بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Ya
Allah berilah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan
Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
Salam
ke atas kamu dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
Dia
SWT berfirman:
﴿سُبْحَانَ
الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى
الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ﴾
{Maha
Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjid
Al-Haram ke Al-Masjid Al-Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya
Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.} [13].
1
- Bagaimana Isra' berlaku? Adakah dengan roh sahaja atau jasad dan roh?
2
- Isra', adakah ia sebelum Mi'raj atau selepasnya?
3
- Apakah yang dimaksudkan dengan Al-Masjid Al-Haram dan Al-Masjid Al-Aqsha?
4
- Barkah diandaikan
pada Al-Masjid Al-Aqsha dan apa yang dimaksudkan dengan yang di sekelilingnya??
Ini
adalah sejumlah soalan yang ditanya oleh saudara-saudara dari kalangan Ansar,
dan orang yang menyoal itu meminta jawapan dari washiy dan utusan Imam Al-Mahdi
(as), adalah diketahui bahawa penyoal adalah dari penganut gerakan Ahmadiyah.
Kami memohon kepada Allah agar Dia menyelamatkan kita dan redha-Nya, dan redha
waliy-Nya,
dan
Salam ke atas kamu dan rahmat dan berkat dari Nya.
Pengirim:
Hassan Al Jaabiri
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad
dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.
Jawapan
1: Perjalanan Malam (Isra ') adalah dengan roh dan jasad pada masa yang sama,
manakala Al-Mi'raj (kenaikan) dengan roh dan jasad yang sesuai (Al-Jasad
Al-Mitsali), yang sepadan dengan setiap Langit, Firman Allah SWT:
﴿فِي
أَيِّ صُورَةٍ مَّا شَاء رَكَّبَكَ﴾
{dalam bentuk apa saja
yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.} [14].
Jawapan
2: Mi'raj (kenaikan) berlaku lebih daripada satu kali, Mir'aj telah berlaku
sebelum Al-Isra' (Perjalanan Malam) dan juga berlaku selepasnya.
Jawapan
3: Al-Masjid Al-Haram adalah Ka'bah, dan Al-Masjid Al-Aqsha adalah Bait Al-Rabb
(Rumah Tuhan) atau Bait Al-Taqarrab (Rumah keakraban) atau Al-Qurbaan atau Haikal
Sulaiman (as). dan dinamakan Haikal Sulaiman, kerana Nabi Allah Sulaiman-lah yang
membinanya.
Jawapan
4: Keberkatan adalah limpah kurnia Ilahi yang diturunkan kepada penduduk Bumi.
Semoga
Allah memberikan anda kejayaan dalam semua perkara yang baik,
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan
Salam atas kamu dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
Ahmad
Al-Hassan
Zhul-Hijjah,
1430 Hijrah
✡✡✡✡✡
______________________________
[13]
Al-Quran Surah Al-Isrā' 17:1.
[14]
Al-Quran Surah Al-'Infiţhār 82:8.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan