Soalan 157: Jangan
sujud kepada matahari dan bulan
Soalan
157: Allah SWT berfirman,
﴿وَمِنْ
آيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لا تَسْجُدُوا
لِلشَّمْسِ وَلا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ
كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ﴾
{Dan
di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan.
Janganlah sujud kepada matahari maupun bulan, tapi sujudlah kepaada Allah Yang
menciptakannya, Jika Dialah yang kamu hendak sembah.} [305]
Apakah
matahari dan bulan? Dan adakah sujud kepada keduanya haram? Dan adakah sesiapa yang
sujud kepada keduanya dan kerana itu ia menjadi haram?
Abu
Mushtafa – Basrah
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah banyaknya, lagi amat Penyayang,
Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Pada
zahir ayat ia jelas dan tidak memerlukan penjelasan. Dan ada orang-orang yang
beriktikad sedemikian atau beriktikad ketuhanan mutlak (Uluhiyah Muthallaqah) kepada
matahari dan bulan, iaitu Hujjah Allah dan WashiyNya pada setiap zaman,
terutamanya Muhammad (S) dan Ali (as). Dan saya sebelum ini telah menjelaskan
kisah Ibrahim yang disebut dalam Al-Quran. [306]
Jadi
apa yang dilarang adalah sujud kepada mereka seolah-olah mereka mempunyai
ketuhanan mutlak (Uluhiyah Muthallaqah), dan apa yang diperlukan adalah untuk menganggap
mereka arah (kiblat) kepada Allah SWT, yang bermaksud bahawa melalui mereka,
Allah dikenali. [307]
Bagi
yang menjisimkan yang membawa kesesatan daripada umat yang tersembunyi kepada beriktikadkan
dengan ketuhanan (Uluhiyah) matahari dan bulan di alam Jasmani (dunia fizikal),
dan penyelewengan ini berasal dari urusan dalam Kerajaan Langit (Malakut
AL-Samawaat), bermakna matahari adalah Hujjah Allah dan bulan adalah WashiyNya,
atau khususnya, Muhammad (S) dan Ali (as).
Ahmad
Al-Hasan
Washiy
dan Utusan-Imam Al-Mahdi (as)
✡✡✡✡✡
---------------------------------
[305]
– Fushshilat 41:37
[306]
- Dalam permulaan Juzuk 1 dari Al-Mutasyabihaat, sila rujuk.
³
Imam Abi Abdillah (as) bahawa dia berkata, "Kami adalah para penguasa
Allah, khazanah ilmu Allah, penyimpan wahyu Allah dan ahli agama Allah. Kitab
Allah turun ke atas kami, dan kami Allah disembah. Dan jika tidak kerana kami,
Allah tidak akan dikenali. Dan kami adalah pewaris para nabi Allah dan
keturunannya. "Basair Al-Darajat oleh Al-Saffar, halaman 81.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan