Isnin, 25 September 2017

... Sumber Hadits ...




Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]


11. Al-Bidayah wa Al-Nihayah oleh Ibn Katsir: J 6 hal 275-276:
                
Bahawa Abdul Razaq berkata, dari Al-Tsauri, dari Khalid Al-Khazha’ dari Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’ dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda:
                  
(يقتتل عند كنزكم هذه ثلاثة كلهم ولد خليفة، لا يصير إلى واحد منهم، ثم تقبل الرايات السود من خراسان فيقتلونهم لم يروا مثلها. ثم يجيء خليفة الله المهدي، فإذا سمعتم به فاتوه فبايعوه ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي).

(Ada tiga pihak akan berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah. maka tidak seorang pun yang berhasil menguasainya. Kemudian akan muncul panji-panji hitam dari Khurasan, maka mereka akan berperang dengan perang yang belum pernah dilihat sepertinya. Kemudian akan datang Khalifah Allah Al-Mahdi. “Maka apabila kamu mendengarnya, datanglah kepadanya lalu memrbai’ahnya walaupun dengan merangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi)
.
Diriwayatkan oleh Ibn Majah, dari Ahmad bin Yusuf Al-Silmi, dan Muhammad bin Yahya Al-Zahli, keduanya dari Abdul Razaq, dan diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dengan jalan dari Abdul Razaq, Kemudian dia berkata: Abdul Razak bersendirian dengan riwayatnya, Al-Baihaqi berkata: Diriwayatkan oleh Abdul Wahab bin ‘Ithaa’ dari Khalid Al-Khazha’ dari Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’ secara mauquf.

Kemudian Al-Baihaqi berkata: Ana (dari) Ali bin Ahmad bin ‘Abdan, ana (dari) Ahmad bin ‘Ubaid Al-Shaffar, Tsana (dari) Muhammad Bin Ghalib, Tsana (dari) Katsir bin Yahya, Tsana (dari) Syarik, dari Ali bin Zaid, dari Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’ dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(إذا اقبلت برايات السود من عقب خراسان فائتوها ولو حبوا على الثلج، فإن فيها خليفة الله المهدي).

(Apabila datang panji-panji hitam menyusuli dari arah Khurasan datangilah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi).[95].

12. Zawaid Ibn Majah ke atas Al-Kutub Al-Khamsah  Al-Bawashiri:

Diberitahu kepada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf, katanya diberitahu kepada kami Abdul Razaq, dari Sufian Al-Tsauri, dari Khalid Al-Khazha’ dari Abi Qilabah, dari Abi Asmaa’ Al-Rahbi, dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda:

("يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم" ثم ذكر شيئا لا أحفظه فقال: "فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج، فإنه خليفة الله المهدي)

( "Ada tiga pihak akan berperang (bertelingkah) pada perbendaharaan kamu. kesemuanya anak-anak Khalifah. maka tidak seorang pun yang berhasil menguasainya. Kemudian akan muncul panji-panji hitam dari arah Timur, maka mereka memerangi kamu dengan perang yang belum pernah dialami oleh suatu kaum. Kemudian baginda (S) menyebutkan sesuatu yang tidak menghafalnya. Lalu baginda bersabda. “Maka sesiapa yang melihatnya, berbai’ahlah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.”) [96].

13. Misykaat Al-Mashabih - oleh Muhammad Bin Abdullah Al-Khatib Al-Thabrizi :
            

[64]


Dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان فاتوها فإن فيها خليفة الله المهدي).

(Apabila kamu melihat panji-panji hitam dari arah Khurasan, maka pergilah kepadanya kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.).

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Baihaqi, “Dalail Al-Nubuwah" [97].

14. Hidayat Al-Ruah Ila Takhrij Ahadits Al-Mashabih wa Al-Misykaat, oleh Ibn Hajar Al-‘Asqalani:

Dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda:

(إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان فاتوها فإن فيها خليفة الله المهدي).  

(Apabila kamu melihat panji-panji hitam telah datang dari arah Khurasan, maka pergilah kepadanya kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi).

Diriwayatkan oleh Ahmad (5/277), dan Al-Baihaqi, dalam “Al-Dalail (6/516)" [98].

15. Al-Qaul Al-Musnad Fi Musnad Ahmad, oleh Ibn Hajar:
                                    
Hadits yang ke tiga belas:

(إذا أقبلت الرايات السود من خراسان فاتوها فإن فيها خليفة الله المهدي).

(Apabila datang panji-panji hitam dari Khurasan, maka pergilah kepadanya kerana sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi).

Ibn Al-Jauzi meriwayatkan dalam Al-Maudhu’at dari hadits ‘Ubaidah, dia adalah Ibn ‘Amru, dari Abdullah dan dia adalah Ibn Mas’ud. Imam Ahmad telah meriwayatkan dari hadits Tsauban, dan jalan yang diriwayatkan oleh Ibn Al-Tsauri juga dalam kitab Al-Ahadits Al-Wahiyah; dengan jalan Tsauban: Dari Ali bin Zaid bin Jid'aan, dan ia lemah (dhaif), dan tidak diterima seorang pun yang beliau sengaja berbohong walaupuh menghukum pada haditsnya dengan meletakkannya bersendirian, Dan bagaimana pun dia telah dipakai dengan jalan yang lain, rijalnya (perawi) bukannlah rijal pertama yang diriwayatkan oleh Abdul Razaq dan Al-Thabrani, dan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Baihaqi dalam Al-Dalail dari hadits Abi Hurairah secara marfu’:. “Akan keluar dari Khurasan panji-panji hitam, dimana tidak ada satupun yang dapat mengusirnya hingga ia tertancap di Iliya’" Dalam sanadnya terdapat Rusydin Ibn Sa'id, dia dha'if. [99].


----------------------------
[95] Al-Bidayah wa Al-Nihayah oleh Ibn Katsir::: ditahqiq oleh Syairi, Dar Ihyaa’Al-Tirats Al-‘Arabi, Beirut, Lubnan, Cet. 1 1,1408 H – 1988 M, J 6 hal 275-276:
[96] Zawaid Ibn Majah ke atas Al-Kutub Al-Khamsah, oleh  Ahmad bin Abi Bakr bin Ismail Al-Bawashiri (840 H), disahihkan  dan ditahqiq oleh Syeikh Muhammad Mukhtar Hussein, Cet. 1, pada tahun 1414 H – 1993 M, Dar Al-Kitab Al-‘Ilmiyah, Beirut - Lubnan, hsl 527 - 528 nombor 1370.
[97] Misykaat Al-Mashabih – oleh Muhammad Bin Abdullah Al-Khatib Al-Tabrizi (W 741 H),: ditahqiq oleh Muhammad Nashr Al-Din Al-Albani, Pencetak dan pengedar - Al-Maktabah Al- Islami - J 3 Kitab Al-Fitan hal 1503 nombor 8461,
[98] Hidayat Al-Ruah Ila Takhrij Ahadits Al-Mashabih wa Al-Misykaat, oleh Ibn Hajar Al-‘Asqalani (W 752 H),: Ditahqiq oleh Ali bin Hassan Abdul-Hamid Al-Halabi, nilai Dar Ibn Qaiyim - Dar Ibn Affan, Cet. 1, 1422H -2001M, J 5 hal 123 No. 5389,
[99] Al-Qaul Al-Musnad Fi Musnad Ahmad, oleh Ibn Hajar: hal 69.


[65]


[61 - 63][64, 65][66,67]



Tiada ulasan: