Soalan
409:
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Ya
Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan para
Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
Selepas
saya berserah diri kepada Allah SWT, dan mengikuti kebenaran serta menjadi
penyokong mu, Ya Tuan, Ya Maulai, saya melihat diri saya mendengar Al-Quran
Al-Karim dengan cara pendengaran yang berbeza. Sebagai contoh, selepas saya
mendengar hari ini dari bacaan Al-Quran Al-Karim Surah Yaa Siin Saya dapati
diri saya memikirkan ayat di bawah:
﴿وَضَرَبَ
لَنَا مَثَلاً وَنَسِيَ خَلْقَهُ قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ﴾
{Dan ia membuat
perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata:
"Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur
luluh?"} [15].
﴿أَوَلَيْسَ
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يَخْلُقَ
مِثْلَهُم بَلَى وَهُوَ الْخَلَّاقُ الْعَلِيمُ *
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ﴾
{Dan tidakkah yang
menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Bahkan,
Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. * Sesungguhnya
keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya:
"Jadilah!" maka terjadilah ia.} [16].
Dan
saya berkata kepada diri saya sendiri bahawa Allah SWT, akan mengembalikan
semula Al-Hussein (as) pada zaman Imam Al-Mahdi (as), yang akan mendedahkan
penindasan, dan pada masa ini orang akan berkata: Bagaimana Imam Al-Hussein
(as) wujud padahal dia telah mati? Ini adalah pengetahuan yang saya telah dengar
sebelum saya menjadi penyokong tuan, Ya Tuan, Ya Maulai, bahawa Imam al-Mahdi (as)
pada zaman kemunculannya akan mendedahkan penindasan ke atas Ahl Al-Bayt (as) dengan
beberapa cara, Maka saya, dan saya berlindung dari kalimah keakuan [Al-Ana],
atas kebenaran kata-kata ini, atau atas kepalsuan?? Sila menasihati saya,
semoga Allah memberi tuan pertolongan.
Pengirim:
Um Mushthafa
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad
dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.
Mempelajari
Al-Quran dan merenungkan ayat-ayat Allah dan berpaling kepada Allah dan AuliakNya
untuk memahami al-Quran dan Kerajaan Langit dan perkara-perkara yang ghaib adalah
menjadi seruan (gesaan) Al-Rasul Muhammad (S) dan para Imam (as).
Maka
anda telah mempelajari Al-Quran dan merenungkan ayat-ayat Allah dan berpaling
kepada Allah dan AuliakNya untuk memahami hakikat-hakikat; walau bagaimanapun,
ini tidak bermakna bahawa setiap pemahaman anda adalah benar, kerana
sesungguhnya, diri, keinginan, dunia, dan syaitan boleh menjadikan kamu melakukan
kesilapan dalam memahami kebenaran. Oleh itu, makrifah memerlukan keikhlasan
kepada Allah Yang Maha Suci, yang memelihara [melindungi] manusia dari didatangi
kebatilan kepadanya.
Bagi
FirmanNya SWT:
﴿أَوَلَيْسَ
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يَخْلُقَ
مِثْلَهُم بَلَى وَهُوَ الْخَلَّاقُ الْعَلِيمُ﴾
{Dan tidakkah yang
menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Bahkan,
Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.}
Sesungguhnya,
ia juga terpakai kepada Al-Hussein (as), tetapi juga dengan mengambil iktibar FirmanNya
SWT,
﴿يَخْلُقَ
مِثْلَهُم﴾
{menciptakan
yang serupa dengan itu} yang bermaksud, seumpama Al-Hussein (as) dan bukan dia
sendiri (as), dan semoga Allah memberikan anda kejayaan dalam semua perkara
yang baik.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dan
Salam ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.
Ahmad
Al Hassan
Zhul-Hijjah,
1430 Hijrah
✡✡✡✡✡
______________________________
[15]
Al-Quran Surah Yaa Siin 36:78.
[16]
Al-Quran Surah Yaa Siin 36:81 & 82.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan