Soalan
548: Dosa-dosa Besar Dan Dosa-dosa Kecil
السلام عليكم
Ya
tuan dan Ya Maulai dan Ya Imam di dunia dan akhirat, Insya Allah saya meminta tuan
mendoakan saya supaya ditetapkan dan diberi pertolongan kepada saya.
Selepas
semua itu... Saya dengan rahmat Allah beriman dalam tuan Ya tuan dan Ya Maulai,
saya memohon kepada Allah untuk tetap teguh dengan haq Al-Zahrah yang dizalimi.
Masalah
saya adalah bahawa saya lemah terhadap jantina yang berlawanan, adakah mungkin
untuk mendoakan dan menasihatkan saya Ya tuan dan Ya Maulai untuk mengikhlaskan
saya dalam hal ini, dan apakah sebab di sebalik melarang untuk melihat
gambar-gambar dalam televisyen dan internet wanita-wanita bertelanjang?
Terima
kasih banyak untuk kebaikan jawapan tuan, dan penyoal adalah sangat bersedia
untuk menerima jawapan dari Imam (as).
Penyoal:
A D – Kuwait
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد
وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi amat Pengasihani. Segala puji tertentu bagi
Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad,
para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam penuh pengiktirasan.
Semoga
Allah memberikan anda kejayaan kepada semua apa yang baik, terdapat dosa-dosa
besar (Kabaair), dan ada dosa-dosa kecil (Saghair) yang biasanya boleh menjadi
sebab untuk melakukan dosa-dosa besar, jadi jauhi dosa-dosa kecil dan dosa-dosa
besar, dan apabila anda selalu (berterusan) sentiasa membaca Al-Quran, Sholat Al-Lail,
dan berpuasa dan jangan terlepas peluang anda dari mencapai redha Allah SWT,
dan saya memohon kepada Allah untuk berbelas kasihan kepada anda dengan
rahmat-Nya dan membersihkan anda dari dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar dan menjadikan
anda di antara tenteranya pasukan (Hizb) AuliakNya dan Dialah Waliy dan Dialah tempat
berpaling orang-orang yang sholeh..
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Ahmad
Al-Hassan
Rejab
Al-Ashab / 1431 A.H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan