Khamis, 14 September 2017

sambungan

Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]

secara muktamad (qath’ei) yang tidak dicemari oleh keraguan, maka ia bukan untuk sesiapa sebelumnya, dan kita tidak bercakap mengenai riwayat-riwayat untuk selain darinya, maka mengapa kamu masih berpaling?!

Sebagai tambahan kepada apa yang disebutkan sebelum ini bahawa tidak ada zaman yang digambarkan mempunyai keberkatan dan limpahan harta dengan cara yang tak dapat dibandingkan, dimana harta tidak diterima oleh seseorang, selain zaman Imam Mahdi (as), dan ada terlalu banyak riwayat sebagai dalil mengenainya, riwayat-riwayat yang khusus menyebut dan mengesahkannya dan yang menggambarkan masa ketika turunnya Isa Ibnu Maryam (as) dan betapa banyak harta dan kebaikan di dalamnya.

Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan di dalam Kitab-kitab Sahih mereka dengan sanad dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah (S) bersabda:

(والذي نفسي بيده، ليوشكن أن ينزل فيكم ابن مريم حكما مقسطا، بكسر الصليب، ويقتل الخنزير، ويضع الجزية، ويفيض المال حتى لا يقبله أحد)

Demi yang jiwaku di tangan-Nya sungguh hampir saja turun kepada kalian Isa Ibn Maryam sebagai Hakim yang Adil, Dia mematahkan salib, dan membunuh babi, serta harta yang melimpah sehingga tiada sesiapa pun yang akan menerimanya.) [58]

Pada masa manakah Isa Ibn Maryam turun, bukankah pada masa Imam Al-Mahdi (as) seperti mana ia diterima oleh semua orang?

Jadi, pada zaman Imam Mahdi (as), harta akan melimpah ruah lalu dibahagi-bahagikan sehinggakan tiada sesiapa pun yang akan menerimanya, kerana Imam Mahdi (as) akan membahagi-bahagikan harta sehingga semua orang menjadi kaya, dan Allah memenuhi hati hambaNya dengan qana’ah (rasa cukup), lalu apa yang mereka lihat sebagai kebaikan yang lebih besar dan berkat yang mulia.

Selepas apa yang dibawakan di atas khayalan Ibn Khaldun dan mereka yang seperti beliau pergi bersama angin, dan ternyata kepada semua orang bahawa percakapan mereka itu hanya untuk mengurangkan kegelisahan..

Dan Kekhalifahan Imam Mahdi (as) adalah Khalifah Ilahiyah, iaitu dipilih dan dilantik oleh Allah Ta’ala, bukan dipilih atau dilantik oleh manusia, kerana itulah kita dapati Al-Rasul Muhammad (S) menegaskan akan makna ini dengan sabda baginda:
(فإنه خليفة الله المهدي)
(Sesungguh dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi), maka mentaatinya adalah ketaatan kepada Allah, dan mendurhakainya adalah durhaka kepada Allah Ta’ala, 

-----------------------
[58] Sahih Bukhari: J 3 hal 40, Sahih Muslim:. J 1 hal 93, Sahih Ibn Hibban: J 15 hal 230, Musnad Ahmad: J 2 hal 538, dan tujuan yang sama: Sunan Ibn Majah: J 2 hal 1366 nombor 4078, Sunan – Al-Kubra - oleh Al-Baihaqi: J 2 hal 244, Musnad Abdul Razak Al-Shan'ani: J 11 hal 399-400 h 20840, Al-Mushnaf – oleh Ibn Abi Syaibah: J 8 hal 654, Musnad Ibn Abi Ya’la Al-Maushili: J 10 hal 279 h 5877. dan lain-lain Sumber.

[44][45][46]


Tiada ulasan: