Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?
17. Siapakah Al-Khurasani?
Diriwayatlan beberapa hadits
dari Rasulullah (S) dan Ahl Bait baginda (as), yang sebahagiannya menjadi nash
yang nyata dan sebahagian yang lainnya cukup sebagai isyarat kepada Al-Qaim bahawa
dia (as) memasuki Iraq dari arah timur. Ia adalah perkara yang membingungkan kefahaman
orang-orang dengan berbagai kekeliruan, terutama kerana mereka tidak dapat membezakan
di antara Al-Qaim yang mengangkat pedang dengan Imam Mahdi (as) pada perkiraan mereka
kedua-duanya adalah satu.
Sesungguhnya orang-orang
ini melihat dalam hadits-hadits yang jelas menunjukkan percanggahan dengan apa
yang ada di dalam fikiran mereka bahawa Imam Al-Mahdi (as) akan masuk ke Iraq dari
arah Hijaz, dan ia adalah keadaan yang mudah untuk dipegang dan akan melemahkan
riwayat kemasukan dari timur. Kelemahan ini adalah kerana ia tidak bersandarkan
kepada hujjah syar’ei. Pada hal jangan sekali-kali melanggar
aturan sebenar daripada adanya
kekurangan dalam memahami makna hadits-hadits ini. Sebahagian dari mereka
mentakwil hadits-hadits yang jelas ini untuk disesuaikan dengan kefahaman yang
membawa kepada masalah kezuhuran, dan semua ini - malangnya - akan mengorbankan
kebenaran.
Mereka lupa kepada
pendekatan yang sahih yang sesuai bagi pencari kebenaran untuk diikuti, dan
yang mewakili pemberian fikiran peranan para pekerja dan bukan buah fikiran peranan
tuan-tuan yang bertanggungjawab kepada nash-nash (teks) itu. Jika pemahaman
yang berpusat di dalam fikiran mereka adalah sumber nash-nash (teks), maka pemahaman
yang lain juga merupakan sumber nash-nash (teks), sudah pasti nash-nash (teks)
itu tidak diselesaikan seperti mereka yang libatkan, sebaliknya, ia adalah
hasil ciptaan palsu yang mereka lakukan dengan mengorbankan hadith-hadith Ahl Al-Bait
(as), maka, mereka menjadi imam-imam
(pemimpin) kepada kitab itu, bukannya Kitab yang memimpin mereka.
Saya akan mengutip
perenggan dari Kitab (Al-Mu3jam Al-Maudhu3i Bi Ahadits
Al-Imam Al-Mahdi) oleh Al-Syeikh Ali Al-Kurani,,
sebagai contoh bagaimana cara orang-orang beramal dengan kebenaran nash-nash (teks),
Al-Syeikh mengatakan (Bahawa kami mentafsirkan (permulaannya
adalah datang dari arah timur) bermaksud kezuhuran Mahdi (as) ia adalah permulaan
urusannya, kerana kezuhurannya (as) pasti dari Makkah, maka mestilah makna permulaan
urusannya dan gerakan ansarnya dari arah Timur) [141].
Tafsiran ini sangat
mengejutkan, walaupun kita menerima seluruh gambaran yang teikait
dengan Syeikh mengenai pergerakan kezuhuran, contohnya:
1. Sebagian besar
hadita-hadits yang berada dalam kerangka tajuk yang dinashkan secara jelas
menyatakan bahawa Al-Qaim memulakan pergerakannya dari Timur, dan bukan hanya oleh
para sahabatnya yang berangkat dari sana.
2. Bahawa Al-Yamani - Dia
adalah pemimpin sahabatnya seperti di
dalam nash (teks) riwayat-riwayat, dan naib bagi Imam menurut pertimbangan Syeikh
- pada pendapat Syeikh pergerakan bermula dari Yaman dan bukan dari Timur, dan
maknanya bahawa walaupun mengikut pendapat Syeikh apa yang dikatakannya tidak
betul dalam tafsirannya tentang kemutlakannya.
3. Asal percanggahan
antara hadita-hadita adalah khayalan, yang boleh ditolak dengan mengatakan
bahawa Al-Qaim yang memulakan pergerakannya dari Timur adalah peribadi lain yang
bukan Imam Mahdi (as).
Syeikh Ali Al-Kurani telah
menyebutnya dalam kitabnya, zaman kezuhuran mengenai peranan Al-Khurasani dengan mengatakan: (Sementara peranan orang-orang
Iran di dalam memperkenalkan Mahdi (as) adalah mempunyai peranan luas dan yang
berkesan, dan mereka lebih suka keutamaan dan pengorbanan di mana memulakan
urusan Al-Mahdi (as) melalui pergerakan mereka..... maka apakah sebab di dalam
revolusi Al-Yamani dan panjinya mendapat petunjuk dari revolusi Iran dan panji
mereka)?
Maka Al-Kurani mengulas, katanya: (mungkin
menjadi sebab untuk ini adalah bahawa kaedah pentadbiran yang digunakan oleh
kepimpinan politik Al-Yamani mengikut kepimpinan dan pengurusan Yaman, adalah lebih
sahih dan lebih hampir kepada gaya pentadbiran Islam dalam kesederhanaan dan
ketegasan. Sementara itu negara Iran tidak sesuai seperti yang diharapkan dari kerumitan
birokrasi dan kelemahannya, ia adalah disebabkan perbezaan pengalaman antara
kedua-duanya pada sifat kesederhanaan dan kesukuan dalam masyarakat Al-Yamani,
dan sifat yang diwarisi dari tamadun dan struktur dalam masyarakat Iran. Akhir kata-kata
Al-Kurani) [142].
Kita berhak bertanya:
Adakah wajar untuk membenarkan
ulasan ini? Adakah pentadbiran Yaman adalah sejenis pentadbiran Islam? Adakah ia
sebuah negara maju seperti negara Al-Khurasani (Iran)? Adakah Al-Kurani percaya bahawa Yaman adalah sebuah negara yang
bebas daripada Kerumitan birokrasi dan kelemahan? Tidakkah Farsi mempunyai tamadun seperti Yaman?
Adakah kesederhanaan dan kesukuan dalam masyarakat Yaman menjadi sebab mengapa Al-Yamani memimpin dunia melalui mereka?
Saya meninggalkan
jawapan kepada saudara-saudara, ini adalah kekeliruan pandangannya!!!
Syeikh Al-Kurani meletakkan
masalah dalam huraiannya bahawa Al-Yamani muncul dari Yaman, maka dia ingin menyelesaikan masalah ini dengan
memperkenalkan pengenalan aneh bahawa pengalaman di Iran mewakili kerumitan birokrasi dan kelemahan, Dia telah membuat kesimpulan yang pelik dari atas kesederhanaan dan kesukuan
dalam masyarakat Yaman adalah sebab di sebalik kejayaan revolusi Al-Yamani, yang merujuk
kepada kemunculannya di Yaman!!! Seperti peribahasa lama:
(أراد
أن يكحلها فأعماها.)
"Dia mahu menjadikannya sengsara."
Para penyelidik yang
adil tidak meletakkan pandangan peribadinya
terhadap nash-nash (teks)
Rasulullah (S) dan Ahl Bait baginda (as), semua riwayat Ahl Al-Bait menentukan
tanda-tanda kemunculan dan keluarnya kepada kita tanpa meninggalkan tanda-tanda
kecil atau besar, tetapi petunjuk-petunjuk atau nash-nashnya (teks) begitu jelas
dari diselubungi, seperti terangnya matahari di siang hari, namun beberapa
penulis datang untuk memutarbelitkan hakikat sebenar yang ditetapkan oleh
Ahl Al-Bait (as) kepada kita dengan keahlian mereka.
Rasulullah (S) telah
menunjukkan kepada khazanah yang akan keluar dari Negara Farsi yang akanmenolong
anaknya Al-Mahdi (as) dan Rasulullah (S) dan Ahl Bait baginda (as tidak menyebutkan
kepada kita peranan tentera-tentera Yaman atau pemimpin dari Yaman yang akan membantu
Al-Mahdi (as) sebagai syarat kemunculannya mahupun syarat dia keluar,
Bagaimanakah Syeikh Al-Kurani
dan orang lain memberi tumpuan kepada Yaman dengan hanya dirawayatkan perkataan
nama Al-Yamani, jadi mereka telah mengambil orang-orang sebeleh kiri lalu menjadi
sesat dan menyesatkan sesiapa yang mengikutinya.
--------------------------
[141] Mu3jam Al-Maudhu3i Li Hadits Al-Imam Al-Mahdi: hal 595-596.
[142].Yaman dan
peranannya dalam Zaman Kezuhuran. http://www.alameli.net/books/?id=2162
Tiada ulasan:
Catat Ulasan