Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
yang dimulakan dengan Amirul Mukminin Ali bin
Abi Talib (as) sehinggalah kepada Imam Mahdi, Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as)
dan akan berterusan sehingga hari kiamat dari keluarga yang disucikan ini. Ia
telah dinashkan dengan hadits-hadits yang sahih atas kekhalifahan Imam Mahdi
(as) dan keadilannya dan perjalanan hidupnya.
Muslim telah mengeluarkan dalam Shahihnya diriwayatkan
daripada Abi Sa'id dan Jabir bin Abdullah, Rasulullah (S) telah bersabda::
(يكون قي آخر الزمان خليفة يقسم المال ولا
يعده)
(Akan
terjadi pada akhir zaman Khalifah membahagi-bahagikan harta tanpa menghitung-hitungnya)
[47]
Dan juga dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya
diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, Rasulullah (S) telah bersabda::
(يكون قي آخر أمتي خليفة يحثي المال حثيا لا
يعده عددا)
(Pada akhir zaman
akan terjadi Khalifah membahagi-bahagikan harta dengan tidak menghitung-hitungnya)
[48]
Begitu juga beliau dikeluarkan oleh Muslim dalam
Shahihnya diriwayatkan daripada dari Abi Sa'id Al-Khudri dari Rasulullah (S):
(من خلفائكم خليفة يحثو المال حثيا لا يعده
عدا)
(Khalifah kamu dari Khalifah-Khalifah
yang membahagi-bahagikan harta dengan tidak menghitung-hitung bilangannya) [49]
Adalah diketahui bahawa tidak syak lagi
tentang keadilannya dan bahawa khalifah membahagi-bahagikan harta dengan tidak
menghitung-hitungnya ini adalah Imam Mahdi, kerana dia adalah khalifah pembawa khabar
gembira, di mana langit dan bumi mengeluarkan keberkatan baginya, dan yang memberi
nikmati kepada umat di zamannya, nikmat ini tidak pernah dilalui sebelumnya. Ada
banyak lagi riwayat-riwayat yang ditunjukkan seperti di atas dari riwayat-riwayat
yang sahih.
Dan janganlah dipedulikan kepada golongan yang
ada kepentingan untuk menafikan Imam Mahdi, seperti Ibn Khaldun, yang membatalkannya
dengan mengatakan: Bahawa khalifah dalam riwayat-riwayat ini, tidak ada dalil
bahawa dia adalah Al-Mahdi kerana tidak disebutkan namanya) [50]!
--------------------
[47] Sahih Muslim:. J 8 hal 185, Musnad Ahmad, J 3 hal 5,
hal 38, dan hal 333, Al-Mustadrak
Al-Hakim Al-Naisaburi J 4 hal 454, Al-Mushnaf – oleh Ibn
Abi Syaibah, J 5 hal 678, dan lafaz hujungnyaL (Dia memberi hak tanpa mengira
bilagannya), Musnad Abi Ya’la Al-Muashili: J 2, hal 421, Kanz Al-‘Umal oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: J 14 hal \264 h 38660, Sahih Al-Jami’ Al-Shaghir bi Ziayadah (Al-Fath Al-Kabir):
J 2 hal 1354 no 8150, dan berkata mengenainya: "Sahih"
[48] Sahih Muslim: J 8 hal 185, Musnad Ahmad: J 3 hal 317,
Sahih Ibn Hibban:. J 15 hal 75, Kanz Al-‘Umal oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: J 14 hal 263
h 38 659 Sahih Al-Jami’
Al-Shaghir bi Ziayadah (Al-Fath Al-Kabir): J 2 hal 1355
No. 8154, dan berkata mengenainya: "Sahih"
[49] Sahih Muslim: J 8 hal 185, Musnad Ahmad, J
3 hal 60, Al-Jami’ Al-Shaghir – oleh Al-Suyuthi:. J 2 hal 544
h 8246, Kanz
Al-‘Umal oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: J 14 hal 266 h 38 672 Al-Jami’ Al-Shaghir wa Ziayadah (Al-Fath Al-Kabir): J 2 hal 1027-1028 4913 nombor, dan
berkata mengenainya: "Sahih"
[50] Lihat Tarikh Ibn Khaldun: J 1 hal 316
Tiada ulasan:
Catat Ulasan