Soalan
537
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
والصلاة والسلام على خير الخلق محمد وعلى آل يس والأئمة المهديين
وسلم تسليماً.
إلى الإمام أحمد الحسن
والأنصار،
الله يشهد والملائكة وأنتم أعلم بما هو عليه الآن من اليقين من قراءة
كتبكم وبياناتكم وحججكم، ولكن أسرد موضع لي لكي يطمئن قلبي:
Salam
atas kamu rahmat Allah dan berkatNya.. Selawat dan salam dan atas sebaik-baik penciptaan
Muhammad dan Aali Yasin (Muhammad) dan Imam-imam dan Mahdi-mahdi serta salam
pengiktirafan.
Kepada
Imam Ahmad Al-Hassan dan ansar sekelian. Allah dan malaikat-malaikat menyaksikan,
tuan mengajarkan apa yang ia kini merupakan keyakinan serelah membaca kitab dan
keterangan dan hujjjah-hujjjah tuan yang kukuh, tetapi saya akan menyenaraikan pertanyaan
saya untuk meyakinkan hati saya:
Pertamanya
Kisah menteri (wazir) Nabi Sulaiman (as), Ashif bin Barkhia, kami berharap Imam
dapat menerangkan hujjah-hujjah yang ada kepada kami; kerana alam Aali Bait dan
Baqiah Allah sahaja yang dapat menenteramkannya.
S1:
Apakah Kisah menteri (wazir) Nabi Sulaiman (as), Ashif bin Barkhia apabila dia membawa
takhta Balqis?
S2:
Apakah nama yang betul yang tuan tahu bagi menteri (wazir) Nabi Sulaiman (as)?
S3:
Apakah nama kitab tempat dia mengambil ilmu darinya seperti yang disebutkan
dalam Al-Quran?
S4:
Apakah ilmu yang diambil dari kitab itu?
S5:
Adakah Ashif membawa takhta dengan berdoa, atau apa? Dengan zikir-zikir? Jika
ia merupakan satu doa atau sesuatu yang lain saya berharap tuan boleh
menyatakannya?
Q6:
Terangkan bagaimana takhta diangkat dari satu tempat ke tempat lain?
Semoga
Allah menambah ilmu Al-Laduni dan melimpah cahaya atas tuan dan cahaya-cahaya atas ansar-ansar tuan yang tidak padam-padam walaupun dibenci oleh orang-orang
musyrik.
Saya
berharap agar ansar dapat menghantar soalan-soalan saya kepada Imam yang ma'sum
dan merayu kepadanya agar mendoakan saya menyedarkan hati saya dan semoga
berjaya dan tetap mengikut Khalifah Allah dengan bia’ah dan dan menyaksikan
berketerampilan yang sungguh indah.
Penghantar:
Abu Al-Redha - Oman
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب
العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad
dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
.
﴿قَالَ
الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ
إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرّاً عِندَهُ قَالَ هَذَا مِن فَضْلِ
رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ
لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ﴾
(Berkatalah
seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab: "Aku akan membawa singgasana
itu kepadamu sebelum matamu berkedip". Maka tatkala Sulaiman melihat
singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia
Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan
nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur
untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya
Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia"). Al-Naml 27:40.
Semoga
Allah memberikan kejayaan kepada anda semua dengan yang baik, dia adalah Washiy
Nabi Sulaiman iaitu Ashif (as). Ada pun cara dia membawa takhta itu adalah
dengan mengangkat dan saya telah menerangkan dan menjelaskannya, dan ia diterbitkan
dalam kitab-kitab dan anda boleh membacanya.
Oleh
kerana di sana tidak ada masa dan ruang untuk menjejaskan kerja pengangkutan,
kerana semua urusan itu hanyalah pada menentukan pengangkatan pada dua tempat dan
kemudian mengangkat takhta itu dari tempat pertama ke tempat kedua pada masa
yang sama, dan dalam kerja mengangkat, tidak ada masa dan ruang, oleh itu tidak
ada gerakan yang menyebabkan terlewat dalam mengangkutnya.
Apakah
ilmu dari Al-Kitab, ia bukan hanya lafaz atau bantuan tetapi sebaliknya ia
adalah hakikat yang kelihatan dan nyata (zahir dan tajalli) dalam halaman kewujudan
manusia apabila dia ikhlas kepada Allah SWT dan setiap manusia mengikut tingkatannya.
Seperti yang anda boleh lihat bahawa apa yang ditunjukkan (ditajallikan) oleh Ashif
(as) adalah sebahagian daripada Al-Kitab:
﴿قَالَ
الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ﴾
(Berkata
seorang yang mempunyai ilmu dari Al-Kitab), kerana apa yang ditunjukkan (ditajallikan)
oleh Muhammad dan Aali Muhammad (as) ia adalah Al-Kitab seluruhnya sehingga
mereka sendiri menjadi Kitab Allah SWT.
Allah
SWT berfirman:
﴿وَيَقُولُ
الَّذِينَ كَفَرُواْ لَسْتَ مُرْسَلاً قُلْ كَفَى بِاللّهِ شَهِيداً بَيْنِي
وَبَيْنَكُمْ وَمَنْ عِندَهُ عِلْمُ الْكِتَابِ﴾
(Berkatalah orang-orang
kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul". Katakanlah:
"Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu, dan antara orang yang
mempunyai ilmu Al-Kitab."), [Al-Ra3d 13:43]
Ini
adalah kesaksian Ali (as), dan Allah SWT telah jelas menjelaskan bahawa Ali (as)
adalah Kitab Allah dan semuanya disenaraikan di dalamnya, Dia SWT berfirman:
﴿إِنَّا
نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ
أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ﴾
(Sesungguhnya Kami
menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka
kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami
kumpulkan dalam (Kitab) Induk yang nyata.). [Yaa Sin 36:12]
Maka
ketahuilah Allah menyesuaikan kepada kamu bahawa Kitab ini dari satu sisi
adalah satu Tajalli Allah dalam penciptaan dan ia adalah Shurah Allah dan ia
adalah Insan Kamil dan ia adalah Muhammad dan Aali Muhammad (as). Dan jika anda
membaca apa yang saya tulis dalam buku, insyaallah anda akan diberi kejayaan untuk
mengetahui bagaimana untuk menjawab soalan-soalan ini dan banyak lagi. Semoga
Allah memberikan kejayaan anda dan menetapkan langkah-langkah anda untuk mengenal
kebenaran.
والسلام عليكم ورحمة
الله وبركاته.
Dan
salam atas kamu, dan rahmat Allah serta keberkatannNya.
Ini
adalah sebahagian daripada apa yang terdapat dalam Kitab [Ma3aa 3abdu Al-Sholeh]
ini mengenai mengangkat dan ia disiarkan dalam laman web Ansar Al-Imam Mahdi (as)
dan anda boleh membacanya:
(Maksud
mengangkat)
...
Kenyataan
mengenai cara mengangkat, dan ia adalah perkara kedua yang tinggal dari soalan
sebelum ini di mana saya bertanya 3abdu Sholeh (as) mengenainya, dan saya
berkata, "Sesungguhnya kami tidak berjaya menjelaskan cara mengangkat,
atau saya tidak mengatakannya dengan jelas dan baik.
Jadi
dia (3abdu Sholeh (as)) menjawab, (Berhubung dengan cara mengangkat saya akan
berikan contoh, namun adakah anda tahu kalkulus dan penyatuan dalam matematik? Kerana
contoh ini bergantung kepadanya.)
Jadi,
saya berkata, "Saya tidak tahu."
Jadi
dia (3abdu Sholeh (as)) berkata, (Alhamdu Lillah, adakah anda tahu garis lurus?
Adakah anda tahu “infiniti” (tiada had/tak terhingg) yang dimaksudkan dalam
matematik?
Walau
apa pun, saya akan cuba untuk meletakkannya dalam cara (bentuk) yang semudah
mungkin,
Andaikan
anda mempunyai sebatang kayu (tongkat/turus)
dan anda meletakkannya secara menegak, kedudukan teratas bagi diri orang itu,
atau tinggi orang itu, dan yang paling rendah bagi jasad orang itu, namun saya
meminta anda mengambil perhatian bahawa ia adalah satu contoh dan bukan keadaan
yang sebenarnya.
Sekarang,
bahagikan kayu ini ke dalam keratan-keratan dalam fikiran anda, walau
bagaimanapun, untuk hasil yang terbaik, keratan-keratan ini hendaklah yang sekecil
(nipis) mungkin. Sekarang, lihat keratan-keratan ini, berapa banyak bilangannya?
Untuk
mengetahuinya, anda perlu membahagikan panjang batang kayu dengan panjang keratan-keratan,
jadi sebagai contoh jika panjang batang adalah 1, dan panjang keratan-keratan adalah
sekecil mungkin, Adakah anda tahu berapa banyak jumlah yang lebih kecil yang sama
panjang? Jumlah terkecil bentuk kewujudan, ia bukan sifar, tetapi hampir kepada
sifar. Dan kerana nombor-nombor itu tidak terbatas, Ia tidak boleh dihadkan, tetapi
mustahil untuk membayangkannya. Jadi ia bukan satu persepuluh, kerana
seperseratus adalah lebih kecil, begitu juga satu per seribu lebih kecil, dan
seterusnya, Jadi anda boleh menambah sifar hingga ke akhirnya, Oleh kerana
jumlahnya adalah tak terhingga, jadi tanggapan kita hasilnya dengan hasil
daripada pembahagian kepada sifar..
1/10 = 0.1
1/100 = 0.01
1/1000 = 0.001
1/1 000 000 = 0.000001
Jadi
hasil daripada membahagikan panjang batang (kayu) kepada sifar yang sama panjang
infiniti (tak terhingga). Dan kerana bilangannya bukan sifar sebaliknya ia
adalah dekat dengannya, hasilnya akan menjadi seperti firman Allah,
﴿وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ
تُحْصُوهَا﴾
{Dan jika kamu
menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya.}, [Al-Nahl
16:18]
Bermakna
ia adalah mungkin untuk dikira; dari segi kemungkinan ia boleh dikira, tetapi
pada hakikatnya adakah ia boleh dikira? Tidak, {Dan jika kamu
menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya.}.
Sekarang,
ayat ini juga menjelaskan kepada anda maknanya, mungkin sebelum ini anda telah bertanya
diri anda: bagaimana nikmat Allah tidak boleh dikira dan bagaimana saya tidak
boleh menghitungnya, walaupun pada zahirnya ia boleh dikira, bukankah begitu?
Berapa banyakkah nikmat itu. Biarlah ia menjadi sebarang bilangan, ia masih
boleh dikira. Walau bagaimanapun ia telah dijelaskan kepada anda mengapa ia tidak
dapat dihitung, atau bahawa ia mustahil untuk dihitung pada kenyataannya,
kerana pada hakikatnya ia melimpah ke atas semua kewujudan manusia, pada semua perwujudannya
(Tajalliat). Jika anda mahu mengira semua perwujudan (Tajalliat) manusia, adakah
mungkin anda dapat menghitungnya? Saya telah menjelaskannya dalam bentuk contoh
bahawa ini adalah mustahil, adakah ia jelas sekarang?)
Jadi,
saya berkata, "Ya."
Maka
dia (3abdu Sholeh (as)) berkata, (Jangan berkata "Ya" jika ada
sesuatu yang tidak jelas)
Dan
sesungguhnya terdapat suatu perkara yang samar-samar dan tidak jelas, saya
menyatakan dengan jelas dalam soalan saya, jadi saya berkata, "Adakah perwujudan
(Tajalliat) manusia bermakna keadaan-keadaan yang berbeza yang dilalui seperti
berdiri, duduk dan ... dan ..."
Jadi
dia (as) berkata, (Tidak, saya akan berikan satu lagi contoh: marilah kita
menganggap bahawa manusia adalah cahaya yang saya mahu ia sampai (pindah) ke
suatu tempat tertentu, dan anda membuka sumber cahaya di suatu tempat, jadi
bagaimana cahaya dihantar dari sumber dan dari tempat ke tempat yang lain? Ia
berlaku oleh perwujudan (Tajalliat) pancaran demi pancaran ke arah sasaran pancaran-pancaran
ini -. pergerakan pancaran-pancaran – ia adalah perwujudan (Tajalliat) manusia.
yang pada hakikatnya, malah ianya kekal sebagai. pancaran-pancaran yang berterusan
dan sentiasa diperbaharui, kerana sumbernya sentiasa menghantarnya. Jika
penghantaran terputus, manusia akan binasa (mati) dan kembali kepada tiada.
Sekarang,
jika saya membuat anda melangkah beberapa langkah ke belakang, ia tidak akan
mengubah sesuatu pada anda. Anda hanya akan dapat dilihat dalam Alam Jasmani (dunia
fizikal), dan anda akan mempunyai sebuah badan (jasad) yang lebih bersifat nur (banyak
cahaya) dan tidak dibebani dengan kegelapan; inilah yang mengangkatnya dan ia
adalah martabat. Jika saya mahu anda kembali beberapa langkah, anda akan dapat
dilihat dan apa yang diperlukan (hajatkan) oleh penghuni di Alam Jasmani (dunia
fizikal) untuk tinggal di dalamnya, demikian juga orang yang diangkat di antara
manusia dan dia tiada padanya.
Oleh
kerana manusia sebenarnya diibaratkan wujud perwujudannya (Tajalliat) yang bilangannya
adalah dekat dengan yang tidak terhingga, Maka nikmat Ilahiyah kepadanya begitu
banyak (tidak terkira). Sebagai manusia (fitrah manusia) terletak berhampiran
dengan yang tidak terhingga, Dia adalah Allah SWT. Dia adalah Shurah Al-Lahut
(Imej Ketuhanan). Itulah sebabnya Ali (as) berkata dalam menggambarkan keadaan
manusia, "Anggaplah diri kamu menunjukkan yang kecil, sedangkan kamu
berada dalam alam yang lebih besar." maka mungkin kamu akan dipayahkan,
atau
menganggu
mu, maka maafkan aku.)
Ahmad
Al-Hasan
Muharram
/ 1432
✡✡✡✡✡