Soalan
579, Mengapa kita menguap ketika berzikir?
بسم الله الرحمن الرحيم، اللهم صلِّ على محمد وآل محمد الأئمة
والمهديين وسلم تسليماً.
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi amat Pengasihani. Ya Allah kami berselawat ke
atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam penuh
pengiktirasan.
السلام عليكم يا قائم آل محمد،
(Salam
atas Tuan Wahai Qaim Aali Muhammad)
Soalan
saya ialah: mengapa seseorang apabila dia melakukan Tasbih atau berzikir atau beristighfar,
terutama beristighfar, dia mula menguap dan matanya berair, dan juga apabila kami
mendengar zikir (peringatan) tuan mata kami berair, atau apabila kami sedang khusyuk?
Penghantar:
Ahlam-Australia.
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد
وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi amat Pengasihani. Segala puji tertentu bagi
Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat Allah ke atas Muhammad dan Aali Muhammad,
para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam penuh pengiktirasan.
Semoga
Allah memberi kamu kejayaan, mengenai menguap, ia adalah dari kegelapan yang
ada pada manusia, atau syaitan dan kejahatan yang ada di halaman kewujudannya.
Apabila kegelapan sedang mengepung cahaya, syaitan-syaitan manusia dan jin memaksa
melalui kegelapan yang wujud di halaman manusia, untuk mengecewakan manusia
daripada menyebut serta mengingati Allah, dan ini adalah dengan mempengaruhinya
ke atas tubuh badannya dengan menguap dan bermalas-malasan dan sifat-sifat
manusia yang lain yang menjadikan manusia terpaksa berehat dan meninggalkan berzikir
(mengingati) Allah. Untuk membebaskan diri (mengikhlaskan diri) darinya anda
perlu tekun (tetap) mengingati Allah (zikir) dan tidak meninggalkan cahaya dan zikir
pada Allah sehingga syaitan berputus asa, semoga Allah menghinakan mereka, dan
memberikan kepada anda dalam perkara ini pahala, kerana berjuang melawan syaitan
dan tentera iblis dan semoga Allah menghinakan mereka. Dan salam ke atas kamu
Rahmat Allah dan BarkahNya.
(والسلام عليكم ورحمة
الله وبركاته)
Ahmad
Al-Hassan
Pertengahan
Sya3ban / 1431 H.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan