Soalan
70: Apakah yang dimaksudkan dalam Surah Al-Naba ' (78)? Pada firman Allah SWT:
﴿بسم الله الرحمن الرحيم
عَمَّ
يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ *
كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani
{Tentang
apakah mereka saling bertanya-tanya?? (1) Tentang berita yang besar, (2) yang
mereka perselisihkan tentang ini. (3) Sekali-kali tidak; kelak mereka akan
mengetahui, (4) kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui. (5)} [92]
صدق الله العظيم
Pengirim:
Misaa' Ja'far Al-Sa3idi
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين
وسلم تسليماً.
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani.
Segala
puji adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam, dan selawat sanjungan Allah, atas Muhammad dan keluarga Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi
dan salam pengiktirafan..
﴿عَمَّ
يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ *
كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{Tentang
apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka
perselisihkan tentang ini. * Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, *
kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui. *} [93]
Ini
adalah kisah yang berulang di setiap zaman di mana terdapat Khalifah dari khalifah-khalifah
yang diutus Allah di bumi dan langit-Nya. Dan ia adalah suatu kisah yang diperselisihkan
oleh penciptaan (Makhluk) terhadap Hujjah Allah ini kepada mereka – iaitu yang
terdiri dari para Nabi, Washiy-washiy dan Rasul-rasul (as) -, atau seperti Allah
telah menamakannya:
﴿النَّبَأِ
الْعَظِيمِ﴾
{Berita
yang besar} [94]. Maka Khalifah pertama dari khalifah-khalifah
Allah adalah Nabi Adam (as). Diperselisihkan oleh Para Malaikat antara mentaati
perintah Allah dan penerimaan Khalifah Nya dan sujud kepadanya oleh kumpulan
ini adalah malaikat, dan di antara mereka yang tidak taat perintah Allah dan menolak
Khalifah-Nya dari orang yang sombong takbur terhadapNya adalah Iblis (la) [95],
dan Iblis yang'ketaatan sebelumnya telah dianggap di kalangan malaikat pada hal
[asalnya] dia dari kalangan jin [96].
Dan
Iblis (la) telah berjanji bahawa dia akan menyesatkan mereka, anak-anak Adam dan
dia telah menyebabkan mereka (manusia) untuk mengikuti jejak langkahnya dengan
menjadi sombong terhadap Khalifah Allah SWT di sepanjag zaman. Oleh itu, di
sepanjang zaman manusia dibahagikan antara sebahagian yang mengikut jejak
langkah Malaikat iaitu mereka yang taat kepada Khalifah Allah, dan bahagian
yang lain yang mengikuti Iblis (la) dengan kesombongannya terhadap Khalifah Allah.
Dan kelak akan diketahui mereka yang mengikut Iblis (la) dalam kesombongan
mereka terhadap khalifah Allah, ke tempat mana mereka akan kembali
﴿وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ
مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ﴾
{Dan
orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan
kembali.} [Al-Syhu'araa' 26::227] [97].
﴿كَلَّا
سَيَعْلَمُونَ﴾
{Sekali-kali
tidak; kelak mereka akan mengetahui.} iaitu semasa kiamat Kecil, [hari]
(kebangkitan Qaim).
﴿ثُمَّ
كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{kemudian
sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui.} iaitu semasa [hari]
kiamat besar, Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa
﴿إِنَّ
لِلْمُتَّقِينَ مَفَازاً﴾
{Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan,} [98 Al-Naba' 78:31],
mereka
adalah orang-orang yang beriman kepada khalifah Allah, dan taat kepada mereka
dan mengikuti jejak langkah mereka pada jalan yang lurus, dan mereka mengenal
Allah melalui Khalifah Nya. Dan bagaimana menjadi Khalifah Allah bukan suatu {Berita
yang besar}!? Dia (Khalifah Allah) juga adalah pintu untuk mengenal
Allah, Dan bagaimana menjadi Khalifah Allah bukan suatu {Berita yang
besar}!? Seperti yang telah disampaikan oleh Muhammad dan keluarga
Muhammad (as), bahawa mereka adalah Wajah Allah, Nama-nama-Nya Yang Baik
(Asmaa’ Al-Husna), dan kemunculan Allah di Faran dan melalui merekalah Allah
dikenali. Maka, berita atau khabar yang mana yang paling layak untuk dipanggil berita
yang besar selain daripada berita dan khabar yang membawa
peraturan-peraturan mengenal Allah, dan berita yang membawa peraturan-peraturan
mengenal Khalifah Allah, yang dibawa dari Muhammad (S) (ظهور الله في فاران - kemunculan Allah di Faran), atau Allah di dalam penciptaan
atau Shurah Allah?!!
Dan
dalam Al-Quran penjelasan berita yang besar ini adalah peringatan untuk orang
yang mengambil peringatan dan pengajaran untuk orang yang mengambil
pengajaran ,
mudah-mudahan dia akan sedar dan menjadi salah seorang yang mengetahui dan yang
sujud, dan supaya dia tidak kekal di dalam kejahilannya dan keangkuhan, dan
supaya ia menjadi salah seorang daripada orang-orang yang memberi peringatan
kepada orang lain seperti firmanNya SWT:
﴿كَلَّا
سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{Sekali-kali
tidak; kelak mereka akan mengetahui, * kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka
mengetahui.},
dan
seperti dalam firmanNya:
﴿قُلْ
هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ *انْتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ*
........ وَ لَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ﴾
{Katakanlah:
"Berita itu adalah berita yang besar,* yang kamu berpaling daripadanya *..........
Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) beritanya setelah beberapa
waktu lagi.):[99].
--------------------------
Nota kaki ----------------------- ---
[92]
- Al-Naba' 78:1-5.
[93]
- Al-Naba' 78:1-5.
[94]
- Dari Ali bin Abi Talib, beliau berkata:. (Sakhar bin Harb mendekati ke arah
Nabi sehingga dia duduk sebelah baginda (S) Lalu Sakhar berkata: Wahai
Muhammad, adalah perkara ini selepas engkau [Khilafah], untuk kami atau untuk siapa? Baginda bersabda:. Wahai
Sakhar, perkara itu selepas ku adalah untuk orang yang mempunyai pangkat
seperti Harun pada Musa. Baginda bersabda: Maka Allah SWT turunkan ayat:
(عَمَّ
يَتَسَاءلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ)
(Tentang
apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka
perselisihkan tentang ini}, sebahagian mereka menerima Wilayah dan
Khilafahnya, dan sebahagian dari mereka menafikan keduanya (Wilayah dan
Khilafahnya). Kemudian baginda bersabda: Sekali-kali tidak; kelak mereka
akan mengetahui bahawa KhilafahNya adalah benar selepas itu Sekali
lagi, kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui,
dan baginda bersabda:. mereka akan mengenal Wilayah dan KhilafahNya apabila ditanya
mengenainya di dalam kubur mereka; sehingga setiap orang yang mati sama ada di
Timur dan Barat, di bumi dan laut, akan ditanya oleh Munkar dan Nakir mengenai
Wilayah Amir Al-Mukminin, selepas kematian kedua-dua (malaikat) akan berkata
kepada orang yang mati. Siapa Tuhan kamu? Apakah Agama kamu? Siapakah Nabi kamu?
Dan Siapakah Imam kamu?) Manaqib Ali Abi Talib oleh-Ibn Syahr Asyub Jilid 2 halaman
276.
Dan
dari Sadir berkata: Aku bertanya kepada Abu Abdullah (as) atas Ayat Allah Tabarak
Wa Taala:
(بَلْ
هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ)
{Sebenarnya,
Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi
ilmu.} [Al-3ankabut 29:49]
dan
firmanNya:
(قُلْ
هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ * أَنتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ)
{Katakanlah:
Berita itu adalah berita yang besar,* yang kamu berpaling daripadanya }. [Shaad
38:67dan 68]
Baginda
bersabda: (Orang-orang yang beroleh ilmu tentang para Imam, dan Berita mengenai
Imamah) Bihar al-Anwar Jilid 32 halaman 203.
Dan
dari Abdullah ibn Kathir, dari Abu Abdullah (as) mengenai firmanNya SWT:
(عَمَّ
يَتَسَاءلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ)
{Tentang
apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar }.
Beliau
berkata: (berita yang besar adalah Wilayah.
Dan
aku bertanya kepadanya tentang firmanNya SWTini:
(هُنَالِكَ
الْوَلَايَةُ لِلَّهِ الْحَقِّ)
{Di
sana Al-Wilayah itu hanya bagi Allah Yang Hak.}.[Al-Kahf 18:44]
Beliau
berkata: (Wilayah Amir Al-Mukminin (as)). Bihar al-Anwar Jilid 42 halaman 352.
Dan
dari Abi Al-Hassan Al-Ridha (as), mengenai firmanNya SWT:
(عَمَّ
يَتَسَاءلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ)
(Tentang
apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka
perselisihkan tentang ini)
Beliau
(as) berkata: " Amir Al-Mukminin (as) telah berkata: Allah tidak mempunyai
Berita yang lebih besar daripada Berita )mengenai)ku dan Allah tidak mempunyai
tanda (ayat) yang lebih besar daripada ku, dan telah ditunjukkan kepada umat
terdahulu atas yang mereka perselisihkan perjalanannya tetapi
tidak menerima kelebihanku) Mustadrak Safinah Al-Bihar – oleh Al-Syeikh Ali Al-Namaazi:.
Jilid 9 halaman 509.
[95]
Al-Shadiq (as) berkata: (Iblis telah diperintahkan supaya sujud kepada Adam,
Iblis berkata: Wahai Tuhan, demi KemuliaanMu, jika Engkau mengecualikan aku
daripada sujud kepada Adam, nescaya aku akan beribadah pada Mu dengan ibadah
yang tidak pernah dilakukan pada Mu seorangpun sepertinya. Maka Allah Jalla
Jalalah berfirman:. Aku lebih suka ditaati dengan cara yang Aku ingini) Bihar Al-Anwar
Jilid 2 halaman 262..
[96]
Dari Jamil bin Daraj berkata: Aku bertanya kepada Abi Abdillah (as), adakah
iblis dari malaikat? Dan adakah ia mengikuti sesuatu perintah (urusan) dari
langit?Dan dia (as) berkata: (Dia bukan dari malaikat, dan dia tidak mempunyai
sesuatu dari perintah (urusan) Langit. Dia adalah dari jin dan ada bersama malaikat,
dan seluruh malaikat memandang sebagai sebahagian dari kalangan mereka, dan
Allah mengetahi bahawa Iblis bukan dari
kalangan mereka. Oleh itu, apabila dia diperintah dengan sujud, dia melakukan
apa yang dia lakukan [enggan sujud]). Bihar al-Anwar Jilid 11. halaman 119.
[97]
- Al-Syhu'araa' 26::227
[98]
- Al-Naba' 78:31
[99]
- Shaad 38:67,68 dan 88
Tiada ulasan:
Catat Ulasan