Sabtu, 20 Disember 2014

Soalan 418: Titik Huruf Baa'

Soalan 418:

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan

Salam sejahtera ke atas kamu Ya Maulai Yamani Aali Muhammad, dan atas saudar-saudaraku Ansar Allah dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.

Ada pun seterusnya ... dari Amir Al-Mukminin (as) di dalam Tafsir Al-Quran Al-Karim: "Al-Qur'an dalam Surah Al-Fatihah, dan [keseluruhan] Surah Al-Fatihah ada dalam Basmalah, dan Basmalah ada dalam Ba (ب), dan Ba adalah dalam titik."

Oleh kerana titik pada huruf itu diletakkan pada zaman Kerajaan Umaiyah, maka bagaimanakah Amir Al-Mukminin menjelaskan kepada mereka untuk memahamkan mereka pengertian titik (nuktah)?

Penghantar: Al Syamari - Emirate Arab Bersatu (UAE).

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan  

Al-Nuqtah (titik) adalah asal pada membentuk mana-mana Huruf, dan titik (nuktah) bukan sahaja diletakkan di atas dan di bawah huruf.

Semoga Allah memberi anda kejayaan,
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Dan Salam ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.


Ahmad Al Hassan
Akhir Safar, 1431 Hijrah


✡✡✡✡✡

Tiada ulasan: