Khamis, 7 September 2017

19. Pertempuran Ishtakhar:


Al-Sufyani Di Ambang Pintu, Di Manakah Al-Yamani?


19. Pertempuran Ishtakhar:


Ishtakhar (Istakhr); nama kawasan sempadan di antara Iraq dan Iran, dan secara khusus di selatan Iraq,
Pintu laut bebas berdekatan dengan sempadan Basrah di Iraq dan sempadan selatan Iran (Teluk Farsi), Dan namanya dikaitkan dengan pertempuran yang terjadi di antara tentera Al-Sufyani dan kuda-kudanya dengan penduduk Khurasan (Iran), dan Ishtakhar adalah bandar purba di selatan Iran di rantau Ahwaz. Ia penuh dengan tinggalannya permulaan Islam, dan bekas tinggalannya dekat dengan kota (Masjid Sulaiman).

Dan yang paling penting dalam pertempuran ini ialah kehadiran Imam Mahdi (as) pada saat terjadinya pertempuran ini.

Menurut manuskrip Ibn Hammad, hal 86: Dari Ali (as), beliau berkata: Jika kuda Al-Sufyani pergi ke Kufah dihantar untuk mencari orang-orang Khurasan, orang-orang Khurasan keluar dalam mencari Al-Mahdi, Maka akan bertemunya dan Al-Hasyimi dengan panji-panji hitam yang diketuai oleh Syu’aib bin Saleh. Beliau dan para pengikut Al-Sufyani akan bertemu di pintu Ishtakhar, lalu akan terjadi pertempuran yang besar antara mereka, Kemudian muncul panji-panji hitam dan menghambat kuda Al-Sufyani. Ketika itu orang-orang yang mengharapkan Al-Mahdi akan mencarinya.)

Pertempuran Ishtakhar lebih mirip kepada pertempuran laut, atau dalam erti kata lain, pertempuran bermula dengan perang yang diketuai oleh armada laut. Perkara itu tidak perlu diperiksa lagi terhadap armada laut Dajjal Besar Amerika dan sekutu-sekutunya yang menggerakkan kapal perang dan kapal-kapal frigat (lengkap) dan pembawa pesawat pejuang dan kapal selam di rantau Teluk, dan Pergerakan tentera laut yang besar yang berlaku di Atlantik antara tentera laut Amerika, British dan Perancis di bawah tajuk Operasi Primestone, Yang mana sekutu-sekutunya gagal melaksanakan sekatan laut yang dijangka untuk melawan Iran dan untuk menunjukkan kemusnahan dalam pertempuran ini. Armada ini telah pergi untuk mengambil bahagian dalam latihan untuk perairan Teluk, dalam mencadangkan tindakan yang di perlakukan mungkin terhadap Negara Iran.

Armada Tentera Laut membawa kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear (USS Teodore Roosevelt), yang biasanya membawa bersama-sama dengannya 80 pesawat, dan telah ditambah dengan beberapa jet pejuang Perancis yang berada di atas kapal pengangkut pesawat Charles de Gaulle, Untuk penyelenggaraan berkala di Perancis.

Ia juga menuju ke perairan Teluk (USS Ronald Reagan), yang juga mengusahakan tenaga nuklear, dan pembawa (USS Iwo Jima), dan pembawa pesawat Britain (HMS Ark Royal), bersama-sama dengan beberapa kapal tentera laut Perancis, termasuk kapal selam nuklear (Amityist) sebagai tambahan kepada tenaga manusia dan unit-unit marin sedia ada dan apabila kedatangan armada ini ke perairan Teluk, akan disertai kapal pengangkut pesawat dua peranan pada logiknya (USS Abraham Lincoln) dan (USS Peleliu), Dari semasa ke semasa, pembawa pesawat ini diganti dengan yang lain, dan unit tentera laut yang lain. Tetapi bilangannya semakin meningkat dan kekerapan tekanan politik terhadap Iran bertambah mengikut peningkatan bahagian ini.
                                        
Oleh itu, jumlah itu meningkat dari hari ke hari, kerana Amerika telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduk dunia sebagai pengikutnya, sebagaimana Firaun sebelum ini:

﴿إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِّنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ ۚ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ﴾ 

Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. [155]

Dari sudut yang lain, British menggerakkan unit-unitnya untuk mengambil kedudukan mereka di sempadan Shatt Al-Arab sebagai pemisah antara Basrah dan sempadan Iran, Ia adalah langkah yang mendahului yang tidak didahului oleh tentera bersekutu sepanjang fasa pendudukan berterusan selama enam tahun, dan bagaimana mereka boleh melakukannya tanpa persediaan terlebih dahulu, Marilah kita melihat beberapa aspek yang mungkin ditakuti sebahagian dari mereka:

1. Untuk menimbulkan fitnah di Iraq bagi mempersiapkan pertempuran itu dan ini tidak memerlukan penjelasan daro kita..

2. - Mempersiapkan ketenteraan pengumpulan tentera di wilayah ini dan kelengkapan senjata dan tentera yang mampu mengepung Iran dari semua arah sempadan darat dan laut bermula dari Afghanistan, Teluk Arab dan Iraq.

3. Mengulangi kenyataan kosong negara-negara Teluk bahawa Syiah Iran campur tangan di negara-negara mereka, dan untuk tidak menggerakan negara-negara kepulauan Amirah Arab Bersatu termasuk pulau Abu Musa dan meninggikan suara mereka, selepas mereka berdiam diri kerana dibayar oleh tuan-tuan mereka juga sebagai bukti untuk mempersiapkan rantau ini terlebih dahulu dan untuk membawa negara-negara Teluk memikul beban perang ke atas Iran.

4. Membuat pemecut (accelerator) ganjil, ia adalah sebuah sistem alat pemisah dalam reaktor nuklear yang dimiliki oleh Iran untuk memperkayakan uranium. Ia adalah hak yang sah bagi Iran untuk bergantung kepada negaranya sendiri bagi menghasilkannya dan memanfaatkan tenaga khusus untuk kegunaan rakyatnya dan pada umat Islam umumnya, dan ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh Amerika dan talibarut-talibarut mereka.

5. Satu percubaan untuk mengubah keadaan antara musuh-musuh Israel yang sepatutnya mengganggu rantau itu sekiranya berlaku Iran terkena serangan udara dan dan dari jalan laut. dan inilah yang berlaku di Syria, perkara ini telah berjaya, dan hanya menunggu waktu sehingga Sufyani Syam menerajui pentadbiran dan akan berada di tangan Amerika.
Dan dengan itu bantuan dari rejim Syria terhadap Hizbullah dikurangkan dan kekuatan Hizbullah di Lubnan terhad (berkurang) selepas berakhirnya rejim Syria

6. Keluarnya Orgamisasi Al-Qaedah di mata umum di kaca televisyen kerana mereka mengancam China dengan amalan bunuh diri (serangan berani mati) adalah sasaran mudah bagi mereka, untuk menghina umat Islam di negara mereka disebabkan Sukan Olimpik, dan gerakan ini adalah rekaan, lucu dan jelas dari perisikan Amerika; untuk menghasut pendapat orang ramai dan Cina pertamanya, dan pendapat umum dunia pada Islam ia adalah agama keganasan. Pada  masa yang sama, menjadikan China berdiri berdampingan untuk melawan Islam atau sekurang-kurangnya berdiam diri apabila umat Islam dipukul di Timur dan Barat.

7. Kedatangan armada laut ke Teluk Arab dan Iraq tidak dijanjikan pada rantau ini seperti juga semasa Perang Teluk yang pertama dan yang kedua, dan bagi mereka yang mempunyai ilmu ketenteraan tahu dengan baik, bahawa menggerakkan unit-unit ke tanah terbiar mudah dilaksanakan dan memakan biaya yang besar, bagaimana pula biaya armada laut yang membawa pesawat, kapal frigat (lengkap) dan kapal selam yang dijalankan oleh kuasa nuklear.

Mari kita kembali kepada riwayat yang disebut dalam manuskrip Ibn Hammad, di mana yang turut serta dan hadir adalah Imam Al-Mahdi (as) ia sangat jelas dalam peperangan ini; kerana orang-orang yang mengharapkannya dan mereka mencarinya tetekala mereka menghadapi kekuatan dari bencana Dajjal Besar Amerika dan para pengkhianat yang berpakaian dengan pakaian agama Allah.

Mungkin sumber mengatakan yang dimaksudkan (Beliau dan para pengikut Al-Sufyani akan bertemu di pintu Ishtakhar, lalu akan terjadi pertempuran yang besar antara mereka, Kemudian muncul panji-panji hitam dan menghambat kuda Al-Sufyani. Ketika itu orang-orang yang mengharapkan Al-Mahdi akan mencarinya.) Orang-orang mengharapkan Al-Mahdi mereka akan mencarinya, berharap dan berdoa meminta kezuhurzn Al-Mahdi (as) .....

Adakah manusia mencari seorang lelaki yang tidak dapat dilihat!!!

Kita akan berkata: Bagaimana dengan orang-orang Khurasan dalam mencari Al-Mahdi, (orang-orang Khurasan keluar dalam mencari Al-Mahdi, Maka akan bertemunya dan Al-Hasyimi dengan panji-panji hitam yang diketuai oleh Syu’aib bin Saleh) dan adakah orang-orang keluar hanya dalam kerangka yang diperlukan!!!
                                         
Dan orang-orang Khurasan keluar dalam mencari Al-Mahdi, Maka akan bertemunya dan Al-Hasyimi dengan panji-panji hitam yang diketuai oleh Syu’aib bin Saleh, Maka dia akan bertemu para pengikut Al-Sufyani di pintu Ishtakhar, lalu akan terjadi pertempuran yang besar antara mereka, Kemudian muncul panji-panji hitam dan menghambat kuda Al-Sufyani. Ketika itu orang-orang yang mengharapkan Al-Mahdi akan mencarinya.
                    
Makna ungkapan: (Maka akan bertemunya dan Al-Hasyimi) ialah akan bertemu Al-Mahdi (as) dan Al-Hasyimi Al-Khurasani panglima tentera Iran sebagaiman dinashkan dalam riwayat di atas. Dengan kata lain, orang Iran akan keluar mencari Al-Mahdi untuk membai;ahnya.

Dari Abi Ja’far, katanya:

يبث  السفياني جنوده في الآفاق بعد دخوله الكوفة وبغداد، فيبلغه [فزعة] من وراء النهر من أهل خراسان [فيقبل أهل المشرق عليهم قتلا ويذهب بجيشهم فإذا بلغه ذلك بعث جيشا عظيما إلى اصطخر] عليهم رجل من بني أمية، فيكون لهم وقعة [بقومس] ، ووقعة [بدولات] الري ووقعة بتخوم زريح، فعند ذلك [يأمر  السفياني بقتل أهل الكوفة و أهل المدينة، ثم ذلك تقبل الرايات السود من خراسان، على جميع الناس شاب من بني هاشم، بكفه اليمنى خال يسهل الله أمره وطريقه)  

(bertebaran tentera Al-Sufyani ke merata tempat selepas memasuki Kufah dan Baghdad, Dia sampai di belakang sungai [kerana takut] dengan orang-orang Khurasan [Dan orang-orang timur akan pergi kepada mereka, dan mereka berperang dan dia akan menghilang dengan tentaranya. Apabila dia sampai di sana, dia akan menghantar tentera yang besar ke Ishtakhar] bersama mereka orang-orang dari Bani Umaiyah, maja mereka bertempur [di Qaumas], dan bertempur di perairan [Daulat] dan dan bertempur di Takhum Zarih, Kemudian itu [Al-Sufyani memerintahkan untuk memerangi penduduk Kufah dan penduduk bandar, selepas itu datang panji-panji hitam dari Khurasan, mengumpulkan orang ramai oleh seorang pemuda dari Bani Hasyim, Di kanannya ada bapa saudaranya yang dimudahkan Allah urusan jalan dan jalannya) [156]

Dan disebut riwayat yang lain dalam manuskrip Ibn Hammad, hal. 86: Bahawa Al-Sufyani dalam serangan ke atas Iraq (bertebaran tenteranya ke merata tempat), ia adalah mengenai penyebaran tenteranya di Iraq, dan di sempadan Iraq-Iran, dan ini menunjukkan kehadiran pasukan tentera laut oleh Al-Sufyani dan sekutu-sekutunya Rum di Teluk, di sinilah gabungan semua konvoi tentera laut ini bersedia untuk menghadapi Pertempuran Ishtakhar permulaan. Dan Allah jua Yang Maha Mengetahui.

Tetapi dengan wujudnya faktor-faktor ini, terdapat riwayat-riwayat yang memperkatakan tentang pertempuran tentera Al-Sufyani di Iraq yang dilancarkan kali ini dengan gabungan kuasa tentera Imam Mahdi (as), di mana beliau melantik Syu’aib Bin Saleh Panglima ketua angkatan tenteranya (as), yang kebanyakannya terdiri daripada pasukan tentera Iran dan tentera Al-Yamani. (dan tentera Al-Yamani tidak bermakna bahawa mereka adalah penduduk Yaman, tetapi bermakna gabungan dengan pemimpin mereka Al-Yamani, pemilik panji-panji Imam Mahdi (as)).

Terdapat riwayat-riwayat mengesahkan untuk pertempuran ini, kerana ia adalah permulaan kemenangan Imam Mahdi ke atas Dajjal Besar dan para pembantunya yang berpakaian dengan pakaian agama mewakili ulamak pengkhianat dan penguasa taghut penzalim yang dibantu oleh Dajjal Besar itu, untuk meninggikannya di dunia, dan pertempuran ini akan menjadi pertempuran persisiran laut dan pantai, dan sesiapa yang bersama panji-panji Al-Mahdi (as) akan aman dan seamat. Dan akan binasa sesiapa yang mengikuti Firaun dan tenteranya.

 ﴿وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ الْبَحْرَ فَأَنجَيْنَاكُمْ وَأَغْرَقْنَا آلَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ﴾َ

Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan. [157]
              
Maka akan binasalah Firaun, Haman dan Qarun tidak lama lagi, dengan izin-Allah, dan permulaannya adalah Ishtakhar, dan tidak selamat dari Firaun dan tenteranya melainkan mereka  yang berada dalam janji Allah dan mengikuti kebenaran dan menolak perlembagaan dan pilihan raya Amerika, dan yang segera meninggalkannya sebelumnya, dan terselamatlah orang-orang yang mati terbunuh dan dianiaya dalam membela kebenaran dan berada di jalan yang lurus yang diwakili oleh Hujjah Allah, Al-Imam Al-Mahdi (as).

﴿وَإِذْ نَجَّيْنَاكُم مِّنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ يُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ ۚ وَفِي ذَٰلِكُم بَلَاءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ﴾

Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anak-anakmu yang laki-laki dan membiarkan hidup anak-anakmu yang perempuan. Dan pada yang demikian itu terdapat cubaan-cubaan yang besar dari Tuhanmu. [158]

Ini adalah panggilan untuk semua umat Islam untuk mencari Al-Mahdi dan bergabung menyertainya, kerana dia penyelamat dan tidak akan selamat selain bersamanya, dan Allah akan mewarisi bumi kepada kaum yang tertindas dan orang-orang yang sabar dan berjuang untuk meninggikan kalimah kebenaran (Hakimiyah Allah) bukan (Hakimiyah manusia), dan diterima perlantikan Allah dan bukan perlantikan manusia daripada pilihan raya dan demokratik yang diimport dari Amerika. dan dari bantuan mereka dari ulamak yang tidak beramal yang menutupi dengan tutupan mereka untuk memaksa (menakluk) manusia menerima Perlembagaan yang positif yang diasaskan oleh Noh. lalu diselubungi dan diwarnai oleh Yahudi Amerika[159] !!

﴿وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُوا يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ الْأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا ۖ وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ الْحُسْنَىٰ عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ بِمَا صَبَرُوا ۖ وَدَمَّرْنَا مَا كَانَ يَصْنَعُ فِرْعَوْنُ وَقَوْمُهُ وَمَا كَانُوا يَعْرِشُونَ﴾.

Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Fir'aun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka. [160]


---------------------
[155] Al-Qashash 28: 4
[156] Kitab Al-Fitan oleh Nu’aim bin Hammad Al-Maruzi: hal 92.
[157] Al-Baqarah 2:50
[158] Al-Baqarah 2:49
[159] Dikeluarkan dari kuliah Undang-undang Universiti Harvard dan berkhidmat sebagai profesor undang-undang di universiti berprestij seperti Universiti Harvard
 Harvard, Sekolah Yale, dan Undang-undang New York -
Beliau (Feldmann) memegang ijazah kedoktoran dalam "Pemikiran Islam" dari Universiti Oxford, beliau menyertai jisim neo-konservatif (diterajui oleh Dick Cheney dan George Bush kecil) dan selepas pencerobohan Iraq, beliau telah dilantik sebagai penasihat kepada Gabenor Americain Paul. Bremer, walaupun tiada apa-apa peranan formal kepadanya, tetapi terdapat suatu sabitan di kalangan semua ahli akademik dan ahli politik bahawa dia adalah arkitek sebenar perlembagaan Iraq yang baru. Juga, semua jari menuding kepada beliau sebagai yang mengeluarkan idea kuota di Iraq (Syiah, Sunni, dan Kurd). Dan perkara ini tidak dinafikan oleh Feldmann. Walaupun dia juga tidak mengesahkannya. Tetapi apa yang berlaku dalam struktur politik dan perlembagaan Iraq adalah salinan tulisan yang disiarkan Feldmann, supaya ia adalah mustahil untuk menafikan bahawa ia mempunyai peranan asas di dalamnya. banyak tulisan-tulisan Dr. Feldman dalam sejarah dan pemikiran politik, dan di dalam dunia Arab dan Islam, tetapi yang paling penting dalam penulisan-penulisan ini adalah buku (Kejatuhan dan Kebangkitan Negara Islam). - The Fall and Rise of the Islamic State 2008
[160] Al-A3raf - 7: 137.


Sebelum <<✡ Kandungan ✡>> Selepas



Tiada ulasan: