Soalan 74: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Sayyed
Ahmad Al Hassan A.S.
Assalamualaikum
warahmatullah Wabarakatuh:
Saya
mempunyai seorang sahabat Sunni yang meletakkan pada saya beberapa hujah-hujah
yang mengelirukan saya, dan ia adalah pada Kalam Allah
﴿ِإنَّمَا
يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ
تَطْهِيراً﴾.
(Sesungguhnya
Allah hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai
"Ahl Al-Bait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari
segala perkara yang keji).) [Al-Ahzab 33:33].
Apakah
keinginan ini mempunyai bentuk? Dan jika ya, adakah bermaksud ia telah
ditentukan? dan Imam Al-Baqir dan Al-Shadiq menafsirkan 'keji (cemar)' di sini
bermaksud ''keraguan''. Adakah ini bermakna penyucian dari keraguan itu bererti
Maksum?
Pengirim:
Syimaa’ Hasan Ali
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد
وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
Ya,
ia adalah kehendak Allah SWT, yang dijelaskan olehNya
﴿إِنَّمَا
أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ﴾
(Sesungguhnya
keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya:
"Jadilah!" maka terjadilah ia..) 36:82.
Tetapi
memenuhi kehendak Ilahiyah dalam ayat tersebut (Sesungguhnya Allah
hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu
- wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya
(dari segala perkara yang keji).) bukanlah melalui penaklukan (Al-Qahhar) dan
dalam keadaan paksaan (Al-Jabbar) melakukan ketaatan dan meninggalkan dosa
(maksiat), tetapi dengan mendedahkan hakikat kebenaran kepada mereka di atas
sebab keikhlasan kepada-Nya SWT, dan mereka berpegang teguh setelah Allah SWT melindungi
mereka. Oleh itu, jika kebenaran dunia ini didedahkan kepada manusia dan dia
melihatnya sebagai bangkai reput yang direbutkan oleh anjing-anjing dan seperti
peluh babi di tangan pesakit kusta, lalu bagaimana mungkin ia mendekatinya??!!.
Dan
berikut ini adalah contoh yang boleh menjelaskan kepada anda makna kemaksuman:
Jika ada seorang lelaki buta yang ingin menyeberangi jalan yang sesak dengan
selamat, dia mesti mendapatkan bantuan daripada orang yang celik, dan ia juga
harus memberikan pergelangan tangannya kepada orang yang celik itu sehingga
boleh memegang pergelangan tangannya dan menolongnya menyeberangi jalan dengan
selamat. Dalam contoh ini, yang buta telah berpegang kepada yang celik, dan
orang yang buta dalam contoh ini adalah seperti para maksumin, dan orang yang
celik itu pula menjadi pelindung / pengawal untuk orang yang buta (maksum). Dan
para nabi dan para washiy adalah orang-orang yang memohon bantuan kepada Allah SWT
supaya Dia membawa mereka ke tempat yang selamat, dan mereka adalah orang-orang
yang menghulurkan tangan mereka kepada Allah SWT sehingga Dia memegang tangan
mereka. Dan jika seorang hamba Allah yang berada di timur atau di barat
melakukan perkara yang sama seperti apa yang mereka lakukan dan berserah kepada
Allah SWT, Allah SWT akan melindunginya, tetapi banyak orang cuai dalam mencari
Allah SWT dan menghulurkan tangan mereka kepadaNya, tetapi dalam masa yang sama
mereka juga mendakwa bahawa mereka tahu dan melihat jalan dengan jelas. Dan
tangan Allah sentiasa diberikan kepada semua orang sepanjang masa, dan tidak
ada pertalian kerabat di antara Dia dan sesiapa sahaja melainkan Dia adalah
pencipta mereka, tetapi manusia atas sebab keinginannya sendiri telah
melepaskan tangan mereka daripada Allah SWT
✡✡✡✡✡
---------------------------------------------
[117]
– Yaa Sin 36:82.
[118]
– Al-Ahzab 33: dari ayat 33.
[119]
- Imam Ali (as): (Demi Allah, kehidupan duniawi kalian ini adalah lebih hina di
mata aku berbanding peluh babi di tangan pesakit kusta" [Nahj al-Balaghah,
jilid 4, halaman 52-53.] .
[120]
- Ali bin Al-Hussein (as) berkata: (Imam daripada kami hanya imam-imam makshum,
dan tidak (makshum) sempurna pada zahir penciptaan maka mereka akan dikenal,
oleh itu tidak jadi yang demikian melainkan telah ditetapkan. Maka telah ditanya
kepadanya: Wahai anak Rasulullah, apakah makna makshum? Dia berkata: ia adalah berpegang
pada tali Allah, dan tali Allah adalah Al-Quran, keduanya tidak akan berpisah hingga
ke hari kiamat, dan imam memberi petunjuk kepada Al-Quran dan Al-Quran memberi
petunjuk ke Imam, dan itulah firman Allah SWT:
(إِنَّ
هَـذَا الْقُرْآنَ يِهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ)
(Sesungguhnya
Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus) [Al-Israa’ 17:9])
Bihar Al-Anwar:. jilid 52, halaman 194.
Dan
Hussein Al-Asyqar, berkata: Aku berkata kepada Hisham bin Al-Hakam: Apakah
ertinya kata-kata kamu: bahawa tidak akan menjadi imam melainkan yang ma'shum,
dia berkata: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) tentang hal itu dan beliau
berkata: (ma'sum adalah pemeliharaan Allah dari segala yang diharamkan Allah, dan
Allah Tabaraka Wa Ta’ala telah berfirman,
وَمَن يَعْتَصِم بِاللّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ)
(Barangsiapa
yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi
petunjuk kepada jalan yang lurus. [Aali Imraan 3:101]) Bihar Al-Anwar:. jilid 52,
halaman 194.. (Pengulas).
[121]
- Baginda (S), berkata: (Jika hamba mendekati Allah, Allah akan mendekatinya,
dan sesiapa yang mendekati Nya kadar sejengkal, Dia mendekati Nya sehasta, dan sesiapa
yang mendekati Nya kadar sehasta, Dia mendekati Nya sedepa, dan sesiapa yang datang
kepada-Nya dengan berjalan, Dia datang dengan berlari anak kepadanya, dan sesiapa
yang mengingatiNya berkumpulan, Dia mengingatnya dalam kumpulan yang lebih
mulia, sesiapa yang mensyukuri-Nya dan terima kasihNya akan lebih bersinar lagi,
dan jika hambaNya mahu memberi kebaikan, akan dibukakan mata hatinya, Akan
diperlihatkan apa yang ia hilang (ghaib) darinya) Mustadrak AlWasail - Oleh Al-Mirza
Al-Nawawi: jilid 5, halaman 297. (Pengulas).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan