Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
Kemudian Ammar bin Yasir telah menyebut cerita yang
berlaku pada mereka berdua, dan menerangkan hukum dan cara (Kaifiat) tayammum Al-Rasul
(S). Saya tidak tahu apa makna kata-katanya kepada Ammar (Bertaqwalah kepada
Allah wahai Ammar)?!
Adakah Ammar melakukan sesuatu yang melanggar
ketaqwaan Allah, atau menerangkan kata-kata dan Sunnah Rasulullah (S) adalah suatu
dosa di sisi Khalifah Umar, atau adakah dia mempunyai pengetahuan yang besar
mengenai masa-masa kepayahan (dharurat)?!
Dan diriwayatkan oleh Abi Daud dalam Sunannya dengan
sanad dari Ibnu Abbas, beliau berkata:
(أتى عمر بمجنونة قد زنت، فاستشار بها أناسا
فأمر بها أن ترجم، فمر بها على علي بن أبي طالب رضوان الله عليه، فقال: ما شأن
هذه؟ قالوا مجنونة بنى فلان زنت فأمر بها عمر أن ترجم، قال: فقال: ارجعوا بها، ثم أتاه فقال: يا أمير المؤمنين، أما علمت أن القلم قد رفع عن
ثلاثة: عن المجنون حتى يبرأ، وعن النائم حتى يستيقظ، وعن الصبي حتى يعقل؟ قال: بلى، قال: فما بال هذه ترجم؟ قال: لا شيء، قال: فأرسلها، قال: فأرسلها ، قال: فجعل يكبر)
Seorang perempuan
gila yang telah berzina telah dibawa kepada Umar. Dia berunding dengan orang
ramai dan memerintahkan supaya dia direjam. Ali bin Abi Talib (ra) telah lalu
dan berkata: Apakah perkara pada perempuan ini? Mereka berkata: Ini seorang perempuan
gila dari Bani Fulan. Dia telah berzina. Umar telah memerintahkan supaya dia direjam.
Katanya: Beliau (Ali) berkata: Ambil dia kembali. Dia kemudian datang kepadanya
dan berkata: Ya. Amirul Mukminin, adakah engkau tidak tahu bahawa ada tiga
orang yang teramgkat qalam (tidak dituliskan): orang gila sehingga dia pulih, orang
yang tidur sehingga dia terjaga, dan kanak-kanak sehingga dia akil baligh? Beliau
berkata: Ya. Dia kemudian bertanya: Mengapa perempuan ini direjam? Dia berkata:
Tidak ada apa-apa. Dia kemudian berkata: Biarkan dia pergi. Dia (Umar) berkata:
biarkan dia pergi. katanya: Maka dia bertakbir. [61]
Di sini perkaranya telah menjadi semakin besar
dan semakin banyak, sehingga sampai kepada perkara arahan untuk membunuh jiwa
yang diharamkan Allah. Mujurlah atas kemurahan Allah, dihadirkan Abi Al-Hasan (as).
Maka mengapa tidak merasa malu kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang penghakiman
yang tidak diketahuinya?
Tidakkah Ibn Umar dan yang lain-lain melihat bahawa
Nabi Muhammad (S) sesungguhnya telah bersabda:
(القضاة ثلاثة: قاضيان
في النار، وقاض في الجنة، قاض قضى بالهوى فهو في النار، وقاض قضى بغير علم فهو في النار،
وقاض قضى بالحق فهو في الجنة)
(“Qadhi
– hakim - itu ada tiga jenis:.Dua jenis Qadhi yang tempatnya ialah neraka, dan
satu jenis Qadhi yang tempatnya adalah syurga. Qadhi yang memberi keputusan
dengan keinginan nafsu, maka tempat baginya adalah neraka. Qadhi yang memberi
keputusan tanpa ilmu, maka tempat baginya adalah neraka. dan Qadhi yang memberi
keputusan dengan yang benar, maka tempat baginya adalah syurga. [62]
-------------------------
[61] Sunan Abi Daud – oleh Ibn Al-Asy’at Al-Sajastani: J
2 hal 339 h 4399, Sunan Abi Daud – Al-Albani J 3 hal 55, nombor 4399 dan
berkata mengenainya: "Sahih".
Kisah ini diceritakan dalam lafaz yang hampir sama seperti
yang dibentangkan dalam pelbagai sumber dan dengan jalan yang sahih, saya tidak
mahu membuat senarai panjangnya cukuplah dengan riwayat Abu Daud yang Sahih.
[62] Al-Jami’ Al-Shaghir Al-Suyuthi: J
2 hal 265 h 6190, Kanz Al-‘Umal oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: J
6 hal 91 h 14981, Al-Mustadrak Al-Hakim Al-Naisaburi: J 4
hal 90, menurutnya dan beliau berkata mengenainya: "Sahih mengikut syarat
Muslim" dipersetujui.oleh Al-Zhahabi: “mengikut syarat Muslim.", Mujma’ Al-Zawaid -
Al-Haitsami: J 4 hal 193, dari Al-Tabarani
dalam Al-Mu’jam
Al-Kabir wa Al-Ausath, dan berkata mengenainya: “Rijal-rijal
sangat tsiqah," Al-Silsilah Al-Shahihah - Al-Albani: J 2
hal 819 nombor 4447, dan berkata kepadanya: "ia sahih dan yang lain-lain dari
banyak sumber-sumber.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan