Ahad, 24 September 2017

[59b] Sumber-sumber Hadiis:



Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]


Sumber-sumber Hadiis:


Hadiis ini datang dari beberapa buah kitab Al-Sunnah yang muktabar, dan dengan jalan yang berbeza. sebahagian matannya (kandungan hadiis) disebutkan secara ringkas, dengan sedikit perbezaan pada matan dan mereka sepakat dalam menyebut Al-Mahdi (as) dan menyifatkan ia sebagai (Khalifah Allah)::

1. Sunan Ibn Majah:

حدثنا محمد بن يحيى وأحمد بن يوسف، قالا: ثنا عبد الرزاق، عن سفيان الثوري، عن خالد الحذاء، عن أبي قلابة، عن أبي أساء الرحبي، عن ثوبان، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (يقتتل عند كنزكم ثلاثة. كلهم ابن خليفة. ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق. فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم). ثم ذكر شيئا لا أحفظه، فقال (فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي)

Diberitahu kepada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf, berkata: Tsana (dari) Abdul Razaq, dari Sufian Al-Tsauri, dari Khalid Al-Khazha’ dari Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’ Al-Rahbi, dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda: (Ada tiga pihak akan berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah. maka tidak seorang pun yang berhasil menguasainya. Kemudian akan muncul panji-panji hitam arah Timur, maka mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah dialami oleh kaum sebelum kamu. Kemudian Rasulullah (S) mengucapkan sesuatu yang aku tidak hafal. Baginda (S) kemudian bersabda “Maka sesiapa yang melihatnya, berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) [85]

2. Al-Mustadrak ‘Ala Al-Shahihain:

Diberitahu kepada kami Abu Abdullah Al-Saffar Tsana (dari) Muhammad bin Ibrahim bin Arumah, Tsana (dari) Al-Hussein bin Hafsh, Tsana (dari) Sufian dari Khalid Al-Khazha’ dari Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’ dari Tsasban (ra) bahawa dia berkata: Rasulullah (S) bersabda:

عليه واله): يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لم يصير إلى واحد منهم ثم تطلع الرايات ن فقاؿ السود من قبل المشرق. فيقتلونكم قتالا لم يقتله قوم. ثم ذكر شيئا فقال إذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي) هذا حديث صحيح على شرط الشيخين)

(Ada tiga pihak akan berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah. maka tidak seorang pun yang berhasil menguasainya. Kemudian akan muncul panji-panji hitam arah Timur, maka mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah dialami oleh sesuatu kaum. Kemudian Rasulullah (S) mengucapkan sesuatu. Lalu baginda (S) bersabda “Maka sesiapa yang melihatnya, berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi)) Hadits ini sahih mengikut syarat kedua-dua syeikh) moden [86]

Dan diriwayatkan secara mauquf (terhenti) dan ringkas:

Dikhabarkan kepada kami Al-Hussein Bin Ya’qub bin Yusuf Al-Adil, Tsana (dari) Yahya bin Abi Talib, Tsana (dari) Abdul Wahab bin ‘Athaa’, khabar (dari) Khalid Al-Khazha’ dari Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’, dari Tsasban (ra), baginda bersabda:

(إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان فاتوها ولو حبوا فإن فيها خليفة الله المهدي). هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه )

(Apabila kamu melihat panji-panji hitam keluar dari arah Khurasan datangilah kepadanya walaupun dengan merangkak karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi). Hadits ini sahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh (Bukhari-Muslim) hanya saja tidak meriwayatkannya. [87]

3. Musnad Ahmad bin Hanbal:

Dikhabarkan kepada kami Abdullah, Dikhabarkan oleh bapaku, khabar (dari) Kaba’ bin Syarik, dari Ali bin Zaid dari Abi Qilabah, dari Tsasban katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان فائتوها فإن فيها خليفة الله المهدي)

(Apabila kamu melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan datangilah kepadanya karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) [88]

4. Al-Fitan oleh Ibn Hammad:

Dikhabarkan kepada kami Abu Nashr Al-Khafaf, dari Abi Qilabah, dari Tsasban katanya: Baginda (S) bersabda:

(إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان فاتوها ولو حبوا على الثلج فإن فيها خليفة الله المهدي)

(Apabila kamu melihat panji-panji hitam keluar dari arah Khurasan datangilah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) [89]
              
5. Al-Bahar Al-Zakhar oleh Al-Bazaz.

Dikhabarkan kepada kami Ahmad Bin Mansur, katanya: Na (dari) Abdul Razak, katanya: Ana (dari) Al-Tsauri, dari Khalid Al-Khazha’ dari Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’ Al-Rahbi, dari Tsauban(ra) katanya: Rasulullah (S) bersabda::


------------------------------
[85] Sunan Ibn Majah oleh Muhammad bin Yazid Al-Qazwini (W 774 H), ditahqiq dinomborkan dan ditakliq (diulas) oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi, Dar Al-Fikir - percetakan, penerbitan dan pengedaran: J 2 hal 1368 h 4084.
[86] Al-Mustadrak ‘Ala Al-Shahihain, Al-Hakim Al-Naisaburi 
 (W 405 H), dikendalikan Yusuf Abdul Rahman Al-Mur’asyili J 4 hal 463-464
[87] Al-Mustadrak ‘Ala Al-Shahihain, Al-Hakim Al-Naisaburi : J 2 hal 502
[88] Musnad Ahmad bin Hanbal, oleh Ahmad bin Hanbal (W. 241 H), J 2 hal 277
[89] Al-Fitan, oleh Nu’aim bin Hammad Al-Marwazi (W 229 H), hal 188.

[57, 58, 59a][59b, 60][61 - 63]



Tiada ulasan: