Soalan
423:
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Dan
selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.
Salam
atas mu tuan, dan bapa saya, dan Waliy nikmat saya, saya memohon kepada Allah
agar Dia menjadikan saya dari kalangan khadam dan ansar tuan dan di kalangan
orang-orang yang tuan redha akan iman mereka.
Saya
mempunyai satu soalan, bagaimanapun, sebelum itu, tuan, boleh saya mendapatkan
kebenaran tuan agar tuan boleh memohon untuk saya supaya saya akan mati syahid atas
cinta pada tuan dan Wilayah tuan, dan Dia membuatkan saya beramal dengan apa
yang tuan suka dan arahkan.
Tuan,
soalan saya adalah mengenai tafsiran Ayat yang Mulia; Firman Allah SWT:
﴿مَن
كَانَ يَظُنُّ أَن لَّن يَنصُرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
فَلْيَمْدُدْ بِسَبَبٍ إِلَى السَّمَاء ثُمَّ لِيَقْطَعْ فَلْيَنظُرْ هَلْ
يُذْهِبَنَّ كَيْدُهُ مَا يَغِيظُ﴾
{Barangsiapa
yang menyangka bahawa Allah sekali-kali tiada menolongnya (Muhammad) di dunia
dan akhirat, maka hendaklah ia merentangkan tali ke langit, kemudian hendaklah
ia melaluinya, kemudian hendaklah ia pikirkan apakah tipu dayanya itu dapat
melenyapkan apa yang menyakitkan hatinya.} [34].
Dan
saya berharap, ya tuan, saya tidak menjadi beban kepada tuan,
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Dan
salam ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.
Penghantar:
Ummah
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad
dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
Saya
memohon kepada Allah agar Dia memberikan kamu kebaikan di akhirat dan di dunia
ini, dan Dia menjadikan kamu di antara orang-orang yang menolong bersama mereka
kepada agama-Nya.
Dia
SWT berfirman:
﴿مَن
كَانَ يَظُنُّ أَن لَّن يَنصُرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
فَلْيَمْدُدْ بِسَبَبٍ إِلَى السَّمَاء ثُمَّ لِيَقْطَعْ فَلْيَنظُرْ هَلْ
يُذْهِبَنَّ كَيْدُهُ مَا يَغِيظُ﴾
{Barangsiapa yang
menyangka bahawa Allah sekali-kali tiada menolongnya (Muhammad) di dunia dan
akhirat, maka hendaklah ia merentangkan tali ke langit, kemudian hendaklah ia
melaluinya, kemudian hendaklah ia pikirkan apakah tipu dayanya itu dapat
melenyapkan apa yang menyakitkan hatinya.}
Allah
SWT mengutus Rasul, dan menguatkan mereka dengan malaikat-malaikat dan
tentera-Nya dalam KerajaanNya dan Langit-langit-Nya. Dan dalam ayat ini Allah SWT
menerangkan kepada manusia yang ragu-ragu kepada Al-Rasul bahawa di sana ada
jalan untuk mengenal kebenaran, dan bahawa Al-Rasul adalah yang membawa kepada
mereka kebenaran , dan Dia yang menjadikan jalan di antara mereka dan Langit-langit
terbuka, dengan bertawajjuh (menghadap) kepada Allah, untuk mengenal kebenaran dari
sisiNya SWT::
﴿مَن
كَانَ يَظُنُّ أَن لَّن يَنصُرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
فَلْيَمْدُدْ بِسَبَبٍ إِلَى السَّمَاء﴾
{Barangsiapa
yang menyangka bahawa Allah sekali-kali tiada menolongnya (Muhammad) di dunia
dan akhirat, maka hendaklah ia merentangkan tali ke langit},
kemudian
seseorang itu akan dapat, melalui Rahmat Allah atas mereka, membezakan yang
benar dari yang batil. Dan dia akan mampu untuk melihat dengan jelas jalan
kebenaran bahawa ia mungkin menjadi jelas baginya atas keterangan dari
perintahNya, dan dia berjalan ke arah kebenaran bersama kebenaran dan dengan
kebenaran. Dan kemudian akan berlaku apa yang dilihatnya di dalam Kerajaan Langit-langit
yang akan menjadi sebab untuk terhapusnya kejahatan, yang melibatkan dirinya
untuk mengisi halaman kewujudannya dengan iman dan kebaikan.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Dan
salam ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.
Ahmad
Al Hassan
Rabi3
Al-Awaal, 1431 Hijrah
✡✡✡✡✡
______________________________
[34]
Al-Qur'an Suci 'an Surah Al-Hajj 22:15.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan