Risalah
dalam Hadits [Khalifah Allah Al-Mahdi]
Perawi (Rijal) Yang Dipercayai (Tsiqah) Atas Sanad Ibn
Majah.
:
Apa yang menjadi sandaran pada sanad Ibn Majah
di dalam Sunannya, dan Al-Hakim di dalam Mustadraknya: Pada sanad Ibn Majah telah
dihukum sahih (disahihkan) oleh beberapa ulama besar Al-Sunnah, dan pada sanad
Al-Hakim disahihkan mengikut syarat kedua-dua Syeikh
(Bukhari-Muslim) dan dipersetuju (disepakati) oleh Al-Zhahabi dalam Al-Takhlish.
Dan sekarang kita menyebut rijal (perawi) yang
dipercayai (tsiqah) atas sanad Ibn Majah secara ringkas.
1. Pengantara pertama pada sanad terdiri dari dua
rijal (perawi) dan apabila ditsiqahkan (dipercayai) salah seorang darinya ia sudah
memadai, dan disebabkan Muhammad bin Yahya - Al-Zhahili – seorang yang terkenal dengan ditsiqahkan mengikut sebutan Ahmad bin
Yusuf:
Ahmad bin Yusuf bin Khalid, Abu Hassan Al-Naisaburi, yang dikenali dengan dua sifat terpujinya: "Ia adalah rawi bagi
Muslim dalam Shahihnya (Shahih Muslim), Abu Daud, Al-Nasa’ei dan Ibn Majah, dan
ia ditsiqahkan oleh Muslim, Al-Daraqutni, Al-Khalili dan Ibn Majah." [129].
Abu Abdullah Al-Hakim berkata tentang beliau: "Salah seorang imam hadits yang
banyak membuat perjalanan, sangat luas kefahamannya dan diterima oleh imam-imam
di segenap penjuru bumi (dunia)."
[130]
Dan ia ditsiqahkan oleh Ibn Hajar [131]
dan Al-Zhahabi
mengatakannya: (Dia seorang Imam yang Hafiz (hafal) yang
jujur ... seorang ulama Hadits Khurasan pada zamannya) [132]
2. Abdul Razaq: Bin Hammam bin Nafi' Al-Humairi:
"la adalah seorang rijal (perawi)
Al-Sihah Al-Sittah (Enam Kitab Sahih) dan ditsiqahkan oleh Ahmad bin Hanbal [133],
dan Abu Zar’ah Al-Dimasyqi [134], Al-‘Ajali, dan Al-Bazaz, dan
telah disebutkan oleh Ibn Hibban dalam Al-Tsiqaat, dan berkata Abu Hatim:.
Beliau menulis haditsnya dan berhujjah dengannya, juga berkata Yahya
----------------------
[129]: Lihat Tahzhib Al-Tahzhib – oleh Ibn
Hajar, J 1 hal 79-80. No. 161.
[130] Siyar A’lam Al-Nubala’ oleh
Al-Zhahabi: J 12 hal 384-385. No. 168.
[131] Lihat Tahzhib Al-Tahzhib – oleh Ibn
Hajar, J 1 hal 49 No. 130.
[132] Siyar A’lam Al-Nubala’ oleh
Al-Zhahabi: J 12 hal 384-385. No. 168.
[133] Dimana Ahmad bin Saleh Al-Mishri
berkata: Saya berkata kepada Ahmad bin Hanbal: Adakah dilihat seorang yang lebih
baik daripada Abd Al-Razaq? Beliau menjawab: Tidak.
[134] Dimana Abu Zar'ah Al-Dimasyqi berkata:
'Abd Al-Razaq adalah salah seorang yang tsabit (kukuh) haditsnya.
[74]
bin Mu'ain: Jika 'Abd Al-Razaq berpaling
(murtad), kami tidak akan meninggalkan haditsnya. Al-Zhahili berkata: "Bahawa
Abd Al-Razaq telah membangunkan hadits-haditsnya dan dia menghafalnya." [135]
Dan di-tsiqahkan oleh Al-Zhahabi dengan
mengatakan: perawi lainnya terpercaya. haditsnya diriwayatkan
dalam Al-Sihah (Al-Sittah) dan dia tidak bersendirian, dan
mereka mencela sebagai Al-Tasyaiyu’ (Syi’ah), Dan dia tidak mengekangnya,
tetapi kerana dia kasihkan Ali (ra) dan dia membenci pembunuhnya. Salamah bin Syabib
berkata: Aku mendengar Abd Al-Razaq berkata: Demi Allah, tidak melapangkan dadaku
sama sekali bahawa Ali yang terbaik atas Abu Bakr dan Umar, dan ia adalah rahmat
Allah dari pembawa ilmuNya ...) [136].
Dan di-tsiqahkan juga oleh Ibn Hajar Al-‘Asqalani [137]
3. Sufian Al-Tsauri:
"Salah seorang rijal Al-Sihah Al-Sittah, Telah
berkata Syu’bah, Ibn ‘Aiyinah, dan Abu ‘Ashim dan Ibn Mu’ain dan bukanlah
seorang dari ulama Sufian ketua orang-orang Mukmin dalam hadits. Kata Ibn Al-Mubarak,
aku telah menulis kira-kira seribu seratus, keutamaan dari kelebihan Sufyan.
Yahya Al-Qathan berkata tidak ada yang lebih suka daripada Syu’bah dan tidak seorang
pun mengadilinya selain ku, dan jika dia tidak bersetuju dengan Sufian: mereka
mengambil kata-kata Sufian. Dan berkata Al-Dauri: Aku melihat Yahya bin Mu’ain
tidak mendahului Sufian pada zamannya seorangpun dalam Fiqh, hadits, zuhud dan
segala-galanya dan berkata Abu Daud mengatasi Ibn Mu’ain katanya: jika seorang
tidak bersetuju dengan Sufian dalam sesuatu yang ada hanyalah kata-kata dan
pendapat Sufian. Abdullah bin Daud berkata, aku tidak melihat seorang pun yang
lebih faqih (berilmu) daripada Sufian, berkata ibn Al-Qathan, Syu’bah berkata
kepadaku bahawa Sufian penghulu bagi orang pada kewarakan dan ilmu. Berkata Al-Khatib
dia adalah seorang imam dari imam-imam Muslimin dan seorang ulama dari kemegahan
agama berkumpul di atas sifat imamnya kerana diliputi penyucian atas kertaqwaan,
penghafalan, makrifah, disiplin, warak dan zuhud. Berkata pula Ibn Saad yang dilahirkan
pada tahun sembilan puluh tujuh (97H): Dia dipercayai (tsiqah) oleh yang mengikutnya dan seorang hamba yang kukuh
(tsabit). " Al-Nasa’ei berkata, dia mulia dengan kata-katanya yang tsiqah
dan adalah salah seorang imam yang dirujuk, yang dijadikan Allah sebagai Imam kepada
orang-orang yang bertaqwa. Ibn Abi Zhib berkata: Tidak kulihat yang menyerupai Al-Tabi’ein
selain Sufyan. Dan
berkata pula Zaidah dialah orang yang paling berilmu
di kalangan kita. Ibn Hibban berkata bahawa dia adalah salah seorang daripada
orang-orang terkemuka pada fiqahnya, waraknya serta ketaqwaannya. Berkata pula
-----------------------------
[135] Lihat Tahzhib Al-Tahzhib –J 6 hal 278 -
281, No. 611.
[136] Tazhkirah Al-Hafidz: J 1 hal 364 No. 357.
[137] Lihat Tahzhib Al-Tahzhib –J 1 hal 599,
no 4078.
[75]
Abu Hatim dan Abu Zar'ah, dan Ibn Mu'ain, dia
lebih hafaz dari Syu’bah. Abu Ishaq Al-Fazari berkata jika saya memilih yang
terbaik dari umat ini, saya hanya akan memilih Sufian." [138]
Ditsiqah oleh Al-Zhahabi dengan katanya: (Imam Syeikh
Al-Islam penghulu segala penghafal (Al-Hufadz)) [139], dan
Ibn Hajar Al-‘Asqalani berkata: (Hafalannya tsiqah, hamba yang
Faqih, Imam penghujah.) [140].
4. Khalid Al-Khazha’, dia adalah Khalid bin Mihran
Abu Al-Manazil Al-Khazha’:
la adalah seorang rijal (perawi) Al-Sihah
Al-Sittah (Enam Kitab Sahih), Dia ditsiqahkan oleh Ibn Mu'ain
dan Al-Nasa’ei, serta Ibn Sa’ad, Ibn Hibban, dan Al-‘Ajali. Ahmad berkata
mengenainya: Ia tsabit (kukuh)." [141].
"Dan ditsiqahkan oleh Al-Zhahabi
[142], dan Ibn
Hajar Al-‘Asqalani
[143].
5. Abu Qilabah [144]: dia
adalah Abdullah bin Zaid bin ‘Amru atau ‘Amir Al-Jarami. Al-Bashri.
"la adalah seorang rijal (perawi)
Al-Sihah Al-Sittah (Enam Kitab Sahih), Dia ditsiqahkan oleh Ibn
Sa’ad, Al-'Aajali dan Ibn Kharasy" [145]
"Dan ditsiqahkan oleh Al-Zhahabi
[146], dan Ibn
Hajar Al-‘Asqalani
[147].
------------------------
[138] Tahzhib Al-Tahzhib – J 4 hal 100 - 102,
No. 199.
[139] Tazhkirah Al-Hafidz: J 1 hal 203-204 No.
198.
[140] Tahzhib Al-Tahzhib – J 1 hal 371, nombor
2452.
[141] Tahzhib Al-Tahzhibah –, oleh Ibn Hajar, J
3 hal 104, 105, no.
[142] Siyar A’lam Al-Nubala’: J 6 hal 190 - 193. No 90.
[143] Qarib Al-Tahzhib – oleh Ibn Hajar J 1
hal 264 nombor 1685
[144] Beliau bukan (Abu Qilabah) yang bernama
Abdul Malik bin Muhammad Al-Raqasyi. Bahawa ia Abdul Malik yang lain, Abu Qilabah,
yang kita bawakan ini yang nama julukannya diriwayatkan dari para sahabat, dan
dikatakan wafat di Syam pada tahun 104 atau 105 H, seperti yang dinyatakan oleh
Muhammad bin Sa’ad dalam Al-Thabaqat AL-Kubra: J 7 hal 185, manakala Abdul
Malik Abu Qilabah bergelar Al-Raqasyi dilahirkan pada 190 Hijrah dan meninggal
dunia pada tahun 276 Hijrah, menurut apa yang disebut Al-Khathib Al-Baghdadi Tarikh
Baghdad: J 10 hal 423-426, nombor 5584, diterjemahkan sebagai Abdul Malik bin Muhammad
Abu Qilabah Al-Raqasyi.
[145] Tahzhib Al-Tahzhib – oleh Ibn Hajar J 5
hal 197 - 199, No. 388.
[146] Mizan AL-I’tidal - oleh Al-Zhahabi: J 2 hal 425 - 426. 4334.
[147] Qarib Al-Tahzhib – oleh Ibn Hajar J 1
hal 264 No. 1685
[76]
6. Abu Asmaa’ Al-Rahbi: dia adalah ‘Amru bin
Murtsad Al-Dimasyqi, yang dipanggil Abdullah.
"Dia adalah rijal (perawi) Al-Bukhari
dalam Al-Adab Al-Mufrad, dan pada Muslim, dan yang lain dari Al-Sihah Al-Sittah,
dan ditsiqahkan
oleh Al-‘Ajali dan Ibn Hibban." [148]
Al-Zhahabi berkata mengenainya: (Dia adalah salah
seorang dari ulama nesar Syam dan ditsiqahkan oleh Ahmad Al-‘Ajali
dan yang lain) [149], dan ditsiqahkan oleh Ibn Hajar Al-‘Asqalani [150].,
-----------------------------
[148] Tahzhib Al-Tahzhib, oleh Ibn Hajar: J 8
hal 87 nombor 159.
[149] Siyar A’lam Al-Nubala’: J 4 hal 491 - 492. No 191.
[143] Qarib Al-Tahzhib: oleh Ibn Hajar: J 1
hal 745 nombor 3125.
[77a]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan