Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
Dan Ibn Majah meriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri
dari Rasulullah (S)
أنه قال: (يكون
في أمتي المهدي. أن قصر، فسبع وإلا فتسع. فتنعم به أمتي نعمة لم ينعموا مثلها قط أكلها. ولا تدخر منهم شيئا. والمال يومئذ كدوس.
فيقوم الرجل فيقول: يا مهدي! أعطن فيقول: خذ)
Bahawa
baginda bersabda: Akan ada Al-Mahdī pada Umatku. Jika (tempoh khalifahnya)
pendek maka ia akan menjadi tujuh tahun, jika tidak, ia akan menjadi sembilan
tahun. Kemakmuran Umatku akan menjadi nikmat yang tidak pernah
dialami dan dirasai sepertinya pada masa lalu. Mereka tidak perlu berjimat dan harta
kekayaan tidak akan ada kekurangan. Seseorang akan berdiri dan berkata: Wahai
Mahdī! Berikanlah padaku sesuatu. Al-Mahdī akan berkata kepadanya: Ambillah
sendiri.)" [52]
Dan dari Abu Sa'id Al-Khudri dari Rasulullah (S),
Bahawa baginda bersabda:
(أبشركم بالمهدي
يبعث على اختلاف من الناس وزلازل فيملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملئت جورا وظلما،
يرضى عنه ساكن السماء وساكن الأرض، يقسم المال صحاحا، قال له رجل: ما صحاحا؟ قال: بالسوية بين
الناس ويملأ الله قلوب أمة محمد عليه وسلم
غناء، ويسعهم عدله حتى يأمر مناديا فينادي فيقول: من له في مال حاجة؟ فما يقول من
الناس إلا رجل واحد فيقول: أنا. فيقول
ائت السدان يعني الخازن فقل له إن المهدي يأمرك أن تعطيني مالا فيقول له احث حتى
إذا جعلو في حجره وائتزره ندم، فيقول كنت أجشع أمة محمد صلى الله عليه وسلم أو عجز
عني ما وسعهم، قال: فيرده فلا يقفيل منه فيقال له: إنا لا نأخذ شيئا أعطيناه، فيكون
كذلك سبع سنين أو ثمان سنين أو تسع سنين ثم لا خير في العيش بعده أو قال ثم لا خير
في الحياة) [53]
Aku
berikan khabar gembira dengan kedatangan Al-Mahdi, yang diutus ketika banyaknya
perselisihan di antara manusia dan banyaknya kegoncangan (gempa bumi). Dia akan
memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi
dengan kebencian dan kezaliman. Penduduk langit dan penduduk bumi meredhainya,
dia akan membahagikan harta dengan cara shihahan. Dan berkata seorang lelaki:
"Apakah shihah itu". Baginda menjawab: "Dengan menyebarkannya
secara adil dikalangan manusia." Dan Allah memenuhi hati umat Muhammad (S) dengan kekayaan (rasa cukup),
meliputi mereka dengan keadilannya, sehingga dia memerintahkan seorang penyeru,
maka penyeru itu berkata, 'Siapakah yang memerlukan harta?' Lalu tidak ada
seorang pun berdiri kecuali seorang dan orang itu berkata: "Aku". Dia
(Al-Mahdi) berkata: 'Pergilah bertemu penjaga (gudang harta) dan katakan
kepadanya, Sesungguhnya Al-Mahdi memerintahkanmu untuk memberikan harta
kepadaku'. Kemudian dia (penjaga gudang harta) berkata kepadanya, 'Ambillah',
Sehingga ketika dia telah menyimpan dipangkuannya dan melihatnya, dia menyesal
dan berkata: 'Aku adalah umat Muhammad (S) yang jiwanya paling rakus, atau aku
tidak mampu mencapai apa yang mereka capai" Beliau berkata, 'Lalu dia
mengembalikannya dan harta itu tidak diterima, maka para penjaga gudang harta
berkata kepadanya, 'Sesungguhnya kami tidak menerima apa-apa yang telah kami berikan'.
Demikianlah akan terus berlaku selama tujuh tahun atau lapan tahun atau
sembilan tahun, kemudian tidak ada lagi kehidupan yang baik setelah itu"
Atau beliau berkata: "Kemudian tidak ada lagi hidup yang baik
setelahnya" [53]
Bukankah hadits ini juga menyatakan bahawa Al-Mahdi
(as) membahagi-bahagikan harta (Maka berkata kepadanya, 'Ambillah')?
--------------------
[52] Sunan Ibn Majah: J 2 hal 1366-1367, Al-Mustadrak Al-Hakim
Al-Naisaburi J 4 hal 1558, Sunan Ibn Majah - Al-Albani, J 3 hal
339-340, nombor 3315, beliau berkata mengenainya "Hasan",
[53]: Musnad Ahmad J 3 hal 37, Al-Dar Al-Mantsur: J 6 hal
57, Mujma Al-Zawaid - oleh -
Al-Haitsami:. J 7 hal 313-314, dan berkata mengenainya:
"Diriwayatkan oleh Al-Tirmizhi dan lain-lain dengan lebih ringkas -
Riwayat Ahmad dengan sanadnya Abu Ya’la secara lebih ringkas dan rijal mereka tsiqaat
" Al-Hakim Al-Syar’eiyah Al-Kubra - oleh Al-Isybili: J 4 hal 532 dan diHasankan oleh Hamzah Ahmad Al-Zain
pada mentahqiq Musnad Ahmad J 10 hal 119-120 nombor 11260, katanya,"
sanadnya Hassan dan Al-Mu3alli bin Ziyad Al-Qurdusi tsiqah, dan Ja’far dia adalah
Ibn Sulaiman Al-Dhab3i, dan Al-3alaa bin Bashir Al-Muzani. boleh diterima dan bukannya
tidak diketahui, seperti kata Ibn Hajar dalam Al-Taqrib, dia Bukhari berkata mengenainya
dalam Tarikh Al- Akbar (6/510) No. 1349: dia adalah orang Mesir, dan tidak
diketahui, dan disebut oleh Ibn Hiban dalam Al-Tsiqaat, saya tidak dapati pada
Jarhnya, lihat Al-Tsiqaat (7/268) "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan