Sabtu, 16 September 2017

[50] Ilmu Khalifah

Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]

     
Manakala Pintu Kota Ilmu (Bab Madinatu Ilm) Rasulullah (S) tidak bertanya dan tidak kekurangan ilmu dari seseorang pun selain Rasulullah (S), dan Umar bin Al-Khattab begitu mengenalinya sehingga mengatakan: (kalau sekiranya tidak ada Ali binasalah Umar).

Dan kita dapati Umar bin Al-Khattab dalam khabar berikut mengisytiharkan kecekapannya dan apa yang baik baginya.

Al-Hakim meriwayatkan di dakam Al-Mustadrak dengan sanad sahih mengikut syarat Al-Syeikhain: (Dikhabarkan kepada kami) Ali bin Himsyazh, khabar dari Al-Hassan bin Sahl Al-Mujauwas, khabar dari Abu ‘Ashim, khabar dari Musa bin Ali bin Rabah Al-Khumi, dari bapanya bahawa Umar bin Al-Khattab (ra) memberi ucapan kepada manusia, dengan berkata:

(من أراد أن يسأل عن القرآن فليأت أبي بن كعب ومن أراد أن يسأل عن الحلال والحرام فليأت معاذ بن جبل ومن أراد أن يسأل عن الفرائض فليأت زيد بن ثابت ومن أراد أن يسأل عن المال فليأتني فاني له خازن)

(“Barangsiapa yang ingin bertanya tentang Al-Qur’an, hendaklah mendatangi Ubay bin Ka’ab, barangsiapa yang ingin bertanya tentang Halal dan Haram, hendaklah mendatangi Mu’azh bin Jabal, barangsiapa yang ingin bertanya tentang Faraidh, hendaklah mendatangi Zaid bin Tsabit dan barangsiapa yang ingin bertanya tentang harta, hendaklah mendatangi aku.kerana aku penjaganya.”) [64]

Imam kaum muslimin dan Khalifah Nabi dan penegak (Al-Qaim) kedudukannya adalah sebagai penjaga agama! Dia (Umar) tidak tahu mengenai Al-Quran atau halal dan haram atau mengenai Faraidh! Dan dia menyerahkan kepada;umat Islam satu atas yang lain! Dia mengkhususkan dirinya untuk menjawab soalan-soalan khusus mengenai harta! Jadi ini adalah kecekapan yang dipelajarinya pada memajukan pasaran, seperti yang diakui oleh Umar sendiri, dan disaksikan dari keahliannya.

Hadits berikut menunjukkan Umar bin Al-Khattab tidak tahu hukum terlupa di dalam sholat:

Ahmad bin Hanbal meriwayatkan di dakam Musnadnya:

Dikhabarkan kepada kami Abdullah, Dikhabarkan kepadaku oleh bapaku, khabar dari Ibrahim bin Sa’ad khabar dari Mohammed bin Ishaq dari Makhul dari Karib dari Ibn Abbas bahawa Umar berkata kepadanya:
       

----------------------------
[64] Al-Mustadrak: J 7 hal 272 – dan hal 271, dengan lafaz:
فإن الله تعالى جعلني له خازنا وقاسما
 - “Sesungguhnya Allah Ta’ala menjadikan aku penjaga dan pembahagi (harta)Nya " - dan berkata mengenainya: "Hadits ini shahih sanadnya hanya saja keduanya (Bukhari-Muslim) tidak meriwayatkannya," dan diakui oleh Al-Zhahabi dalam Takhlish Al-Mustadrak, Al-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi J 6 hal 210 dengan lafaz:
فإن الله تعالى جعلني له خازنا وقاسما
 - “Sesungguhnya Allah Ta’ala menjadikan aku penjaga dan pembahagi (harta)Nya " Al-Mushannif oleh Ibn Abi Syaibah : J 7 hal 620 dengan lafaz:
فإن الله تعالى جعلني له خازنا وقاسما
 - “Sesungguhnya Allah Ta’ala menjadikan aku penjaga dan pembahagi (harta)Nya " dengan tambahan..
,                

 [49][50] [51]




Tiada ulasan: