Soalan
86: Satu soalan mengenai Barzakh
Soalan
86: Salam dan sejahtera, pada Al-Safir (pengantara yang dihargai dan dimuliakan
Soalan
saya adalah mengenai Al-Barzakh, bagaimanakah kehidupan orang yang mati di dalam
Barzakh? Adakah mereka bertemu dengan orang lain dan menziarahi orang mati dan
yang hidup? Dan adakah mereka makan makanan dan minum air? Dan bagaimana pula
dengan perbuatan-perbuatan baik yang kita hadiahkan untuk mereka? Terima kasih
banyak-banyak.
Penghantar:
George Buthrus
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad
dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
Golongan
manusia dari berbagai golongan (kelas) yang berbeza, dan mempunyai Barzakh mereka
sendiri. Maka lainlah pula keadaan para Nabi, Aushiak, dan Auliyaa Allah SWT, yang
tidak sama keadaan yang berlaku pada orang-orang mukmin yang
melakukan perbuatan maksiat. Dan lainlah pula keadaan yang berlaku pada orang-orang
kafir seperti keadaan para pemimpin kufaar dan perosak seperti Namrud yang menentang
Nabi Allah Ibrahim (as), dan Firaun yang menentang Nabi Allah Musa (as), dan seperti
Hananiah (Chananyah) dan Kayafa (Caiaphas) ulama orang-orang Yahudi yang tidak
beramal yang menentang Nabi Allah Isa (as).
Dan
mungkin mereka yang mati dalam Barzakh boleh menziarahi orang hidup dan yang mati
dengan izin Allah, dan mereka makan dan minum apa yang sesuai dengan alam mereka
yang diturunkan (diberikan) dan yang sesuai dengan amalan mereka sebelumnya.
Dan orang yang beriman sebahagian mereka mendapat manfaat daripada kerja-kerja
baik (kebajikan) yang dilakukan kepada mereka oleh orang yang beriman dalam
kehidupan dunia ini. Dan saya secara peribadi melawat pusara bapa saya tahun
lalu dan beliau bercakap kepada saya dari kubur dan saya mendengar suaranya.
Dan
banyak orang hidup melihat orang mati menziarahi mereka dalam rukya, iaitu
semasa tidur.
Bagi
para nabi dan Aushiak di Barzakh pasti mereka terus bekerja pada apa yang telah
diperintahkan Allah kepada mereka, dan mereka mempunyai amalan-amalan dan kesan
di dunia ini dan di alam yang lain. [154]
✡✡✡✡✡
______________________________
[154]
– Bahawa dalam perkara sebegini ada banyak riwayat daripada hadits Al-3itrah
Al-Thahirah (as): Diriwayatkan dari Amir Al-Mukminan (as) dalam khutbahnya,
beliau berkata, "... Wahai manusia ambillah (kata-kata) ini daripada
penutup Nabi-Nabi (S) , bahawa orang-orang yang mati di antara kita sedangkan
mereka tidak mati, dan orang-orang yang reput di antara kita sedangkan mereka tidak
reput. Jadi jangan bercakap tentang apa yang kamu tidak tahu, kerana kebanyakan
kebenaran terletak dalam apa yang kamu nafikan alasan yang tiada hujjah bagi
kamu padanya, dan aku adalah... "Nahjul Balaghah Jilid 1, halaman. 154.
Dan
dari Ammar bin Marwan dari Sama3ah, beliau berkata, ""Saya telah
memasuki rumah Abi Abdillah (as) dan beliau melihat saya bercakap pada diri
saya, lalu dia berkata,"Apakah kamu bercakap pada dirimu, kamu (rindu) untuk
melihat Aba Jafar (as)? "Lalu aku berkata , "Ya" Beliau berkata,
"Kalau begitu masuklah ke dalam rumah" Ketika itu ada Abu Jafar (as).
"Bashair Al-Darajat oleh Al-Saffar halaman 295.
Ada
sekumpulan dari Syiah datang menemui Al-Hassan bin Ali (as) selepas pembunuhan Amir
Al-Mukminan (as) untuk bertanya kepadanya soalan, maka dia berkata,
"Adakah kamu mengenali Amir Al-Mukminan (as) jika kamu melihatnya?"
Mereka berkata, "Ya." Maka beliau (as) berkata, "Angkatlah tirai
itu." Lalu mereka mengangkatnya, dan mereka dapati Amir Al-Mukminan (as) dan
tidak menafikarinya. Dan Amir Al-Mukminan (as) berkata, " orang-orang di
antara kami mati sedangkan mereka tidak mati, dan orang-orang di antara kami
kekal sebagai Hujjah terhadap kamu." Bashair Al-Darajat oleh Al-Saffar halaman
295. (Pengulas)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan