Isnin, 25 September 2017

.... Sumber hadits ....



Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]

عند كنزكم ثلاثة. كلهم ابن خليفة. ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق. فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم. ثم ذكر شيئا فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي"

(Ada tiga pihak akan berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah. maka tidak seorang pun yang berhasil menguasainya. Kemudian akan muncul panji-panji hitam dari arah Timur, maka mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah dialami oleh suatu kaum. Kemudian baginda (S) mengucapkan sesuatu. “Maka sesiapa yang melihatnya, berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) [89]
              
6. Sunan Al-Waridah Fi Al-Fitan Wa Ghawailaha Wa Al-Saa’ah Wa Asyrathaha, oleh Abi ‘Amru Al-Dani:

Diberitahu kepada kami Hamzah bin Ali, diberitahu kepada kami Abdullah bin Muhammad, diberitahu kepada kami Utsman bin Ismail Al-Sakari, diberitahu kepada kami Ahmad Bin Mansur Al-Ramadi, diberitahu kepada kami Abdul Razaq, diberitahu kepada kami Sufian Al-Tsuri, dari Khalid Al-Khazha’ dari Abi Qilabah, dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda:

"يقتتل عند كنزكم نفر ثلاثة كلهم ابن خليفة. ثم لا يصير الملك إلى أحد منهم. ثم تقبل الرايات السود من قبل خراسان. فائتوها ولو حبوا على الركب، فإن فيها خليفة الله المهدي)

                                     
"Ada tiga pihak akan berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah. maka tidak seorang pun dari mereka yang berjaya menjadi raja. Kemudian akan darang panji-panji hitam dari arah Khurasan, “Maka berbai’ah kepadanya walaupun merangkak dengan lutut, karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.” [89]

7. Dalail Al-Nubuwah, oleh Al-Baihaqi:

 Diriwayatkan dalam tiga jalan dari (Abdul Razak), di mana beliau berkata: Dikhabarkan kepada kami Ali bin Ahmad bin ‘‘Abdan kepada Abu Al-Qasim Al-Thabarani ,diberitahu kepada kami Ibrahim bin Suwaid Al-Syabami diberitahu kepada kami Abdul Razak. (H) dikhabarkan kepada kami Abu Abdullah Al-Hafidz dikhabarkan kepada kami Abu Abdullah bin Muhammad bin Mukhlid bin Aban Al-Jauhari di Baghdad diberitahu kepada kami Abdullah bin Ahmad bin Ibrahim Al-Duriqi diberitahu kepada kami Ya’kub bin Humaid bin Kasab diberitahu kepada kami Abdul Razaq dikhabar kepada kami Al-Tsuri, dari Khalid Al-Khazha’ dari Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’ dari Tsauban katanya: Rasulullah (S):
             
(يقتتل عند كنزكم هذه ثلاثة كلهم ولد خليفة لا تصير إلى واحد منهم ثم تقبل الرايات السود من خراسان فيقتلونكم مقتلة لم تروا مثلها. ثم ذكر شيئا فإذا كان ذلك فائتوه ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله).

(Ada tiga pihak akan berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah. tidak seorang pun yang berhasil menguasainya. Kemudian akan datang panji-panji hitam dari arah Khurasan, maka mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah dilihat sepertinya. Kemudian baginda (S) mengucapkan sesuatu. “Maka apabila terjadi demikian, pergilah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah).
                 
Kemudian Al-Baihaqi berkata:

[61]


Dalam riwayat Ibn ‘Abdan:


(ثم تجيء الرايات السود فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ثم تجيء خليفة الله المهدي فإذا سمعتم به فاتوه فبايعوه فانه خليفة الله المهدي).

(Kemudian akan datang panji-panji hitam, maka mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah bagi sesuatu kaum. Kemudian datang Khalifah Allah Al-Mahdi, maka apabila kamu mendengarnya pergilah kepadanya karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi).

Dikhabarkan kepada kami Abu Abdullah Al-Hafiz dikhabarkan kepada kami Abu Hamid Ahmad bin Muhammad bin Al-Hussein Al-Khusr Jaridi, diberitahu kepada kami Musa bin Abdul Mu min, diberitahu kepada kami Abu Jaafar Muhammad bin Mas’ud, dikhabarkan kepada kami Abdul Razaq ,ia menyebutnya dengan sanad dan maknanya.

Beliau berkata:

(فإذا رأيتموهم فبايعوهم ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي).

(Apabila kamu melihat mereka maka berbai’ah kepada mereka walaupun dengan merangkak di atas salji karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi).

Abdul Razaq bersendirian dari Al-Tsuri.

Kemudian Al-Baihaqi berkata:

Diriwayatkan dari jalan lain dari Abi Qilabah dan tidak kukuh: Dikhabarkan kepada kami Ali bin Ahmad bin ‘‘‘Abdan, dikhabarkan kepada kami Ahmad bin ‘Ubaid Al-Saffar, diberitahu kepada kami Muhammad Ibn Ghalib, diberitahu kepada kami Katsir bin Yahya, diberitahu kepada kami Syarik dari Ali bin Zaid dari Abi Qilabah dari Abi Asmaa’, dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(إذا اقبلوا برايات السود من عقب خراسان فائتوها ولو حبوا فإن فيها خليفة الله المهدي).

(Apabila datang panji-panji hitam menyusuli dari arah Khurasan datangilah kepadanya walaupun dengan merangkak karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi).

Diriwayatkan oleh Abd AL-Wahhab bin ‘Ataa’, dari Khalid Al-Khazha’ dari Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’ dari Tsauban secara Mauquf (terhenti): Baginda (S) bersabda:

(إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان فآتوها فإن فيها خليفة الله المهدي).

(Apabila kamu melihat panji-panji hitam keluar dari arah Khurasan datangilah kepadanya karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi).

Diberitakan dari Abu Abdullah Hafiz mengizinkannya (Ijazah), Dikhabarkan kepada kami Al-Hussein Bin Ya’qub bin Yusuf Al-‘Adil, diberitahu kepada kami Yahya bin Abi Talib, diberitahu kepada kepada kami Abdul Wahab bin ‘Ataa’ menyebut) [91]


---------------------------
[89] Al-Bahr Al-Zakhar, dikenali sebagai Al-Bazaz, oleh Abi Bakr Ahmad bin ‘Akru bin Abdul Khaliq Al-‘Atiki Al-Bazaz (W. 292 H), ditakliq (ulas) ‘Adil Bin Sa’ad, Maktabah Al-‘Ulum wa Al-Hakim, Al-Madinah Al-Munawarah, edisi pertama tahun 1424 H - 2002 M.
[90] Al-Sunan Al-Waradah dalam Al-Fitan Wa Ghawailaha Wa Al-Saa’ah Wa Asyrathaha, oleh Abi ‘Amru ‘Utsman bin Sa’id Al-Muqri Al-Dani, dikaji dan ditahqiq oleh Dr. Redha Al-Din bin Muhammad bin Idris Al-Mubarakafuri - Penerbitan dan Pengedaran Dar Al- ‘Ashimah (W 444 Hijrah.): J 5 hal 1032
[91] Dalail Al-Nubuwah, oleh Al-Baihaqi: (W 458 H), ditahqiq oleh Dr. Al-Muth’ei Qal’aji, Dar buku Al-Kitab Al-‘Ilmiyah, Beirut - Lebanon, edisi pertama 1405 H, J 6 hal 510-516

[62]


8. Tarikh Madinah Dimasyq - Ibn ‘Asakir:

Dikhabarkan kepada kami Abu Abdullah Muhammad bin Al-Fadhl khabar dari Abu Bakr Al-Baihaqi dari Ali bin Ahmad bin ‘‘Abdan, dari Abu Al-Qasim Al-Thabarani, dari Ibrahim bin Suwaid Al-Syabami, dari Abdul Razak, beliau berkata: dari Abu Abdullah Al-Hafidz, dari Abu Abdullah Muhammad bin Mukhlid bin Aban Al-Jauhari di Baghdad, dari Abdullah bin Ahmad Ibrahim Al-Duruqi, dari Ya’qub bin Muhammad bin Kasab, dari Abdul Razaq, dari Al-Tsuri, dari Khalid Al-Khazha’ dari Abi Qilabah, dari Al-Asmaa’ dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(يقتتل عند كنزكم هذا ثلاثة كلهم ولد خليفة لا تصير إلى واحد منهم ثم تقبل الرايات السود من خراسان مقتلة لم تروا مثلها. ثم ذكر شيئا فإذا كان ذلك فأتوه ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله) وفي رواية ابن عبدان (ثم تجيء الرايات السود فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ثم يجيء خليفة الله المهدي فإذا سمعتم به فاتوه فبايعوه فانه خليفة الله المهدي)

(Ada tiga pihak akan berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah. tidak seorang pun yang berhasil menguasainya. Kemudian akan datang panji-panji hitam dari Khurasan, maka mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah dilihat sepertinya. Kemudian baginda (S) mengucapkan sesuatu. “Maka apabila terjadi demikian, pergilah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah) Dan dalam riwayat Ibn ‘‘Abdan (kemudian datang panji-panji hitam dan mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah berlaku pada suatu kaum dan kemudian datang Khalifah Allah Al-Mahdi, Maka apabils kamu mendengarnya pergilah kepadanya dan membai’ahnya karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) [92].

9. Kitab Al-Tazhkirah fi Ahwsl Al-Maut wa Umur Al-Akhirah oleh Al- Qurthubi:

Ibnu Majah, dari Tsauban (ra) katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة، ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم، فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي)

(Ada tiga pihak akan berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah. maka tidak seorang pun yang berhasil menguasainya. Kemudian akan muncul panji-panji hitam arah Timur, maka mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah dialami oleh suatu kaum. “Maka apabila kamu melihatnya, berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) [93].
                                   
10. Al-Nihayah Fi Al-Fitan wa Al-Malahim, oleh Ibn Katsir:

Kata Ibn Majah: Diberitahu kepada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf dengan katanya, diberitahu kepada kami Abdul Razzaq, dari Sufian Al-Tsuri, dari Khalid Al-Khazha’ [dari] Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’ Al-Rahbi, dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم) ثم ذكر شيئا لا أحفظه قال: (فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي)

(Ada tiga pihak akan berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah. maka tidak seorang pun yang berhasil menguasainya. Kemudian akan muncul panji-panji hitam arah Timur, maka mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah dialami oleh suatu kaum. “Maka sesiapa yang melihatnya, berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji karena sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi)) [94].
                               
----------------------------------
[92] Tarikh Madinah Dimasyq – oleh Ibn ‘Asakir Asaker (W 571 H), J 32 hal 280 - 281.
[93] Kitab Al-Tazhkirah fi Ahwsl Al-Maut wa Umur Al-Akhirah oleh Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr Al-Ansari Al-Khazraji Al-Andalusi Al- Qurthubi  (W 671 H), ditahqiq dan dikaji oleh Dr. Al=Shadiq bin Muhammad bin Ibrahim, Maktabah Dar Al-Minhaj di Al-Riyadh, Cet 1, 1425 H, J 3 hal 1201, dalm bab Al-Mahdi dan pada mengebut orang yang membuka kerajaannya H no 1.
[94] Al-Nihayah Fi Al-Fitan wa Al-Malahim, oleh Al-Hafidz Abi Al-Fada’ 'Imad Al-Din Isma'il bin Umar bin Katsir Al-Qurasyi Al-Dimasyqi (W 774 H), ditahqiq oleh ‘Isham Al-Din Al-Shabathi, Dar Al-Hadits Al-Qahirah J 1 hal 48. 


[59b, 60][61 - 63][64, 65]



Tiada ulasan: