Selasa, 23 Disember 2014

Soalan 56: Kalongan bahagian nasib di leher

Soalan 56: Apakah tafsiran firmanNya SWT

﴿وَكُلَّ إِنْسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَائِرَهُ فِي عُنُقِهِ وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كِتَاباً يَلْقَاهُ مَنْشُوراً﴾

{Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka.} [11]?

Penghantar: Ibrahim Raghil

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Kepatuhan (wilayah) seorang manusia dan amalannya yang baik dan yang buruk, bergantung kepada kesetiaan orang itu kepada Waliy Allah dan HujjahNya pada penciptaanNya. Akan ada sebuah kitab putih yang mengandungi kebaikan dan keburukannya, dan jika ia tidak setia kepada Waliy Allah dan HujjahNya pada penciptaanNya, atau setia dengan musuh-musuh Allah dari penyeru kebatilan, akan mendapat kitab hitam dan dicampakkan ke dalam neraka dan Allah tidak berbicara dengannya.[12],

﴿قَالَ اخْسَأُوا فِيهَا وَلا تُكَلِّمُونِ﴾

{Allah berfirman: "Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku.} [13].

Dan firmanNya SWT:

﴿إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَناً قَلِيلاً أُولَئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾

{Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu Al Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat dan tidak mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih.} [14].

Dan firmanNya SWT:

﴿إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُولَئِكَ لا خَلاقَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ وَلا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾

{Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih.} [15].
      


✡✡✡✡✡
                                                 
______________________________
[11] – Al-Israa’ 17:13 .
[12] - dari Imam Shadiq (as) berkata dalam satu hadits beliau berkata: (... sehingga kepada kata, dan aku memikirkan Qaim kami dan keghaibannya berlarutan dan panjang umurnya dan musibah orang-orang mukmin (padanya dan selepas dia) pada zaman itu, dan akan timbul keraguan-keraguan di dalam hati mereka  dari terlalu lama keghaibannya, dan murtad sebahagian besar daripada mereka dari agama mereka, dan melepaskan kuk (kalung) Islam dari leher-leher mereka, Yang difirmankan Allah mensucikan :
(وَكُلَّ إِنسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَآئِرَهُ فِي عُنُقِهِ)
(Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya,) bermakna Al-Wilayah ...) Bihar Al-Anwar: Jilid 15 halaman 219..
Dalam Mustadrak Safinah Al-Bihar oleh Al-Syeikh Ali Al-Namaziy: Jilid 6 halaman 618, beliau berkata (Tafsie firmanNya SWT:
(وَكُلَّ إِنسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَآئِرَهُ فِي عُنُقِهِ)
(Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya,) bermakna Al-Wilayah). (Pengulas).
[13] – Al-Mukmunun 23:108.
[14] – Al-Baqarah 2:174.
[15] – Aali Imran 3:77.

Tiada ulasan: