Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
28. Tazhkirah Al-Maudhu’aat, Li Al-Fitan:
Dalam Al-Wajiz Ibn Mas'ud:
(إذا أقبلت الرايات السود من خراسان فأتوها
فإن فيها خليفة الله المهدي).
(Apabila datang
panji-panji hitam dari Khurasan, Maka pergilah kepadanya kerana sesungguhnya
dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi."
Di mana ’Umar bin Qais tidak ada apa-apa dan dia tidak
mendengar dari Al-Hasan dan Al-Hasan tidak mendengar dari ‘Ubaidah.
Saya katakan: Ibn Hajar berkata, tidak disinkirkan
Ibn Al-Jauzi kerana Ahmad telah meriwayatkan dari Tsauban dan Abu Hurairah dan tidak
pada sanad kedua-duanya untuk menuduh mereka berdusta) [124]
29. Tuhfah Al-Ahwazhi, Al-Mubarkafuri:
Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dari Tsauban secara
mauquf:
(إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل
خراسان فأتوها فإن فيها خليفة الله المهدي)
(Apabila kamu melihat
panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan, Maka pergilah kepadanya kerana
sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) [125]
30. Faidh Al-Qadir Syarah Al-Jami’ Al-Shaghir,
oleh Al-Manawi:
(إذا رأيتم) - (Apabila kamu melihat) Ucapan lisan yang ditujukan kepada para sahabat
dan kepada mereka yang lain dari umat baginda yang akan berlaku pada akhir
zaman sebagai bukti untuk menjadikannya antara berita lain dari tanda-tanda
Al-Saah (sebelum kiamat),
(الرايات السود) - (panji-panji hitam) banyak panji-panji dan ia adalah bendera pasukan tentera,
(قد جاءت من قبل خراسان) - (yang datang dari arah Khurasan) iaitu arah dari mana ia datang. Ibn
Katsir berkata, bukan panji-panji yang diterima oleh Abu Muslim Al-Khurasani yang
menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah, tetapi datang panji-panji para sahabat Al-Mahdi.
(فأتوها)
- (Maka pergilah – datanglah - kepadanya) untuk berperang
bersamanya
------------------------
[124] Tazhkirah Al-Maudhu’aat, - oleh Muhammad Thahir bin
Ali Al-Hindi Al-Fitan: (W 986 H) hal 223.
[125] Tuhfah Al-Ahwazhi dengan Syarah Al-Jami’ Al-Tirmizhi, - oleh Al-Hafidz Abi Al-‘Ala
Muhammad Abdul Rahman bin Abdul Rahim Al-Mubarkafuri (W 1353 H)
Dar Al-Kitab Al-‘Ilmiyah, Beirut - Lubnan,, Cet
1, 1410H -1990M: J 6 hsl 451.
[72]
(المهدي) - (Mahdi) datang sebelum Isa (as), atau pada
masa itu bumi dipenuhi dengan kezaliman dan kebencian lalu diaakan memenuhinya pula
dengan kemakmuran dan keadilan dan kekal berturut-turut selama lima atau tujuh
atau sembilan tahun) [126].
31. Kasyf Al-Khafaa’, oleh Al-‘Ajaluni:
(Apabila
kamu melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan, Maka pergilah
kepadanya kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) Diriwayatkan
oleh Ahmad dan Al-Hakim dari Tsauban [127].
32. Tanzih Al-Syari’ah, oleh Ali bin Muhammad
Al-Kinani:
Hadith:
: (إذا أقبلت الرايات السود من قبل خراسان فائتوها فإن فيها خليفة الله المهدي)
(Apabila
datang padamu panji-panji hitam dari arah Khurasan, Maka pergilah kepadanya kerana
sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi)
(pecahan) dari hadits Ibn Mas’ud dari jalan ‘Amru
bin Qais dari Al-Hasan dari ‘Ubaidah bukan asalnya, ‘Amru tiada apa-apa, tidak
pernah mendengar dari Al-Hasan dan Al-Hasan tidak mendengar dari ‘Ubaidah.
(Diikuti oleh) Al-Hafidz Ibn Hajar dalam kata-kata cemerlangnya,
beliau berkata: tidak disinkirkan Ibn Al-Jauzi, diriwayatkan oleh Ahmad dalam
Musnadnya dari hadits Tsauban, Ahmad dan Al-Baihaqi dalam Al-Dalail dari hadits
Abi Hurairah dan tidak pada sanad kedua-duanya untuk menuduh mereka berdusta).
Selesai.
Dan bagi hadits itu adalah sebagai saksi (bukti)
pada Al-Hakim
dalam Al-Mustadrak, dan Abi Al-Syeikh
dalam Al-Fitan
dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikhnya [128].
Dan sumber-sumber lain yang dipertimbangkan dan diamati ianya
secara ringkas yang ditinggalkan.
-----------------------------
[126] Faidh Al-Qadir Syarah Al-Jami’ Al-Shaghir, oleh Muhammad bin Abdul
Rauf Al-Manawi: (W 1031 H), diteliti dan disahihkan Ahmad
Abdul Salam Dar Al-Kitab Al-‘Ilmiyah, Beirut - Lubnan,, Cet 1 1415H – 1994M: J
1 hal 466.
[127] Kasyf Al-Khafaa’ oleh Al-Syeikh Ismail
bin Muhammad Al-‘Ajaluni,: (d 1162 Hijrah.), Dar Al-Kitab Al-‘Ilmiyah, Beirut -
Lubnan,, Cet 3, 1408H – 1988M:. J 1 hal 90 nombor 241.
[128] Tanzih Al-Syari’ah Al-Warafu’ah dar Al-Akhbar
Al-, oleh Ali bin Muhammad Al-Kinani memetiknya dari berita (W 963 H), J 3 hal
18-19, No. 39.
[73]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan