Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
Adakah kita mengambil pandangan dari sabda
Al-Rasul Muhammad (S) sesungguhnya yang bersama dengan kebenaran, kebenaran
akan bersama dengannya, bahawa yang bersama dengan Al-Quran, Al-Quran akan
bersama dengannya, dan jika taat kepadanya adalah mentaati Al-Rasul, durhaka kepadanya
adalah mendurhakai Al-Rasul... dan seterusnya?
Atau mengambil pendapat Umar bin Al-Khattab?
Maka dari manakah datangnya pada Abu Bakar dan
Umar Wilayah (Kuasa) Rasulullah (S), dan menyalahkan Ali bin Abi Talib (as) ..
Allah SWT berfirman :
﴿ ... وَأُولُو الْأَرْحَامِ
بَعْضُهُمْ أَوْلَىٰ بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّـهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ
بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ﴾
... Orang-orang yang mempunyai hubungan
kerabat itu sebagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang bukan
kerabat) di dalam kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala
sesuatu. [Al-Anfal 8:75]
Al-Rasul Muhammad (S),
(يقول لعلي (عليه السلام): (أنت وليي في
الدنيا والأخرة)
(Bersabda kepada Ali
(as): Engkau Waliku di dunia dan di akhirat) [69]
Adakah Al-Wilayah (Kuasa) adalah urusan yang
boleh diijtihadkan mengikut ukuran mudah setiap orang, masing-masing boleh
menetapkan dirinya sebagai wali (penguasa) mengikut kejendak mereka tanpa izin
dan redhaNya?
Apakah dalil bagi Abu Bakar dan Umar atas
Wilayah dan Kekhalifahan mereka dari Rasulollah (S) untuk menegakksn maqamnya yang
mulia itu, Maqam (kedudukan) seperti ini tidak akan diterima suatu hari pun di
sisi Allah melainkan bagi orang-orang yang dipilihNya, disenaraikanNya dan dijadikaNya sebagai nash.
--------------------------
[69] Musnad Ahmad: J 1 hal 330-331, Mujma’ Al-Zawaid -
Al-Haitsami:. J 9 hal 119-120, dan berkata mengenainya:
"Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir wa
Al-Ausath dengan lebih ringkas dan rijal Ahmad rijal sahih
selain Abi Balaj Al-Fazari, dia tsiqah dan penyampaiannya lembut," Kitab
Al-Sunnah – oleh Amru bin Abi ‘Ashim: hal 588-589 h 1351, ciri-ciri khusus Amirul
Mukminin (as) - oleh Al-Nasa’ei: hal 61-64, Al-Mustadrak
Al-Hakim Al-Naisaburi: J 3 hal 132 h 134, dan berkata mengenainya:
"Hadits ini sanandnya sahih hanya tidak meriwayatkannya dengan panduan
ini.", dipersetjui oleh Al-Zhahabi dalam Takhlish
Al-Mustadrak: katanya “Sahih”, Dakhair Al-‘Uqba oleh Al-Thabari:
hal 86-88, Al-Mu’jam Al-Kabir oleh Al-Thabarani J 12 hal 77-78, Itihaf Al-Khairah Al-Muhrat Bizawaid Al-Masanid
Al-‘Asyara - Oleh Al-Bawashiri, J 9 Kitab
Al-Manaqib, nan 6 hal 259-261 nombor 8944, berkata mengenainya:
"Diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan lafaznya diriwayatkan Ahmad bin Hanbal
.., Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan mensahihkannya ....", Dar Al-Shahabah – oleh Al-Syaukani: hal 216-217, tetapi dalam.naskhahnya frasa ini digugurkan dari riwayat dan yang
penting pada kita disahihkan oleh Musnad Ahmad bin Hanbal, di mana dia berkata,
dan diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Tabarani dalam Al-Kabir wa Al-Ausath dan Al-Hakim mensahihkannya dan rijal Ahmad tsiqaat ...
", dan disahihkan oleh Washiy Allah bin Muhammad Abbas dalam mentahqiqnya Fadhail Al-Shahabah oleh Ahmad ibn Hanbal J 2 hal 849-852 nombor 1168, ketika beliau
berkata mengenainya: "sanadnya Hasan," dan disahihkan Ahmad Muhammad Syakir
dalam mentahqiq Musnad Ahmad: J 3 hal 331-333 nombor 3062, dan berkata mengenainya:
"sanadnya sahih," Abu Falj, dengan huruf Ba’ baris atas, Lam mati dan
di akhiri dengan Jim: namanya (Yahya bin Salim) dan berkata (Yahya bin Abi Al-Aswad)
Al-Fazari, Dia tsiqah, dan tsiqah Ibn Mu’in, dan Ibn Saad, Al-Nasa’ei, dan Al-Daru
Quthni dan selain mereka, Dan dalam Al-Tahzhib bahawa Al-Bukhari berkata: (dalam
menyingkap masalah ini)! Saya tidak tahu di mana dia mengatakannya? Ia telah diterjemahkan
dalam Al-Kabir (4/2 / 279-289) tidak menyebutkan Jarh (kelemahan) di dalamnya,
tidak diterjemahkan dalam Al-Saghir, Dia dan Al-Nasa’ei tidak menyebutkan dalam
mendhaifkannya dan telah diriwayatkan mengenainya oleh Syu’bah, dan dia tidak
melihat melainkan tsiqah .... ", telah dipersetujuikan oleh Al-Albani,
Al-Hakim dan Al-Zhahabi dalam mensahihkan kedua hadits ini dalam Al-Silsilah Al-Dha’eifah , J 1 C1 hal ms 616, dengan mengatakan: kata
Al-Hakim: sanadnya sahih dan dipersetuju oleh Al-Zhahabi. Ia adalah seperti yang mereka
katakan: Dhaif dalam satu riwayat yang tidak menerima apa yang unik padanya, Seperti
yang ditunjukkan pada kata-kata Al-Haitsami (9/120) dan rijal Ahmad, rijal sahih,
selain Abi Balaj Al-Fazari, dia tsiqah dan penyampaiannya lembut "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan