بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد
لله
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi amat Mengasihani.
Segala
puji tertentu bagi Allah.
Hani
Shaker AlYamani menulis:
Kepada
Imam yang dimuliakan Imam Ahmad Al-Hassan,
Tuan,
Tuan,
adalah Imam kami dan kami adalah pengikut tuan, dan adalah tanggungjawab tuan
untuk campur tangan dalam beberapa perkara penting, kerana terdapat bencana dan
malapetaka yang telah melanda dalam seruan (dakwah) ini. Ini adalah kali
terakhir saya menulis di halaman ini, kerana saya telah menulis banyak kali
sebelum ini dan tidak pernah menerima jawapan. Mungkin tidak ada yang
menyampaikan perkataan ini kepada tuan sebelum ini, kerana mereka tidak
mempunyai keberanian atau mereka cuba menyembunyikan banyak perkara daripada tuan.
Tuan,
adakah tuan dapat terima bahawa beberapa orang-orang yang mengatakan mereka bertugas
(Mas’ul) sebagai pengintip di dalam Husseiniyah (masjid-masjid) dan pejabat-pejabat?
Adakah kita sebuah organisasi kepartaian atau sebuah parti politik? Ini adalah
seruan (dakwah) Allah dan seruan Qaim Aali Muhammad yang dijanjikan yang telah dinantikan
para nabi dan aushiak selama beribu-ribu tahun. Bagaimana ia berlaku dalam urusan
ini dalam dakwah Aali Muhammad?
Tuan,
saya memberitahu tuan dengan sejujurnya. Tuan, terdapat bahaya yang besar dalam
dakwah kerana tingkah laku melulu ini. Tuan, tolonglah campur tangan dalam sikap
tidak bertanggungjawab ini dan peliharalah kami dari api neraka yang akan
membakar kami di dunia ini sebelum di akhirat. Saya tidak percaya tuan redha dengan
masalah ini atau membiarkan kami membenci antara satu sama lain dan menjadi
musuh bagi sebahagian kepada sebahagian yang lain. Tuan, saya akan berada dalam
berkabung demi agama Allah dan saya akan mengenakan baju hitam sehingga saya
menerima maklum balas daripada tuan.
والسلام
عليك ورحمة الله بركاته
Salam
ke atas kamu serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله
السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah la amat Pengasihani.
Segala
puji tertentu bagi Allah.
Salam
ke atas kamu serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
Dakwah
(seruah) adalah seruan Allah SWT, dan kita dikumpulkan oleh jalan ini yang
membawa kepada Allah SWT, dan tiada seorang pun yang mempunyai kelebihan
mengatasi orang lain kecuali dalam Taqwa. Jika salah seorang dari saudara suatu
hari melihat, Ahmad Al-Hasan tidak adil atau berkelakuan tidak betul, kemudian
berdirilah di hadapan saya dan katakanlah apa yang saudara mahu. Tidak ada
kebaikan pada Ahmad Al-Hasan jika dia tidak mendengar kepada orang yang
beriman. Di Najaf, saya pernah duduk dengan pintu saya terbuka kepada orang yang
beriman dan orang yang menentang. Ramai pihak lawan yang datang untuk berdebat
dan berbual dan banyak perkara yang lain. Namun, pintu saya tetap terbuka
kepada mereka dan saya melayan mereka sebagai tetamu yang mulia dan mendengar
dan menjawab soalan mereka. Oleh itu, janganlah ada di antara saudara berfikir
bahawa itu mengganggu saya untuk mendengar aduan atau kritikan, atau apa-apa
perkataan daripada mana-mana manusia, sama ada yang beriman atau tidak.
Bagi
aduan yang telah saudara bentangkan dalam surat saudara yang mulia, ia sudah
pasti tidak boleh diterima bagi seseorang untuk mengintip orang lain dalam dakwah
Ilahiyah, semua orang adalah sama, dan jika salah seorang daripada wakil
pejabat membuat kesilapan, dia dipertanggungjawabkan. Tiada siapa yang telah ditugaskan
untuk menyiasat apa yang ada pada seseorang; sebaliknya, kita diperintahkan
untuk merawat mereka dengan apa yang mereka tunjukkan dan apa yang mereka dakwa
atas diri mereka sendiri. Jadi saya harap saudara berhubung dengan Pejabat di Najaf
al-Asyraf, dan saya berharap bahawa pihak pengurusan Pejabat di Najaf al-Asyraf
membuka penyiasatan mengenai perkara tersebut dan nanti hasil siasatan itu
dihantar kepada saya. Semoga Allah memberi ganjaran kepada saudara semua dengan
baik, dan saya memohon kepada Allah untuk membantu dan membimbing.saudara semua.
Adapun
berkenaan dengan saudara yang telah menulis di halaman dan saya tidak menjawabnya,
saya memohon maaf kepada saudara dan kepada semua orang-orang yang menulis tetapi
tidak mendapat jawapan; namun orang-orang yang mulia menerima permohonan maaf.
Walau bagaimanapun, saya berharap saudara semua faham bahawa saya juga
mempunyai kerja yang perlu dilakukan, seperti saudara juga mempunyai pekerjaan
yang harus dilakukan. Sebab itulah saya melihat halaman saya di Facebook hampir
setiap hari, tetapi untuk tempoh yang agak singkat yang tidak membenarkan saya
untuk membaca semua komen-komen dihantar.
احمد
الحسن
Ahmad
Al-Hasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan