Soalan
151: Penciptaan Jin Berbanding Manusia
Soalan
151: Bilakah jin yang pertama dicipta? Dan adakah mereka dari alam sebelum ini
atau adakah mereka diciptakan bersama penciptaan Nabi Adam (as)? Dan bagaimanakah
kehidupan mereka? Adakah mereka mempunyai Nabi dan Rasul? Dan adakah mereka
melalui apa yang manusia lalui dari ujian-ujian dan kesusahan? Dan adakah
mereka ikut serta dalam pergerakan dan peperangan dengan manusia, iaitu mereka
melawan nabi-nabi dan Auliak atau adakah ia menyokong mereka?
Mukhtar
Yusuf – Basrah
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi amat Mengasihani. Segala puji tertentu bagi
Allah, Tuhan sekalian alam.
Allah
Ta'ala berfirman,
﴿وَلَقَدْ
خَلَقْنَا الإنسان مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَأٍ مَسْنُونٍ * وَالْجَانَّ
خَلَقْنَاهُ مِنْ قَبْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ﴾
{Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering dari lumpur
hitam yang diberi bentuk. * Dan Kami telah menciptakan jin sebelumnya dari api yang sangat
panas..} [293]
Oleh
itu, jin diciptakan sebelum penciptaan Adam (as), dan jin dikenakan dan
diperintahkan supaya taat kepada nabi-nabi dari keturunan Adam, supaya beriman
kepada mereka dan, membenarkan mereka, dan menyokong mereka. Tidak terdapat
seorang nabi atau Rasul pun dari golongan jin, bahkan hujjah ke atas mereka
adalah hujjah dari anak-anak Adam. Oleh itu dia adalah Imam bagi manusia dan
jin.
Dan
sebahagian dari jin mereka yang menyokong para nabi dan washiy, dan sebahagiannya
menentang nabi-nabi dan washiy-washiy. Allah Ta'ala berfirman,
﴿وَإِذْ
صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَراً مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا
حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ
مُنْذِرِينَ * قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَاباً أُنْزِلَ مِنْ
بَعْدِ مُوسَى مُصَدِّقاً لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى
طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ﴾
{Dan
(ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al
Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan(nya) lalu mereka berkata:
"Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)". Ketika pembacaan telah
selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. * Mereka berkata: "Hai kaum kami,
sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al Quran) yang telah diturunkan
sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada
kebenaran dan kepada jalan yang lurus.} [294]
Maka
itulah jin-jin beriman kepada Muhammad (S) setelah beriman kepada Musa (as)
sebelumnya.
Dan
dalam Surah Al-Jinn Allah Ta'ala, menyebut kata-kata sebahagian dari golongan
jin,
﴿وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا
الْقَاسِطُونَ﴾
{Dan
sesungguhnya di antara kami ada yang Islam dan ada (pula) yang menyimpang dari
kebenaran. }
[295]
Dan
sebahagian jin hidup di atas bumi yang kita hidup di atasnya, dan di antara
mereka ada yang hidup di bumi yang lebih rendah.
Ahmad
Al-Hassan
Washiy
dan utusan Imam Mahdi (as)
✡✡✡✡✡
-----------------------------------
[293]
- Al-Hijr 15:26 & 27
[294]
- Al-Ahqaaf 46:29 & 30
[295]
- 72:14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan