Soalan
405: Takwa alat - Cahaya (Al-Nur) atau Pembeda (Furqaan) untuk membezakan
antara haq dan batil
Soalan
405: Selawat dan salam atas kamu wahai Baqiyah Allah, dan atas bapa-bapa mu dan
Ahl Bait mu yang mulia lagi suci.
Apakah
tafsiran ayat-ayat ini:
﴿وَهَذَا
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ مُّصَدِّقُ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَلِتُنذِرَ
أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالآخِرَةِ يُؤْمِنُونَ
بِهِ وَهُمْ عَلَى صَلاَتِهِمْ يُحَافِظُونَ﴾
{Dan ini adalah kitab
yang telah Kami turunkan yang diberkati; membenarkan kitab-kitab yang
(diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk)
Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. Orang-orang yang
beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al Quran) dan
mereka selalu memelihara sembahyangnya.} [5]
﴿إِنَّمَا
تُنذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَن بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ
بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ﴾
{Sesungguhnya kamu
hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan
yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka
berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.} [6]
Siapakah
pemberi peringatan dalam ayat-ayat ini, supaya kita boleh menyaksikannya dalam
menghujjah terhadap orang-orang yang membangkang kita?
Apakah
tafsiran Ayat ini:
﴿يِا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إَن تَتَّقُواْ اللّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَاناً
وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللّهُ ذُو الْفَضْلِ
الْعَظِيمِ﴾
{Hai orang-orang
beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu
Furqaan. Dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan
mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.} [7]
Dan
apakah tafsiran Ayat ini:
﴿قَالَ بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ هَذَا
فَاسْأَلُوهُمْ إِن كَانُوا يَنطِقُونَ﴾
{Ibrahim menjawab:
"Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah
kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara."} [8]
Tidak
syak lagi bahawa kata-kata Ibrahim (as) adalah benar, bagaimanapun, apakah
tafsiran "Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya." ??
Maafkan
saya kerana kelemahan saya dalam bekerja (beramal), ingatlah saya dalam doa mu
Ya Tuan, Semoga Allah mengumpulkan kita di bawah panji tuan. Amin Ya Rabb Al-3alamin.
Penghantar:
Abu Hashim
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad
dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam
pengiktirafan.
Jawapan
kepada Soalan 1: Pemberi peringatan adalah Muhammad (S), dan juga Hujjah Allah
dan khalifah-Nya di bumi-Nya di setiap zaman, Al-Quran hidup dan tidak mati
[sentiasa mengulangi sejarah] dan untuk setiap zaman ada pemberi peringatan.
Jawapan
kepada Soalan 2: Dia SWT berfirman,
{Hai
orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan
kepadamu Furqaan. Dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan
mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.}.
Bertakwa
kepada Allah SWT, adalah hasil daripada hamba menahan diri dari semua apa yang tidak
diridhaiNya SWT, dan iltizam (pengabdian) kepada segala perkara yang disukai-Nya
SWT,
﴿يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى
الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ﴾
{Wahai orang-orang yang
beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
sebelum kamu agar kamu bertakwa,} [9].
Ketakwaan
Ini menjadikan manusia menghampiri Allah, Yang Maha Suci, dalam semua
pergerakan dan di mana pun mereka berada. Oleh itu, hamba ini mengingat (zikir)
Allah SWT, jadi bagaimana boleh Allah SWT, tidak mengingatnya, tidak menjelaskan
kepadanya dan tidak menjadikan dia kenal semua yang dia perlukan dan [mencapai]
keikhlasan?! Oleh itu, orang yang bertakwa telah memperoleh alat untuk
membezakan antara kebenaran dan kepalsuan - iaitu Cahaya (Al-Nur) atau Pembeda (Furqaan)
- , maka orang yang bertakwa mengenal kebenaran dan mengikutinya, dan mengenal kepalsuan
dan menjauhinya. Dan hasil daripada Ketakwaan adalah satu tahap (darjat) dari darjat
kemaksuman yang Allah berikan. yang dengannya mereka mempersiapkan nilainya. Ia
adalah muraqabah (berhati-hati mendekati) Allah, dan mengingati-Nya dalam
setiap keadaan dan melaksanakan segala apa yang diredhai-Nya dan menjauhi
segala apa yang tidak diredhai-Nya.
Dan
Dia SWT berfirman:
﴿ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدىً
لِّلْمُتَّقِينَ﴾
{Kitab
(Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa}
[10].
Sesungguhnya,
ia adalah petunjuk bagi mereka yang bertakwa; kerana sesungguhnya orang-orang
yang bertakwa di sisi mereka ada alat itu untuk membezakan antara kebenaran dan
kepalsuan, Allah melindungi mereka dengannya supaya mereka tidak berpaling dari
Hujjah Allah atau menentangnya.
﴿يِا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إَن
تَتَّقُواْ اللّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَاناً﴾
{Wahai orang-orang
beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu
Furqaan.} [AL-Anfaal 8:29],
Furqaan
dan cahaya ini yang diperlukan oleh manusia selagi dia berada dalam kehidupan
ini, kerana dia adalah dalam ujian yang berterusan, sehinggalah dia beriman dengan
Hujjjah Allah pada zamannya, dan mungkin Hujjah itu meninggal dunia dan Allah
mengujinya dengan Hujjah berikutnya. Dan mungkin, dia akan sesat dari jalan
(yang benar) jika dia tidak mempunyai Cahaya (Al-Nur) atau Pembeda (Furqaan) ini.
Dia
SWT berfirman:
﴿يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَآمِنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ
كِفْلَيْنِ مِن رَّحْمَتِهِ وَيَجْعَل لَّكُمْ نُوراً تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ
لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ﴾
{Wahai orang-orang yang
beriman, bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya
Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian, dan menjadikan untukmu
cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [11]..
Oleh
itu, beriman kepada Rasul sebagaimana dijelaskan; mungkin ia tidak cukup untuk
diselamatkan, terutamanya jika Rasul atau Hujjah yang meninggal dunia dan datang
washiynya (pemegang wasiat) dan orang yang gagal dalam mengenalinya dan mengikutinya
[berbai’ah kepadanya]. Maka untuk ini, Allah SWT menjelaskan bahawa terdapat
suatu alat yang melindungi manusia dari kesesatan, dan juga ada nilainya, untuk
alat ini. Oleh itu, nilainya, sepertimana dijelaskan dalam ayat-ayat adalah
bertakwa kepada Allah, dan alat ini ialah Cahaya (Al-Nur) atau Pembeda (Furqaan)
yang dengannya manusia dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.
Dan
alat ini adalah seumpama wahi Allah SWT, kepada orang-orang yang bertakwa kepada-Nya,
dan memberi mereka pengetahuan tentang kebenaran dan kepalsuan. Dan bentuk yang
paling jelas untuk wahi ini, yang dikenali semua orang, adalah rukya (mimpi) yang
diihat oleh manusia. Oleh itu, orang yang bertakwa dikenalkan Allah melalui rukya
(mimpi/penglihatan-penglihatan), jalan kebenaran dan jalan kebatilan, dan
hakikatnya, tiada apa yang kekal [baginya] kecuali beriman kepada yang ghaib
dan beramal dengannya. Kerana sifat iman kepada yang ghaib melaziminya (mengiringinya),
﴿ذَلِكَ
الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ @ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ
بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ﴾
{Kitab
ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa * (iaitu)
mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan
sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka,} [12]
Ahmad
Al Hassan
Zhul-Qa3edah,
1431 Hijrah
✡✡✡✡✡
______________________________
[5]
Al-Quran Surah Al-'An`ām 6:92.
[6]
Al-Quran Surah Yaa Siin 36:11.
[7]
Al-Quran Surah Al-'Anfāl 8:29.
[8]
Al-Quran Surah Al-'Anbyā' 21:63
[9]
Al-Quran Surah Al-Baqarah 2:183.
[10]
Al-Quran Surah Al-Baqarah 2:2.
[11]
Al-Quran Surah Al-Hadid 57:28.
[10]
Al-Quran Surah Al-Baqarah 2:2-3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan