Soalan
155: Tuhan di langit dan Tuhan di bumi
Soalan
155: Allah SWT berfirman,
﴿وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ إِلَهٌ وَفِي
الْأَرْضِ إِلَهٌ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيمُ﴾
{Dan
Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi
Maha Mengetahui [300 Al-Zukhruf 43:84]}
Mengapa
dibezakan Tuhan di langit dan Tuhan di bumi, sedangkan Allah SWT adalah Tuhan
Yang Maha Esa di langit dan di bumi?
Mukhtar
Yusuf - Basrah
Jawapan:
الجواب: بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah banyaknya, lagi amat Penyayang
Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Ini
bermakna ketuhanan mutlak adalah untuk Allah SWT di langit dan di bumi, yang
bertentangan dengan kenyataan mereka yang mengatakan bahawa ketuhanan mutlak
bagi Allah SWT adalah di langit manakala ketuhanan mutlak di bumi adalah untuk
Isa (as) atau para Hujjaj (as), sama seperti apa yang berlaku pada masa para
Imam (as), sebagaimana orang-orang yang mendakwa bahawa diri mereka dan keturunan
mereka (as) [para Imam] adalah tuhan di bumi, yang bererti bahawa mereka
mempunyai ketuhanan mutlak di bumi.
Dan
mereka (as) berlepas diri menolak kenyataan ini dalam hadits-hadits dari riwayat
mereka (as). Rujuk kepada apa yang diriwayatkan dari Syeikh Al-Kulaini dalam
kitab Al-Kafi, dari Imam Al-Shadiq (as). ²
Ahmad
Al-Hasan
Washiy
dan Utusan-Imam Al-Mahdi (as)
✡✡✡✡✡
---------------------------------
[300]
- Al-Zukhruf 43:84
[301]
- Hisham bin al-Hakam berkata, "Abu al-Shakir Daishani berkata kepadaku,
'Terdapat dalam Al-Quran satu ayat iaitu hujah kami terhadap kamu.' Aku
bertanya, 'Ayat apa?' Beliau menjawab,
وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاء إِلَهٌ وَفِي الْأَرْضِ إِلَهٌ
'Ia
adalah: {dan Dia lah Tuhan yang di langit dan Tuhan di bumi.} Maka, aku tidak
tahu bagaimana menjawabnya. Semasa aku mengerjakan Haji aku memberitahu (Imam)
Aba Abdillah (as), maka dia berkata, 'Ini adalah kata-kata seorang kafir (zindiq)
yang berniat jahat. Apabila kamu kembali kepadanya tanya apakah nama kamu di Kufah;
dia akan berkata Fulan. Kemudian tanya kepadanya apakah nama kamu di Basrah; Ia
akan berkata Fulan. Kemudian katakan: Demikianlah Allah Tuhan kami; Dia adalah Tuhan
di langit, Tuhan di bumi, Tuhan di lautan, Tuhan di padang pasir, dan Tuhan di semua
tempat. dia berkata: Kemudian aku kemukakan kepada Aba Syakir apa di beritahu
pada ku kepadanya, dia berkata: ini telah disebutkan dari Hijaz " Al-Kafi Jilid.
1 halaman 128.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan