Jumaat, 29 September 2017

Penolakan keraguan-keraguan terhadap hadits: Keraguan Pertama:




Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]

Penolakan keraguan-keraguan terhadapn hadits:

Keraguab Pertama:

Dikatakan bahawa dalam sanad hadits (Abu Qilabah Al-Jurami) ini, disebut oleh Al-Zhahabi dan yang lainnya bahawa ia ada Mudallis (pengabur) kerana terdapat Sufian Al-Tsauri, yang terkenal dengan Tadlis (mengaburkan hadits) pada ‘An’an (rantaian perawi) dimana salah seorang daripada mereka dan tidak mengumumkan telah mendengar secara langsung dan ini tidak diterima.

Jawapannya

Bercakap dari sudut pandangan:

1. Maksud bertadlis di sini: Bahawa pada Abu Qilabah dan Sufian Al-Tsauri dalam ‘An’an (rantaian perawi) tidak mengumumkan telah mendengar hadits secara langsung, ia adalah kerana Abu Qilabah tidak mendengar daripada Abi Asmaa’ Al-Rahbi secara langsung, tetapi mendengar tentang perpindahannya dari Al-Rahbi Dan tidak mengisytiharkan perantara antara dia dan Al-Rahbi dan ini dianggap tadlis (dikaburkan), dan begitu juga Al-Tsauri tidak mendengar terus dari Khalid Al-Khazha’.

[77b]

Saya (Penulis) katakan: Ya, ia telah dikatakan bahawa Abu Qilabah dan Al-Tsauri dari para mudallis (pengabur hadits), dan dengan pengiktirafan begitu, tidak semua Mudallis ditolak haditsnya, Ibn Hajar Al-‘Asqalani telah membahagikan para mudallis kepada lima peringkat (martabat), peringkat pertama dan kedua tidak mencemarkan  tsiqah perawinya dan peringkat yang lain barada pada peringkat mencemarkan (hadits).  .

Abu Qilabah dikira oleh Ibn Hajar menduduki peringkat pertama nombor 10, (lihat Kitab Thabaqat Al-Mudallisin oleh Ibn Hajar:. hal 21).

Adapun Sufian Al-Tsauri disebut oleh Ibn Hajar di peringkat kedua, nombor 51, dan berikut adalah teks kata-kata Ibn Hajar:

Thabaqat Al-Mudallisin hal 32:. (Sufian bin Sa’id, Al-Tsauri adalah seorang Imam besar terkenal yang Faqih, ‘Abid lagi Hafiz, diterangkan Al-Nasa’ei dan yang lainnya tentang Tadlis dengan kata Bukhari tidak membawa kepada men-tadlis-kannya).

Hasilnya adalah bahawa Abu Qilabah dan Sufian Al-Tsauri telah dimasukkan ke dalam barisan para mudallis yang berhujjah dengan riwayat mereka dan Tadlis mereka tidak memudaratkan, maka masalah kekeliruan ini selesai.

2. Dan yang menyokong apa yang dikemukakan dari sudut pandangan pertama, bahawa Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Abu Qilabah dan Sufian Al-Tsauri dengan ‘An’annya (rantaian perawinya) tidak diumumkan telah mendengar secara langsung, maka patutkan mereka mengatakan bahawa riwayat-riwayat dalam kedua-dua kitab sahih ini lemah? Atau adakah kalian mempunyai piawai yang berat sebelah?!

3. Kemudian, ‘An’an (rantaian perawi) Sufian Al-Tsauri dan Abu Qilabah An’an-nya dalam kedua-dua kitab sahih (Bukhari dan Muslim) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Majah pada hadits (Khalifah Allah Al-Mahdi), iaitu An’an Sufian Al-Tsauri dari Khalid Al-Khazha’ dalam kedua-dua kitab sahih itu tidak diumumkan telah mendengar secara langsung dan Abu Qilabah An’an-nya dari Abi Asmaa’ Al-Rahbi dalam Sahih Muslim seperti itu juga, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Majah yang menjadi tajuk perbincangan kita sekarang.

Berikut adalah beberapa sumber di mana An’an Sufian Al-Tsauri dari Khalid Al-Khazha’ di dalam kedua-dua kitab sahih (Bukhari dan Muslim):

- Sahih Bukhari J 2 hal 73:

حدثنا يحيى بن موسى حدثنا وكيع عن سفيان عن خالد الخذاء عن حفصة بنت سيرين... الخ.  


Diceritakan kepada kami Yahya bin Musa, diceritakan kepada kami Waki’ dari Sufian dari Khalid Al-Khazha’ dari Hafshah binti Sirin ... hingga akhir


[78]


- Sahih Muslim J 1 hal 73:

وحدثنا محمد بن رافع عن عبد الرزاق عن الثوري عن خالد الخذاء عن أبي  قلابة عن ثابت بن الضحاك قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم...  الخ .

Diceritakan kepada kami Muhammad bin Rafi’ dari Abd Razaq dari Al-Tsauri dari Khalid Al-Khazha’ dari Abu Qilabah dari Tsabit bin Al-Dhahak katanya: Rasulullah (S) bersabda, ... hingga akhir.

 . - Sahih Muslim J 5 hal 44:

حدثنا وكيع حدثنا سفيان عن خالد الخذاء عن أبي  قلابة عن أبي الأشعث عن عبادة بن الصامت قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ... الخ.

Diceritakan kepada kami Waki’, diceritakan kepada kami Sufian dari Khalid Al-Khazha’ dari Abi Qilabah dari Abi Al-Asy’ats dari ‘Ibadah bin Al-Shimat katanya: Rasulullah (S) bersabda... hingga akhir.

Bagi Abu Qilabah akan dibawakan beberapa riwayat di sini di mana ‘An’an padanya dari Abi Asmaa’ Al-Rahbi dalam Sahih Muslim tanpa diumumkan telah mendengar secara langsung:

- Sahih Muslim J 3 hal 78:

(حدثنا) أبو الربيع الزهراني وقتيبة بن سعيد كلاهما عن حماد بن زيد قال أبو الربيع حدثنا حماد حدثنا أيوب عن أبي  قلابة عن أبي أسماء عن ثوبان قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ... الخ.

(Diceritakan kepada kami) Abu Al-Rabi’ Al-Zahrani dan Qutaibah bin Sa’id kedua-duanya dari Hammad bin Zaid berkata Abu Al-Rabi’ diceritakan kepada kami Hammad diceritakan kepada kami Ayub dari Abu Qilabah dari Abi Asmaa’ dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda... hingga akhir.

 - Sahih Muslim J 6 hal 52:

حدثنا سعيد بن منصور وأبو الربيع العتكي وقتيبة بن سعيد قالوا حدثنا حماد (وهو ابن زيد) عن أيوب عن أبي قلابة عن أبي أسماء عن ثوبان قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم كذلك.

Diceritakan kepada kami Sa’id Bin Manshur dan Abu Al-Rabi’ Al-‘Atki dan Qutaibah bin Sa’id berkata diceritakan kepada kami Hammad (iaitu Ibn Zaid) dari Ayub dari Abi Qilabah dari Abi Asmaa’ dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda: Ada segolongan dari umatku, mereka tetap berada pada kebenaran, mereka tidak akan terpengaruh oleh orang yang menghinanya, sampai datang keputusan Allah, dan mereka tetap dalam keadaan seperti itu.

- Sahih Muslim J 8 hal 12:

(Diceritakan kepada kami) Sa’id bin Manshur dan Abu Al-Rabi’ Al-‘Zahran berkata diceritakan kepada kami Hammad (iaitu Ibn Zaid) dari Ayub dari Abi Qilabah dari Abi Asmaa’ dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda... hingga akhir.

- Sahih Muslim J 8 hal 17 - 18:.

(Diceritakan kepada kami) Ishak Ibn Ibrahim dan Muhammad bin Al-Mutsanni, kedua-duanya dari Abdul Samad bin Abdul Warits diceritakan kepada kami Hammam diceritakan kepada kami Qatadah dari Abu Qilabah dari Abi Asmaa’ dari Abu Zhar katanya: Rasulullah (S) bersabda... hingga akhir..

- Sahih Muslim J 8 hal 171:

(Diceritakan kepada kami Abu Al-Rabi’ Al-‘Atki dan Qutaibah bin Sa’id kedua-duanya dari Hammad (lafaz oleh Qutaibah) diceritakan kepada kami Hammad dari Ayub dari Abi Qilabah dari Abi Asmaa’ dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda... hingga akhir

                   
[79]


Jika kalian katakan mengenai ‘An’anah (rantaian perawi) ini - yang diriwayatkan oleh Ibn Majah - bahawa ia tidak diterima dan mencemarkan hadits ini, maka kalianlah yang pertama untuk mengisytiharkan hadits-hadits Bukhari dan Muslim adalah lemah di mana ‘An’annya Abu Qilabah dan Al-Tsauri, kemudiannys kami terpaksa bercakap dengan kalian.

Sufian Al-Tsauri cukup dengan apa yang diperkatakan padanya oleh Bukhari sendiri: (tidak membawa kepada men-tadlis-kannya) sebagai mana dinaqal oleh Ibn Hajar di dalam Kitab Thabaqat Al-Mudallisin hal 32..

Dalam apa jua keadaan, walaupun kita katakan terdapar tadlis, maka tadlis Abu Qilabah dan Al-Tsauri tidak memudharatkan (hadits) kerana Abu Qilabah menduduki peringkat pertama dari Thabaqat Al-Mudallisin (peringkat-peringkat Mudallis) dan Al-Tsauri pada peringkat kedua, dan kedua-dua peringkat membawa hujah
tersendiri seperti yang dikemukakan oleh Ibn Hajar.

Bukhari dan Muslim sendiri telah meriwayatkan ‘An’anah (rantaian perawi) bagi Sufyan Al-Tsauri dan ‘An’an darinya, dan Muslim sendiri telah meriwayatkan An’anah (rantaian perawi) bagi Abu Qilabah dan ‘An’an darinya, Maka ini merupakan satu perkara (tajuk) dalam kedua-dua kitab sahih (Bukhari dan Muslim) dan dalam Sunan Ibn Majah, dan selagi merupakan satu perkara dan ia adalah tergolong dalam satu hukum, iaitu hukumnya sahih untuk bersandarkan dengannya.

 [80a]


[74-77a][77b-80a][80b-85]


Tiada ulasan: