Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
Dan dari Huzhaifah, Rasulullah (S) bersabda:
(ما من قوم مشوا إل سلطان الله ليذلوه إل أذلهم
الله قبل يوم القيامة)
(“Mana-mana kaum
berarak ke arah Sultan Allah dengan tujuan menghinanya, maka mereka akan dihina
oleh Allah sebelum hari kiamat”) [72]
Adalah tidak munasabah bahawa Sultan Allah ini
terpakai kepada Bani Umaiyan yang menyatakan secara terbuka kutukan Allah dan Rasul-Nya dengan mengutuk Ali ibn Abi Talib (as),
bagaimana boleh musuh Allah, menjadi Sultan Allah?!
Bagaimanakah boleh mewajibkan supaya memuliakan
musuh-musuh Allah, dan menganggapnya sebagai memuliakan Allah Ta’ala, penghinaan
mereka adalah penghinaan Allah Ta’ala?
Bukankah sebenarnya ia adalah sebaliknya,
iaitu menghina mereka dianggap sebagai memuliakan Allah Ta’ala, dan memuliakan mereka
adalah dianggap sebagai penghinaan kepada Allah?
Saya tidak tahu apa logik yang boleh
membenarkan aqidah sedemikian yang menganggap taghut penzalim, penjahat (fasiq),
pembunuh dan berperangai buruk, sebagai khalifah-khalifah dan sultan-sultan
kepada Allah Taala, memuliakan mereka adalah memuliakan Allah, dan menghina
mereka adalah menghina Allah?!
Khalifah dan Sultan yang kedua belas dari
keluarga yang disucikan adalah Imam Mahdi (as), di mana beliau disifatkan oleh Nabi
Muhammad (S) sesungguhnya dia adalah (Khalifah Allah).
Bencana besar pada sebahagian masyarakat
Al-Sunnah apabila menganggap khalifah yang kedua belas adalah (Al-Walid bin
Yazid bin Abdul Malik bin Marwan) - seperti yang disarankannya oleh Ibn Hajar Al-‘Asqalani – dia seorang fasiq yang berbuat jahat, yang berzina walaupun dengan isteri
bapanya, dan terkenal bersifat seperti kaum Luth, sehingga menghantui
saudaranya sendiri. Dia ketagih minum arak,
Dialah orang yang memerintahkan seorang lelaki
untuk menyamar menggantikannya dan bersholat
bersama orang ramai ketika dia dalam Janabah (hadats), dan dia sampai tergamak
untuk berniat minum arak di atas Ka’bah yang mulia dan merobek Al-Quran dengan sasaran
anak panah!
Di sisi Tuhan ketelanjuran jenis apakah ini, bukankah
ia kesesatan yang sangat jelas (melampau)?
Adakah mungkin orang yang tidak percaya agama lagi
durhaka ini apabila memuliakannya adalah memuliakan Allah, dan menghinanya adalah
menghina Allah?
-----------------------
[72] Mujma’ Al-Zawaid - Al-Haitsami: J 5 hal 216 dan berkata mengenainya: ".Riwayat oleh Al-Bazar dan rijal-rijalnya
rijal sahih Khala Katsir bin Abi Katsir Al-Taimi dan dia tsiqah"
:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan