Soalan
421:
السلام عليكم آل محمد ورحمة الله وبركاته، السلام على يماني آل محمد
وعلى ذريتك الطيبين الطاهرين.
Salam
ke atas kamu wahai keluarga Muhammad, dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.
Salam ke atas Yamani dari keluarga Muhammad dan atas zuriatnya yang Mulia dan Suci.
Telah
dinyatakan dalam Al-Quran ayat yang berkah ini, ya tuan,:
﴿وَهُوَ
الَّذِيَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ نَبَاتَ كُلِّ شَيْءٍ
فَأَخْرَجْنَا مِنْهُ خَضِراً نُّخْرِجُ مِنْهُ حَبّاً مُّتَرَاكِباً وَمِنَ
النَّخْلِ مِن طَلْعِهَا قِنْوَانٌ دَانِيَةٌ وَجَنَّاتٍ مِّنْ أَعْنَابٍ
وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُشْتَبِهاً وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ انظُرُواْ إِلِى
ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَيَنْعِهِ إِنَّ فِي ذَلِكُمْ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ
يُؤْمِنُونَ﴾
{Dan
Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air
itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu
tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir
yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan
kebun-kebun anggur, dan zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah
buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang
demikian itu ada tanda-tanda bagi orang-orang yang beriman.} [27].
Apakah
maksud atau tafsir perkataan-perkataan daripada Ayat:
﴿مُشْتَبِهاً
وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ﴾
{yang
serupa dan yang tidak serupa},
dan
bahawa Allah SWT berfirman tentang pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan dan mengatakan
yang serupa dan yang tidak serupa, dengan itu, apakah yang Allah
maksudkan dengannya, adakah ia dimaksudkan perkara yang sama *tersebut), atau
yang pada Aali Muhammad (as). Segala puji tertentu bagi Allah semata-mata.
Penghantar:
Syeikh Iyad - Iran
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad
dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
Jika
anda perhatikan daun dan ranting pokok zaitun dan pokok delima, anda akan dapati
persamaan antara keduanya, bagaimanapun, buah-buah bagi kedua-duanya berbeza
(tidak serupa).
Demikianlah
Allah menzahirkan, ilmu-ilmu Auliak-Nya, pengetahuan yang boleh memberi manfaat
pada hamba-hambaNya. Maka pada Auliak Allah mempunyai persamaan antara mereka, tetapi,
ilmu-ilmu mereka dan hasil (buah-buah ranum) yang Allah zahirkan dari mereka
tidak sama. Sebagai contoh, anda dapati bahawa Allah menzahirkan doa atas lisan
Zain Al-Abidin Ali bin Al-Hussein (as), dan menzahirkan Fiqh-Nya atas lisan
Al-Shadiq Ja'far bin Muhammad (as).
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam
ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.
Ahmad
Al Hassan
Rabi3
Al-Awaal, 1431 Hijrah
✡✡✡✡✡
______________________________
[3]
Al-Quran Surah Al-'An3ām 6:99.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan