Isnin, 8 Disember 2014

Soalan 54: Apakah tafsiran surah Quraisy

Soalan 54: Apakah tafsiran surah yang mulia:

﴿لِإِيلافِ قُرَيْشٍ * إِيلافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ * فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ * الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ﴾

{Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy,    * (yaitu) kebiasaan mereka bepergian pada musim dingin dan musim panas. * Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (Ka'bah). * Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.}?  [8 Quraisy 106:1-4]

Penghantar: Ibrahim Righal

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.


Surah ini mengingatkan orang-orang Kafir Quraisy pada zaman Rasulullah (S) dengan nikmat Allah SWT kepada mereka, supaya mereka beriman kepada Rasul-Nya (S) dan menolong baginda, dan menyembah (mengabdi) Allah dengan sebenar-benar ibadah, selepas mereka memasuki Al-Wilayah Al-Ilahiyah (Kekuadaan Ilahi) dan beriman dengan Hujjah Allah atas Penciptaan-Nya, yang juga dalam zaman ini menyeru Quraisy atau Umm Al-Quraa’ dan Mekah. Pada zaman ini, mereka adalah ulamak yang tidak beramal yang hidup dalam nikmat dan karunia (Allah) kepada Imam Mahdi (as), dan mereka telah memusuhi  utusannya kepada mereka dan tidak menyokongnya, bahkan mereka tidak percaya kepada wasiat Rasulullah Muhammad (S).

Tiada ulasan: