Khamis, 21 September 2017

Hadits Khalifah Allah Al-Mahdi: dan mereka yang mensahihkannya

Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]


Hadits Khalifah Allah Al-Mahdi:

Selepas semua perkara yang disebutkan di atas, sekarang kita akan memberi tumpuan kepada hadits yang sangat penting iaitu yang menjadi tajuk dan tujuan kitab ini, kerana ia adalah hadits
(خليفة الله المهدي)
(Khalifah Allah Al-Mahdi), untuk berdiri di atas sumber-sumbernya, dan jalan-jalan dan kata-kata ulama dalam mensahihkannya, dan menghilangkan keraguan-keraguan mengenainya.

Kata Ibn Majah: Dikhabarkan kepada kami Muhammad bin Yahya dan Ahamad bin Yusuf katanya, Dikhabarkan kepada kami Abdul Razaq, dari Sufian Al-Tsuri, dari Khalid Al-Khazha’ dari Abi Qilabah, dari Abi Asma’ Al-Rahbi dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda:

("يقتتل عند كنزكم ثلاثة. كلهم ابن خليفة. ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق. فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم". ثم ذكر شيئا لا أحفظه، فقال "فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي)

("Persengketaan yang terpendam antara kamu ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah. Kemudian tidak selesai pada seorang dari mereka. Kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, mereka melakukan peperangan terhadap kalian, yang tak pernah dilakukan kaum sebelumnya. "Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang tidak aku ingat dan bersabda, "Bila kalian melihatnya, maka berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi.) [74]


                 
Para ulama yang telah mensahihkan hadits ini:


1. Diriwayatkan oleh Al-Bazaz di dalam Al-Bahr Al-Zakhar dan disahihkan, di mana beliau berkata: (... saya memilih hadits ini untuk mensahihksnnys dan kemuliaan Tsauban dan sanad-sanadnya sanad yang sahih) [75]

2. Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dengan sanad yang lain kepada Sufian Al-Tsuri, katanya: (hadits ini sahih mengikut syarat kedua-dua syeikh (Bukhari-Muslim),) [76]
Dan juga diriwayatkan – secara ringkas - dengan sanad yang lain dari Khalid Al-Hazha’, dari Abi Qilabah, dari Abi Asma’, dari Tsauban, secara mauquf, dan berkata: (Hadits ini shahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh (Bukhari-Muslim) hanya saja tidak meriwayatkannya) [77]

---------------------
[74] Sunan Ibn Majah -oleh Muhammad bin Yazid Al-Qazwini meninggal dunia pada 273 H - ditahqiq dan dinomborkan dan diberi ulasan: Muhammad Fuad Abdul Baqi - Dar Al-Fikir untuk percetakan, penerbitan dan pengedaran: J 2, hal 1368 h 4084.
[75] Al-Bahr Al-Zakhar, yang dikenali sebagai Musnad Al-Bazaz, oleh Abi Bakr Ahmad bin ‘Amru bin Abdul Khaliq Al-‘Utaiki Al-Bazaz (W. 292 H), ditahqiq oleh ‘Adil bin Sa’ad, Maktabah Al-‘Ulum wa Al-Hukum, Madinah Al-Munawarah, edisi pertama tahun 1424 H -  2002 M: J 10 hal 99-100 H 4163.
[76] Al-Mustadrak ‘ala Al-Shahihain, oleh Al-Hafez Abi Abdullah Al-Hakim Al-Naisaburi 
(W 292 H): , J 4 hal 463-464.
[77] Al-Mustadrak ‘ala Al-Shahihain, J 4 hal 502.


[57]


3. Disebut oleh Al-Qurthubi dalam kitabnya (Al-Tazhkirah bi Ahwsl Al-Maut wa Umur Al-Akhirah) dari Ibn Majah, dan berkata mengenainya: Sanadnya sahih) [78]

4. Disebut juga oleh Ibn Katsir dari Ibn Majah pada penghujungnya dalam Al-Fitan wa Al-Mlahim, dan berkata mengenainya: (Ibn Majah bersendirian dalam meriwayatkannya, dan sanadnya sahih lagi kukuh) [79]

5. Disebutkan oleh Al-Buawashiri, dalam kitabnya Zawaid Ibn Majah ke atas kelima-lima kitab (hadits), dan berkata mengenainya: (Sanadnya sahih rijalnya tsiqaat. Diriwayatkan oleh Al-Hakim Al-Mustadrak dengan jalan Al-Hussein bin Hafsh dari Sufian kepadanya, dan berkata Hadits ini sahih mengikut syarat kedua-dua syeikh) 80]

6. Disahihkan oleh Al-Suyuthi Al-Jami’ Al-Shaghir J 1 nombor 648.

7. Disepakati oleh Al-Zhahabi Al-Hakim (Takhlish Al-Mustadrak) atas sahihnya hadits ini dengan syarat kedua-dua syeikh. Dan mendiamkan hadits yang ringkas.

8. Maqbul Al-Wada'ei diakui oleh Al-Hakim  dengan mengesahkan hadits mengikut syarat Muslim tanpa Bukhari [81] dan juga mengakui kesahihan hadits ringkas Al-Mauquf dengan syarat Muslim tanpa Bukhari [82]


-----------------------------
[78] Kitab Al-Tazhkirah bi Ahwsl Al-Maut wa Umur Al-Akhirah oleh Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr Al-Ansari Al-Khazraji Al-Andalusi Al- Qurthubi (W 671 H), Ditahqiq dan dikaji oleh Dr. Al-Shadiq bin Muhammad bin Ibrahim, Maktabah Dar Al-Minhaj di Riyadh, Cet. 1, 1425 H, J 3 hal 1201, Bab pada al-Mahdi dan menyebut persiapan beliau pemerintahannya h 1.
[79] Penghujung dalam Al-Fitan wa Al-Mlahim, oleh Al-Hafiz Abi Al-Fada’ Imad Al-Din Ismail bin Umar bin Katsir Al-Qurasyi Al-Damsyqi (W 774 H), Ditahqiq ‘Isham Al-Din Al-Shiaabathi,  Dar Al-Hadits Al-Qahirah 1, h. 48.
[80] Zawaid Ibn Majah ke atas kelima-lima kitab (hadits), oleh Ahmad bin Abi Bakr bin Ismail Al-Bawashiri (840 H), disahih dan dita’liq (diulas) Al-Syeikh Muhammad Mukhtar Hussein, Cet 1, bagi tahun 1414 G – 1993 M, Dar Al-Kitab, Beirut - Lubnan, hal 527. - 528, No. 1370.
[81] Mengikut sangkaan (waham) Al-Hakim yang tidak disebut oleh Al-Zhahabi, oleh Maqbul Al-Wada'ei, Dar Al+Haramain percetak, penerbit dan pengedar, Cet 1, 1417 H 1997M  - J 4 hal 631, di mana balasan atas kata-kata (qaul) Al-Hakim bahawa hadits tersebut sahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh (Bukhari-Muslim) dengan mengatakan (Tidak, Al-Hussein bin Hafsh dan Abi Asma’ Al-Rahbi dan namanya ‘Amru bin Martsad bukanlah rijal Bukhari) ini bermakna bahawa Maqbul Al-Wada'ei bersetuju (sepakat) dengan Al-Hakim mensahihkan hadits ini mengikut syarat Muslim.
[82] Mengikut sangkaan (waham) Al-Hakim yang tidak disebut oleh Al-Zhahabi, oleh Maqbul Al-Wada'ei,: J 4 hal 672, di mana beliau berkata: (Abu Asma’ ‘Amru bin Martsad dan Abdul Wahab bin ‘Atha bukanlah rijal Bukhari) dan ia juga bermakna ia mengakui bahawa mereka adalah rijal Muslim.


[58]


 9. Menurut Dr. Abdul Mun’eim Al-Bistawi riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim dan disahihkannya, dengan mengatakan: (Keputusan: sanadnya sahih) [83] matannya hasan, rimgkasan riwayat Abdullah bin Mas’ud, di mana beliau berkata: (Oleh itu, sanadnya adalah baik untuk berdalil dengannya, khususnya bagi matanya yang telah diriwayatkan dengan jalan lain dari Tsauban (ra) dengan sanad hasan. dengan itu, hadits ini menjadi yang hasan lighairih, dan Allah Maha Mengetahui) [84]

Semuanya sembilan ulama terdahulu, terkemudian dan ulama sezaman memutuskan kesahihan hadits ini, dan ini adalah memadai dan lebih dari mencukupi.

------------------------------
[83] Al-Mahdi Al-Muntadzar (yang ditunggu) dalam Dhu’ Al-Ahadits wa Al-Atsar Al-Sahihah, Dr. Abdul-‘Alim Abdul Al-‘Azim Al-Bastawi: hsl 184 – 192.
[84] Al-Mahdi Al-Muntadzar (yang ditunggu) dalam Dhu’ Al-Ahadits wa Al-Atsar Al-Sahihah, Dr. Abdul-‘Alim Abdul Al-‘Azim Al-Bastawi: hsl 158 – 162.

[85] Sunan Ibn Majah oleh Muhammad bin Yazid Al-Qazwini (W 774 H), ditahqiq dinomborkan dan ditakliq (diulas) oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi, Dar Al-Fikir - percetakan, penerbitan dan pengedaran: J 2 hal 1368 h 4084.


[59a]

[56][57, 58, 59a][59b - 60]


Tiada ulasan: