Rabu, 13 September 2017

sambungan (Ibn Khaldun)

Risalah dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]

Ibn Khaldun ridak menduga bahawa khalifah sebenar yang diberitakan oleh Nabi Muhammad (S) adalah Al-Mahdi (S) yang terdapat dalam riwayat-riwayat mutawatir bahawa dia adalah Imam akhir zaman, dan sesungguhnya tiada Khalifah yang saleh atau Imam yang adil ؿselain dia, bahkan juga diriwayatkan bahawa umat tidak melihat kebaikan melainkan dari tangannya, Maka selain Al-Mahdi (as) tidak akan terjadi kemurahan dan keadilan seperti ini?!

Adakah tersembunyi pada Ibn Khaldun riwayat-riwayat yang menyatakan bahawa Al-Mahdi (as) membahagi-bahagikan harta tanpa menghitungnya, dan pada zaman dialah bumi menjadi subur dengan kesuburan yang tidak pernah dilihat sebelum ini?!

Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan dengan sanad dari Abu Sa'id Al-Khudri, dari Rasulullah (S), bahawa baginda bersabda:

(يخرج المهدي في أمتي خمسا أو سبعا أو تسعا - زيد الشك – قال: قلت: أي شيء؟ قال: سنين، ثم قال: يرسل السماء عليهم مدرارا لا تدخر الأرض من نباتها شيئا ويكون المال كدوسا، قال: يجيئ الرجل إليه فيقول يا مهدي أعطني أعطني، قال: بحثي له في ثوبه ما استطاع أن يحمل)

(Al-Mahdi datang pada umatku lima, tujuh atau sembilan – Zaid ragu-ragu - Dia berkata: Aku pun bertanya: Mengenai apa? Baginda menjawab: Mengenai tahun, dan kemudian baginda bersabda lagi: Hujan akan turun dari langit dengan lebatnya, bumi akan tumbuh sebanyak mungkin tumbuh-tumbuhan dan tidak akan ada kekurangan harta kekayaan. Seseorang akan datang kepadanya dan berkata: Wahai Mahdī! Berikanlah padaku sesuatu. Mahdī akan berkata kepadanya: Isikanlah ke dalam pakaiannya hingga ia tidak mampu membawanya).[51]

Bukankah ini khalifah yang sama yang membahagi-bahagikan harta pada akhir zaman? Bukankah riwayat ini mengatakan bahawa Al-Mahdi (as) membahagi-bahagikan harta kepada manusia (Isikanlah ke dalam pakaiannya)?

Al-Tabarani telah meriwayatkan dengan sanad dari Abi Hurairah dari Rasulullah (S):

قال: _يكون في أمتي المهدي أن قصر فسبع وإلا فثمان وإلا فتسع، تنعم أمتي بها نعمة لم ينعموا مثلها، يرسل السماء عليهم مدرارا، ولا تدخر الأرض شيئا ن من النبات والمال كدوس يقول الرجل يا مهدي أعطني فيقول: خذ)

(Baginda bersabda: Akan ada Al-Mahdī pada Umatku. Jika (tempoh khalifahnya) pendek maka ia akan menjadi tujuh tahun, jika tidak, ia akan menjadi lapan atau sembilan tahun. Kemakmuran Umatku akan menjadi nikmat yang tidak pernah dialami pada masa lalu. Hujan akan turun dari langit dengan lebat, bumi akan tumbuh sebanyak mungkin tumbuh-tumbuhan dan tidak akan ada kekurangan harta kekayaan. Seseorang akan berdiri dan berkata: Wahai Mahdī! Berikanlah padaku sesuatu. Al-Mahdī akan berkata kepadanya: Ambillah sendiri.)" [51]

--------------------
[50]: Musnad Ahmad J 3 hal 21-22, Sunan Al-Tirmizhi: J 3 hal 343 h 2333, dengan perbezaan singkatan sebahagian perkataan dan beliau berkata mengenainya, "Hadits ini Hasan dan telah diriwayatkan dengan bentuk yang lain dari Abu Sa'id dari Nabi (S)": Al-Dur Al-Mantsur – oleh Al-Suyuthi: J 6 hal 57-58, Kanz Al-‘Umal oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: J 14 hal 373 h 38 701, Sabil Al-Huda wa Al-Risyad - oleh Al-Shalahi Al-Syami: J 10 hal 171, Al-Talkhis Al-3ilal Al-Matahiyah – oleh Al-Zhahabi: hal 318 nombor 955, dan berkata mengenainya: "Diriwayatkan. Al-Tirmidhi, "dan tidak mencabarnya, Sunan Al-Tirmizhi - Al-Albani:. J 2 b 53 hal 486 nombor 2232, dan berkata mengenainya:"Hasan", Al-Nihayah fi Al-Malahim wa Al-Fitan – oleh Ib Katsir:. J 1 hal 50, dan berkata mengenainya:"Hadits ini Hasan", dan diHasankan oleh Hamzah Ahmad Al-Zain dalam mentahqiq Musnad Ahmed J 10 hal 71 no 11106, di mana Beliau berkata, "Isnadnyaa Hasan."
[51] Al-Mu’jam Al-Ausath - Al-Thabrani: J 5 hal 311, Mujma’ Al-Zawaid - Al-Haitsami: J 7 hal 317, dan berkata mengenainya: " Diriwayatkan Al-Thabrani dalam Al-Ausath dan rijal-rijalnya Tsiqat": Kanz Al-‘Umal oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: J 14 hal 274-275 h 38 706 dengan sedikit perbezaan.
Sahih Al-Jami’ Al-Shaghir wa Ziayadah (Al-Fath Al-Kabir):): J 2 hal 1355 nombor 8154, dan berkata mengenainya:"Hasan",


[41][42][43]

Tiada ulasan: