Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
dan membencinya adalah membenci Allah, seperti
datuknya, Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as), yang telah disebutkan dalam hadits-hadits
sahih yang menjadi nash atas perkara tersebut.
Khalifah-khalifah selepas Rasulullah (S) terbahagi kepada dua bahagian; khalifah-khalifah (sebenar)
yang mendapat petunjuk yang melakukan apa yang diperintahkan untuk dilakukan
dengan apa yang mereka ketahui, dan khalifah-khalifah yang memenangi jawatan
khlafah yang bukan haknya yang melakukan apa yang mereka tidak ketahui, seperti
yang ditunjukkan oleh hadits berikut:
Diriwayatkan oleh Abi Ya’la Al-Maushili dengan
sanadnya dari Abu Hurairah katanya: Rasulullah (S) bersabda,
(سيكون بعدي
خلفاء يعملون فيما يعلمون ويفعلون ما يؤمرون، وسيكون بعدي خلفاء يعملون فيما لا
يعلمون ويفعلون فيما لا يؤمرون فمن أنكر عليهم فيرئ ومن أمسك يده سلم ولكن من رضي وتابع)
“Akan ada selepasku
para Khalifah yang mengamalkan apa yang mereka ketahui dan mengerjakan apa yang
diperintahkan kepada mereka. Dan akan ada selepasku para Khalifah yang
mengamalkan apa yang tidak mereka ketahui dan mengerjakan apa yang tidak
diperintahkan kepada mereka. Maka siapa saja yang mengingkari perbuatan mereka
akan bebas (dari dosa), dan siapa saja yang menahan dirinya dia akan selamat,
tetapi siapa saja yang ridha dan mengikuti mereka (dia akan celaka) [59]
Mereka adalah para khalifah yang mengerjakan
apa yang diperintahkan kepada mereka, dan mengamalkan apa yang mereka ketahui,
mereka adalah ‘Itrah baginda (S), orang-orang yang Rasulullah (S) telah
janjikan sebagai adil (menepati) bagi Al-Quran, Mereka tidak akan berpisah dari
Al-Quran dan Al-Quran tidak akan berpisah dari mereka hingga ke hari kiamat. Mereka
adalah imam-imam dan khalifah-khalifah, sama ada manusia mengikuti mereka atau
tidak, seperti Al-Ka’bah, ia adalah kiblat manusia dan rumah Allah, sama ada
orang menunaikan haji kepadanya atau tidak, sama ada orang menghadapnya atau
tidak, maka ini sedikit pun tidak menjejaskan kedudukannya..
Yang pertama dari khalifah-khalifah ini adalah
Ali ibn Abi Talib (as), yang dikatakan mengenainya oleh Al-Rasul Muhammad (S): sesiapa
yang mentaatinya telah mentaatiku, sesiapa yang mendurhakainya telah mendurhakaiku
dan sesiapa yang berpisah dengannya telah berpisah denganku .. iaitu dia maksum
tidak menyuruh kepada maksiat, malah di melakukan apa yang diperintahkan dan mengamalkan
dan apa yang diketahui dan dia tidak akan melampaui batas, tidak akan membuat
kesilapan, dan tidak akan sesat.
------------------------
[59] Musnad Ibn Abi Ya’la Al-Maushili: J
10 hal 309 h 5902. Mujma’ Al-Zawaid - Al-Haitsami: J 7 hal 270,
dan berkata mengenainya: "Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan rijalnya rijal
sahih selain Abu Bakr Muhammad bin Abdul Malik bin Zanjuwaih, dia tsiqah,"
Tarikh Madinah Dimasyq - oleh Ibn ‘Asakir: J 7 hal 222-223, Al-Silsilah
Al-Shahihah - Al-Albani: J 7 Bhg 1 hal 14-15 nombor 3007 dari
Abi Ya’la, dan berkata mengenainya: "Sanadnya sahih, orang-orang rijal-rijalnya
tsiqaat rijal-rijal Al-Syeikhain, selain Abu Bakr ini, dia adalah Muhammad bin
Abdul Malik bin Zanjuwaih Al-Baghdadi, Al-Jami3 Al-Shahih, "masjid
yang betul, yang bukan dari Al-Shahihain oleh Maqbul Al-Wada3i J 5 hal 140, dan berkata mengenainya: "Hadits ini sahih rijal-rijalnya
tsiqaat rijal-rijal yang sahih selain Aba Bakr bin Zanjuwaih, dia adalah Muhammad
bin Abdul Malik, dianggap tsiqah oleh Al-Nasa’ei, kata Abu Hatem: Shaduk
(benar) seperti di dalam (Tahzhib Al-Tahzhib) ".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan