Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
Demikianlah perlantikan dan yang dijadikan Ilahi
ini akan berterusan hingga Hari Kiamat, tanpa memerlukan pelantikan dan
perundingan (pensyaratan) manusia.
Kekhalifahan (jawatan Khalifah) dijadikan Ilahi,
dan sesiapa yang tidak diangkat oleh Allah Taala sebagai Khalifah, dia bukan Khalifah
kepada Allah, dan tidak disyari’atkan kepadanya sama sekali, dan Imam Mahdi (as)
seperti bapa-bapanya adalah Khalifah kepada Allah, seperti yang dinyatakan
dalam nash hadits berikut:
(فإنه خليفة الله المهدي)
(Maka sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi)
dan darinya diketahui bahawa keluarga pilihan (‘trah Al-Mushtafa) yang diperintahkan
supaya berpegang dengan mereka. Kesemua mereka Khalifah Allah di bumiNya ini,
kerana Imam Mahdi (as) adalah salah seorang peribadi sebenar Itrah yang
disucikan, dan peribadi sebenar seterusnya ditentukan dengan memiliki sifat
ini, kerana mereka semua mewakili Khalifah Ilahiyah yang sebenar di atas muka bumi,
mereka adalah perkara berat yang kedua (Al-Ysiqal Al-Tsani), yang menggantikan Al-Rasul
Muhammad (S) pada umat baginda bersama Al-Quran, dan baginda memerintahkan supaya
berpegang dengan keduanya (Al-Quran dan Al-‘Itrah), dan dikhabarkan bahawa keduanya
tidak akan dipisahkan sehinggalah Hari Kiamat.
Khalifah-khalifah dari Itrah yang disucikan ini
adalah (Sultan Allah – Penguasa Allah), sesiapa yang memuliakannya telah
memuliakan Allah Yang Maha Tinggi, dan sesiapa yang menghinanya telah menghina
Allah Ta’ala, seperti dalam dua hadits yang berikut: yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizhi
dari Abi Bakrah, dari Nabi (S) baginda bersabda:
(من أهان
سلطان الله في الأرض أهانه الله)
(Sesiapa yang menghina
Sultan Allah di bumi telah menghina Allah) [70]
Dan diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dengan
sanad dari Abiu Bakrah dengan lafaz berikut:
(من أكرم سلطان الله تبارك وتعالى في الدنيا أكرمه
الله يوم القيامة ومن أهان سلطان الله تبارك وتعالى في الدنيا أهانه الله يوم
القيامة)
(Sesiapa yang memuliakan
Sultan Allah Tabaraka Wa Ta’ala di dunia ini, Allah akan memuliakannya pada hari
kiamat dan sesiapa yang menghina Sultan Allah TWT di dunia ini Allah akan menghinanya
pada hari kiamat) [71]
----------------------
[70] Sunan Al-Tirmizhi: J 3 bab 40 hal
339-340 h 2125, dan berkata mengenainya: "Hadis ini hasan gharib," Musnad
Abi Daud Al-Tayaalisi: hal 121, tanpa lafaz (di bumi), Kitab Al-Sunnah oleh Amru
bin Abi ‘Ashim: hal 475 h 1018, dengan lafaz Al-Tayaalisi, Musnad Al-Suahab oleh
Ibn Salamah: J 1 hal 259 h 0,419 dengan lafaz Al-Tayaalisi dengan tambahan, Kanz Al-‘Umal oleh
Al-Muttaqi Al-Hindi:.. J 1 hal 184 h 932, dengan lafaz Al-Tirmizhi,
Tahzhib Al-Kamal oleh Al-Mazi: J 7 hal 399, Siyar A’lam Al-Nubala’ oleh
Al-Zhahabi: J 3 hal 19-20, pada terjemahan Abdullah bin ‘Amir
nombor 6, dengan lafaz Al-Tirmizhi, Sahih Sunan Al-Tirmizhi oleh Al-Albani: J 2
hal 485 nombor 2224, dan berkata mengenainya "hasan", Al-Jami’ Al-Shaghir
Al-Suyuthi
dan tambahan (Al-Fath Al-Kabir) oleh Al-Albani: J 2 hal 1054, nombor 6111, dan berkata mengenainya: "hasan,"
Dzilal Al-Jannah fi Takhrij Al-Sunnah oleh Al-Albani, katanya "Hadits
hasan ...", dan dianggap hasan oleh Syu’aib Al-Arnauth dalam mengulas Siyar
A’lam
Al-Nubala’ J 3 Mamasy hal 20 No. 2, di mana beliau berkata
mengenainya:. "Diriwayatkan oleh Al-Tayaalisi dalam Musnadnya... Ahmad ...
dan Tirmidzi (2224) dan dihasankannya, seperti yang dia katakan .. "
[71] Musnad Ahmad J 9 hal 42 dan hal 49, Mujma’ Al-Zawaid oleh
Al-Haitsami: J 5 hal 215, dan berkata mengenainya "...
dan rijal Ahmad tsiqaat", Kanz Al-‘Umal oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: J 1 hal 214 h 1072, Tarikh Madinah Dimasyq oleh Ibn ‘Asakir.:
J 29 hal 255, Al-Silsilah Al-Shahihah oleh Al-Albani: J 2 hal 375-376
nombor 2297, dan berkata mengenainya, "... padaku hadits ini hasan",
dan dihasankan oleh Hamzah Ahmad Al-Zain pada mentahqiq Musnad Ahmad: J 15 hal 214
nombor 20 312 dan hsl 231 nombor 20 374, Dan dia berkata mengenai keduanya "Sanadnya
hasan".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan