Allah dalam penciptaan. Tetapi ada perbezaan dalam mensifati Muhammad (S) dengan sifat ketuhananNya SWT, yang mensifati Muhammad (S) dengan sifat Ketuhanan yang terhad dengan kerendahan (kelemahan) dan berhajatkan kepadaNya SWT. Ada pun ketuhananNya SWT adalah ketuhanan Mutlak, dan untuk itu datang sifat Al-Shamad (Yang Kaya Mutlak) ini, iaitu Yang tidak mempunyai rongga didalamnya dan tidak ada kekurangan padaNya, untuk ditasbih (disucikan) dan disanjung tinggikanNya, dan untuk menjelaskan ketuhananNya SWT, mensucikanNya dan menyanjung-tinggi kepadaNya tidak memberi perubahan kepadaNya dan tidak melemahkanNya.

Dan dari sini, maka sifat Al-Shamad      
(Yang Kaya Mutlak), yang ditambah pada ketuhanan tidak boleh dimiliki melainkan hanya kepadaNya SWT, dan itulah yang membezakan Ketuhanan SWT dan menjelasan bahawa ia adalah Ketuhanan yang sepenuhnya Mutlak. Dan untuk ini, didatangkan ayat ini dalam Surah Al Tauhid: ﴿اللَّهُ الصَّمَدُ﴾ - Allah Yang Kaya Mutlak.


Dan Allah Al-Shamad, adalah bersamaan dengan mengatakan bahawa Allah adalah cahaya yang tidak ada Kegelapan padanya. Dan ia adalah sifat yang tidak seorang makhluk pun berkongsi denganNya, tidak seperti pada Mendengar, Melihat dan Mencipta. Maka ini adalah sifat-sifat yang dikongsi oleh makhluk, dengan itu kamu boleh mengatakan bahawa Muhammad (S) adalah cahaya, tetapi di dalamnya ada kegelapan dan ia adalah “Ana” dan Keakuan, dan jika tidak, tidak akan tinggal Muhammad tidak pada nama dan tidak pada bentuk rupa (imej), dan tidak ada yang akan kekal melainkan Allah, Yang Maha Esa, Yang Maha Menakluk SWT.

Oleh itu , Muhammad (S), walaupun dia berada di darjat tertinggi kesempurnaan yang mungkin ada pada penciptaan (makhluk), dan Muhammad (S) adalah imej Allah dan membawa sifat-sifat Ketuhanan dalam penciptaan, untuk dikenali penciptaan pada Allah SWT. Oleh yang demikian, penciptaan datang berlindung kepadanya supaya mereka dilengkapkan dan mengatasi kelemahan mereka. Tetapi Muhammad (S) dari arah (aspek) lain yang memerlukan padaNya SWT, kerana dia adalah seorang hamba dari hamba-hamba Allah

﴿يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ﴾

{yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)} [3] .

Dirinya hampir bercahaya sendiri, tidaklah dia bercahaya dari dirinya sendiri, sehinggakan Ibrahim (as) walaupun dia dari kalangan Rasul-rasul Uli Al-“Azim, apabila melihat Kerajaan Langit, menyangka bahawa Muhammad (S) disifati dengan sifat Uluhiyah iaitu Ketuhanan Mutlak. Dan menyangka bahawa Rububiyah (pengurusan) Muhammad (S) adalah Rububiyah Mutlak. Maka kalau begitu siapa Allah SWT pada Ibrahim (as)? Lalu dikasyafkan (diperlihatkan) kepadanya Muhammad (S) tenggelam dan kembali kepada “Ana” dan Keakuan. Baharulah, Nabi Ibrahim menyedari bahawa Allah SWT tidak dilihat di Malakut (Kerajaan Langit), seperti yang diketahuinya bahawa tidak boleh melihatNya dalam Kerajaan (Dunia – Alam Syahadah) ini. Tetapi sebenarnya melihat Muhammad (S) adalah melihat Allah, dan menghadap Muhammad (S) adalah menghadap Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan. Dan ini telah dijelaskan oleh Ahlul Bait, sesuatu dari makna seperti ini dalam lipatan ucapan-ucapan mereka (as).

Berkata Imam Al-SHadiq (as) pada firmanNyaYang Maha Tinggi:

﴿وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا﴾

{Dan terang benderanglah bumi dengan cahaya Rabb Tuhannya } [4], beliau (as) berkata : "Rabb (pengurus) Bumi adalah Imam Bumi." Dikatakan padanya: "Jika dia keluar apa yang berlaku? " beliau berkata: "Manusia pada masa itu mesti meninggalkan cahaya matahari, dan cahaya bulan, kerana mencukupi untuk mereka akan cahaya Imam (as)." [5]. Walaupun Rabb (Tuhan) Bumi adalah Allah SWT tetapi (Rububiyah) pengurusanNya SWT adalah Rububiyah Mutlak manakala Rububiyah Imam Al Mahdi (as) adalah terikat dengan kekurangan dan bergantung (berhajat) kepadaNya Subhanahu Wa Taala.


_______________________________
[1] Al-Hadaiq Al-Nadirah – Al-Muhaqaq Al-Bahrani, J 1. Halaman. 133.
[2] Al-Tauhid - Al-Syeikh Al-Shaduq , Halaman. 92-93.
[3] Surah Al-Nur, 24.35
[4] Surah Al-Zumar 39: 69
[5] Mustadrak Sufianah Al-Bihar, J 4, Halaman. 47.



✡✡✡✡✡

Sebelum ✡✡  Kandungan Kitab ✡✡ Selepas





Tiada ulasan: